ada sorang makcik ni datang ke pejabat UMNO bahagian ampang untuk menyemak status tempat mengundi. makcik tu kata dia tak mahu mengundi tempat lain cuma nak mengundi tempat yang terakhir dia buang undi. macam marah pun ada tapi tak ketara sangat. kemudian dia tunjukan sekeping kad/slip yang dia dapat. setelah meneliti kad/slip tersebut, baru la tahu apa masalah yang dihadapi.
kad/slip yang diterima itu rupanya dari puak PKR sebabnya ada gambar zuraidah mak lampir dengan kempen menifestonya untuk ampang. kad/slip tersebut adalah untuk semakan daftar pemilih bagi parlimen ampang. tetapi tempat mengundi yang dinyatakan di dalam kad/slip itu sebenarnya salah. tu yang membuat makcik tu sedikit keliru. sepatutnya tempat mengundi bagi daerah mengundi taman dato' ahmad razali ialah di balairaya kawasan taman tersebut bukan di SMK hulu klang seperti yang dinayatakan di dalam kad/slip PKR tersebut. kalau kata tempat mengundi diletakan di sekolah, lebih baik letakkan di sekolah berdekatan seperti di SMK dato' ahmad razali ampang. tak perlu la jauh sampai ke hulu klang.
cakap tak serupa bikin seh! |
ni kira otai yang biasa turun mengundi memang tahu tempat mengundi, macam mana pulak pengundi yang pertama kali nak turun mengundi kalau info tempat mengundi yang diberi salah tempatnya?
kalau betul tersalah bagi info tu, siapa yang nak dibodohkan ni ye, ahli parlimennya atau pembantu/petugasnya? macam nak sabotaj pengundi pun ada. tak mustahil, mana yang mereka tahu pengundi yang menyokong kuat BN dikelirukan sebegitu. ini baru seorang yang datang mengadu. yang lain-lain? nampak sangat la puak PR ni peka langsung, buat kerja carca marba. nak tunjuk dia orang cepat buat kerja dan nampak macam bagus tapi tersilap jugak.
dia orang ni pemerintah di selangor tapi buat kerja jentera main cikai je dari kerja kerani. buat kerja semua memang macam hampeh. selalu dok kata kerja SPR tak betul la, itu la, ini la tapi dia orang buat kerja lagi la selekeh kot. hantar slip semakan pada pengundi dengan data yang tidak tepat.
mak aiii!!! agenda sinar harapan ampang!!! manifesto pun tak jelas!!! janji dulu pun belum ditepati, pandai aje la nak tambah lagi. hadoiii!!! rakyat ampang memang kena auta lagi la ni.... huhuhu....
No comments:
Post a Comment