SLOGAN di atas adalah tema yang
dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji
Ditepati". Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.
Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia
bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama
bangsa boleh disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering
mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.
Pas tentunya lebih cenderung kepada
konsep umat bukannya bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan
dalam menentukan tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan.
Pendirian Pas mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang
lain.
'Senegara' juga menimbulkan persoalan.
Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu
sekali tidak. Pas berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan
hukuman hududnya.
Sekali lagi pas terpinggir. Takkan
Mustaffa Ali, Setiusaha Agung Pas tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema
itu. Dap pasti mahukan Malaysia sebagi sebuah Negara sekularndan sosialis
demokratik. PKR tentu mahukan Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan
pluralis. Element Islam di mana?
Di mana salahnya konsep Negara Islam yg
mendukung faham universal dan ketamaduan. Pendirian kapal singh lebih banyak
bersifat perpepsi dan salah faham terhadap maksud Negara islam sebenarnya.
Semakin ramai orang barat masa kini sudah mula menerima islam sebagai suatu
factor Islamphobia Barat dan Karpal
Singh sama juga.
Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu.
Sebagai bekas pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan
nampaknya macam secular dan liberal. Kalau ia dating dari Pak Samad Said boleh
dimengerti. Pak Samad bukan datangdan dewasa daripada kelompok gerakan islam
seperti yang dialami oleh Anwar.
‘Sejiwa’ memberi makna memiliki roh yg
sama dalam perjuangan. Pas memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun
dalam perlembangaanya. Mampukah Dap dan Pkr menjiwai apa yg ingin
diperjuangankan oleh Pas?
Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya
di Selangor adalah gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kejiwaan
antara perjuangan Pas dengan dasar-dasar yg dijalankan oleh PKR dan yg didukung
DAP. Rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh.
Pak Samad Said sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.
Manifesto pakatan Rakyat di Selangor
masih banyak yang belum ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum
dapat kuasa. Hal di pulau pinang pun sama. Rumah Rakyat adalah rumah untuk orng
kaya dan rumah lereng bukit.
Dikelantan juga serupa. Isu bekalan air
bersih ridak selesai sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada
Pilihan Raya Umum ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga.
Apakah tugas pembangkang hanya berjanji saja tetapi “Janji tidak ditepati”.
Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi
kerajaan di pilih iaitu ‘Janji ditepati”. Tema ini dari segi moral adalah baik
dan bersesuaian. Bagi penulis tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang
beriman ialah menepati janji. Orng yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya
selalunya termasuk dikalangan orang yang munafik.
Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya
“Janji Ditepati” adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang
dilakukan oleh parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong
mereka. Apabila menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji.
Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang
yang ada jiwa agama dan bertamadun. Bila penegasan tema “Janji ditepati” bagi
sambutan Hari Kermerdekaan Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang
pilihanraya akan dating jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat
menjadikan Islam sebagai dukungannya.
Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah
berjanji PTPTN akan dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberi. Kalau isu
hutang UNISEL dan KUIS diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak
boleh diatasi, janji Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji
harga minyak akan diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi
janji yg diberi.
Membuat janji memang mudah. Melaksanakan
janji akan timbul dalih. Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema
“menepati janji” amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai bantang
hidung pakatan sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat ‘tidur sebantal’.
Daripada
Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah SAW: “Bandingan seseorang mukmin dengan
mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagianya saling menguatkan
antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari jarinya.- hadis
riwayat Bukhari dan Muslim.
Utusan Malaysia – Muka 7
No comments:
Post a Comment