Tuesday, August 28, 2012

EXCO Selangor Boroslah Jugak Kaannn!!!


Pendedahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 27 Mac lalu bahawa kos mengubahsuai pejabat exco-exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor yang bernilai lebih RM600 ribu cukup mengejutkan pelbagai pihak.

Jika sebelum ini, pemimpin Pakatan membidas pemimpin BN yang didakwa boros berbelanja termasuk membuat pengubah-suaian, kali ini ketika berkuasa mereka juga berbuat demikian.

Menurut Ketua Umno Bahagian Shah Alam yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Nawawi Md Zin, kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli exconya dilihat lebih banyak melakukan pembaziran dan berbelanja secara boros.

“Seingat saya, masa saya masuk jadi Exco dulu tiada ubahsuai, cuma ganti kerusi, sofa dan komputer saja. Itupun pihak kerajaan tempatan yang gantikan.

“Sebab saya tahu, kita jadi Exco pun empat tahun, lima tahun.. sementara aje, apa yang ada kita pakai. Kita bukan nak selesa sangat, yang penting melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan,” ujarnya.

Nawawi memberitahu, perlantikan sebagai ahli Exco atau dipilih sebagai wakil rakyat, bukan untuk mencari keuntungan.

“Kita ni jadi pemerintah, untung kita bukan duit, untung kita sebenarnya rakyat selesa, rakyat sejahtera, rakyat dapat cari makan, dapat hantar anak sekolah. Itu kejayaan sesebuah negara, bukan simpan berbilion-bilion, tapi rakyat papa kedana,” jelasnya.

Beliau kesal kerana pemimpin kerajaan negeri Selangor pada hari ini lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan bukannya memperjuangkan hak rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sewaktu berkempen.

Pada sidang dewan negeri baru-baru ini, Tan Sri Khalid mendedahkan ratusan ribu ringgit telah dibelanjakan bagi pengubahsuaian pejabat-pejabat Exco dalam pentadbiran beliau. 

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mendahului senarai iaitu membelanjakan RM329,000.

Ini diikuti oleh Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000), Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Jumaat lalu, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, mendakwa Dr Hasan membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya.

Bagaimanapun, Hasan yang telah dilucutkan daripada jawatan Exco mendakwa pengubahsuaian itu dilakukan bagi menampung penambahan pegawai dan kakitangan beliau, termasuk dari Skim Mikro Kredit Selangor (Skimsel) seramai 19 orang.

Exco Pendidikan, PengajianTinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali pula mendakwa tidak melakukan sebarang ubahsuai pejabat dan menafikan tuduhan Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) bahawa beliau antara yang paling banyak berbelanja untuk mengubahsuai pejabat.

Tan Sri Khalid bagaimanapun, menyifatkan keseluruhan kos ubahsuai pejabat exco yang terlibat adalah munasabah dan mengikut tatacara perbendaharaan negeri Selangor.  

"Pelantikan kontraktor yang diberi kerja dan jumlah kos yang terlibat telah diluluskan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor dan dipantau oleh Unit Pengurusan Bangunan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri)," katanya.

Justeru, kata Abdul Khalid, tiada tindakan akan diambil terhadap Hasan. ~ suara13.

---------
wah! syoknye duduk dalam pejabat mewah kan! sekali sekala nak berbelanja besar, bermewah sekejap sebelum kerusi kena pulangkan balik pada BN kot? oooppss! kejap! macamana pulak janji-janji manismu itu? tak kan nak tunggu lepas menang PRU13 pulak (tu kalau menang la), kan tu janji PRU12!!! mana weiii!!! ~BB

No comments: