Ternyata pembangkang begitu dengki apabila tokoh ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di sebuah hotel di Mekah dalam kunjungannya ke sana untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Mungkin merasa tertampar dengan gambar Datuk Seri Najib yang berbual mesra dengan ulama-ulama tersebut, pembangkang membuat berbagai cerita bagi memperlekeh dan memburukkan beliau. Malah, demi ‘menjaga air muka’ kehadiran Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen PAS Bachok bersama Datuk Seri Najib dikatakan pembangkang sebagai ‘penterjemah’ kerana Perdana Menteri kita tidak dapat berbahasa Arab.
Jika pembangkang mengambil tahu sendikit tentang perkembangan semasa, mereka pasti tahu bahawa ulama-ulama Arab, termasuk Sheikh Dr. Abdullah Hamad Jalaly baru saja berkunjung ke Malaysia atas jemputan ke Majlis Fiqh bersama Ulama pada bulan Julai yang lepas. Di dalam majlis tersebut, tiada ulama PAS diperlukan untuk menjadi penterjemah antara Datuk Seri Najib dengan mereka kerana mereka kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris. Dan kalau pun seorang penterjemah diperlukan, di kalangan ulama UMNO dan kakitangan jabatan agama juga ramai.
Di samping itu, jangan kita terkejut bahawa tidak mustahil juga ada di kalangan ulama Arab yang mampu berbahasa Malaysia. Jika kita pernah mengunjungi Mekah, kita akan tahu bahawa adalah perkara biasa untuk menemui pak Arab yang mampu berbahasa Melayu kerana begitu ramainya jemaah Malaysia ke sana menunaikan umrah dan haji saban tahun.
Untuk pengetahuan juga, ulama atau cendekiawan Arab selalunya mampu bertutur lebih dari satu atau dua bahasa. Ulama dari Mesir, misalnya boleh berbahasa Perancis kerana Perancis adalah bahasa kedua mereka.
Oleh itu, janganlah kita perkecilkan Ulama Arab ke tahap Ulama PAS.
Sekurang-kurangnya pembangkang malulah sikit dan cerminlah diri dahulu sebelum memperlekeh Perdana Menteri atau ulama Arab. Sedarlah bahawa Perdana Menteri mampu berbahasa Inggeris dengan baik tetapi Nik Aziz ataupun Hadi Awang yang punya cita-cita untuk menjadi pemerintah Malaysia itu, jangankan bahasa Inggeris, bahasa Arab pun belum tentu. Ini kerana Nik Aziz bukan belajar agama di Negara Arab tetapi di India dan Hadi Awang pula di Pakistan. Tentulah kecekapan Bahasa Arab mereka tidak boleh menandingi ulama lulusan negara-negara Arab.
Lebih dahsyat lagi, Nik Aziz dan Hadi Awang tidak boleh berbahasa Malaysia dengan baik pun tetapi masih membawa loghat negeri masing-masing dengan pekat. Jika ada pun bahasa yang Nik Aziz fasih, ialah bahasa Urdu, mengikut biodatanya.
Oleh itu, jika Bahasa Kebangsaan pun tidak fasih, Bahasa Inggeris yang juga bahasa global pun langsung tak boleh, bagaimana mereka ini boleh bermimpi untuk menjadi pemerintah negara? Dan dengan bahasa Arab mereka juga tidak mencapai standard yang baik bagaimana mereka boleh bermimpi untuk memimpin umat Islam ke tahap global?
Justeru, tidak perlulah pembangkang memperlekehkan sesiapa sebelum melihat ke dalam diri pemimpin mereka sendiri. Jangan hanya kerana sekeping gambar Perdana Menteri bersama Ulama Arab maka pembangkang sudah tak tentu arah. Hapuskanlah perasaan dengki di bulan Ramadhan ini dan muhasabahlah diri agar dapat memperbaiki diri sendiri.
Sepatutnya, kita merasa bangga dengan Perdana Menteri dan gembira dengan keberangkatannya ke Mekah kerana pastinya beliau mendoakan yang baik-baik untuk kita semua, rakyat negara ini. Kita tahu yang Datuk Seri Najib bukannya berhati busuk seperti Nik Aziz yang sanggup mendoakan sesama saudara seagama agar pecah perut, semata-mata kerana ingin menang pilihanraya.
beruang biru
No comments:
Post a Comment