asas juangnya adalah demi agama Islam.
Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.
Beza antara parti politik dengan agama langsung tak tefikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".
Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.
Bagi kita yang waras dan celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub penyokong PAS terhadap parti yang mereka dukung itu sebagai satu kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun sebelumnya mereka
terlampau jahil murakkab.
Bila tiba seru mahu mencari semula arah hidup tersalah langkah terus terjerumus pula dengan ajaran songsang yang meletakkan PAS sebagai sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Yang sebenar-benarnya, PAS hanyalah sebuah parti politik sama sahaja seperti organisasi lain yang membezakan PAS kelihatan Islamik secara luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah dan penggunaan label Islam dalam partinya, itu sahaja.
Malah kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid
bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.
Dalam keadaan British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan
dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor pendaftaran 733.
Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.
Dendam kerana tewas dan malu air mukanya membawa kepada kata sepakat keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan oleh British sebagai pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung label dan kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut kasih dengan UMNO.
Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu.
beruang biru
No comments:
Post a Comment