KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang hanya mahu rakyat membenci kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) untuk berkuasa semata-mata.
Katanya, pembangkang hanya mahu mencipta kebencian ke atas kerajaan dan mahu rakyat lupa jasa kerajaan serta menganggap “jika kamu membenci kerajaan, kamu bersama mereka.”
“Walaupun Malaysia mengalami kegawatan ekonomi, Malaysia masih mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik.
“Dan dalam masa sama kita mampu hidup harmoni dalam negara berbilang kaum, kenapa pembangkang tidak pernah sebut tentang perkara ini?” kata bekas perdana menteri itu.
Katanya, idea pembangkang hanya mahu membenci kerajaan semata-mata.
“Mereka mahu rakyat panggil kerajaan sebagai syaitan, tapi kerajaan adalah 'syaitan yang orang semua kenal', berbanding dengan mereka 'malaikat yang orang tidak kenal.
“Mereka kata BN sudah 55 tahun memerintah, maka perlu perubahan. Tapi kalau perubahan ke arah yang lebih buruk, apa gunanya?
“Kalau perubahan yang baik tidak mengapa. Dan mereka akan cuba menang walau apa jua caranya,” kata beliau lagi. MI
1 comment:
kalau kita baca komen komen dari pihak pro pembangkang.... kita dapat lihat BETAPA BENCINYA MEREKA PADA KERAJAAN.... KEJAYAAN BESAR PEMIMPIN PEMIMPIN PEMBANGKANG BUKAN NYA MEMBANGUNKAN NEGARA.... TAPI MENANAM KEBENCIAN YANG AMAT MENDALAM TERHADAP BN DALAM KALANGAN SEBAHAGIAN RAKYAT MALAYSIA.....
-atas pagar-
Post a Comment