Tuesday, August 14, 2012

Isu air Selangor : Arahan KDEB dipersoal !!!



Datuk Seri Mohd Zin Mohamed
SHAH ALAM : Koordinator BN Selangor ,Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mempersoalkan tindakan pengurusan atasan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) yang didakwa menggeluarkan arahan kepada Konsortium Abbas Sdn Bhd (ABBAS) untuk mengurangkan pengeluaran air terawat di negeri itu.
Zin berkata,  arahan itu dibuat melalui sepucuk surat pada 2011 oleh pengurusan atasan KDEB mengarahkan pengeluaran air terawat dikurangkan dari 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari.
“Persoalannya,  mengapa mereka mengeluarkan arahan sebegitu, adakah bertujuan untuk mensabotaj sesiapa termasuk rakyat Selangor. Malah saya juga hairan siapakah yang menggarahkan perkara ini dilakukan.
“Kenapa pula Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang dipersalahkan apabila isu air berlaku di Balakong sedangkan kawasan tersebut dikendalikan oleh ABBAS? Adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan SYABAS?,” katanya pada majlis sidang media di sini hari ini.
Kata Zin, tindakan itu menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. Selain itu, Zin turut mempersoalkan tindakan seorang EXCO kerajaan negeri Selangor yang mengadakan bantahan berhubung isu air di hadapan pejabat SYABAS di Kajang baru-baru ini.
“Mengapa perlu buat bantahan, sedangkan arahan mengurangkan air terawat di kawasan terbabit datang dari KDEB iaitu syarikat milik kerajaan Selangor. Sebagai EXCO kerajaan negeri sepatutnya mencari penyelesaian isu air bukan melakukan demonstrasi semata-mata untuk kepentingan politik,” ujarnya.
Zin menambah, pihaknya turut mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri pimpinan pembangkang itu terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan memberikan air percuma ini.
“Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila kerajaan Selangor terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk memberikan air percuma dan bagaimanakah pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang berkenaan.
“Saya mempunyai semua dokumen dan bukti dari sumber sahih berhubung semua pendedahan yang dibuat ini, saya cabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri AbdulKhalid Ibrahim menjawab semua perkara ini,”katanya.

sumber : dari sini.

No comments: