Pada
konvensyen Pilihanraya PKR 19 Jun 2011, parti tersebut telah melancarkan slogan
dan logo bagi kempen pilihanraya ke-13.
Slogan yang dipilih mereka ialah Demi Rakyat, manakala logo pula adalah
berlambangkan tapak tangan yang banyak dan berwarna warni seperti gambar di
bawah:
Kita
tidak hairan dengan pemilihan slogan tersebut kerana ia adalah taktik politik
biasa PKR yang gemar mempergunakan nama rakyat untuk kepentingan sendiri. Tetapi kita hairan kenapa parti tersebut
tergamak menggunakan logo tapak tangan yang begitu sinonim dengan perjuangan
hak asasi LGBT.
Kita
sedar akan ‘kecenderungan’ PKR dengan LGBT tetapi tidak sangka pula mereka
sanggup menyatakannya secara terang-terangan melalui logo. Sedangkan selama ini, Anwar berdolak dalih
bila ditanya mengenai LGBT malah pada satu ketika terpaksa mengiakan sahaja
yang beliau juga bersetuju agar golongan tersebut didiskriminasi, yakni tidak
diberi tempat dalam negara ini.
Mungkin
Anwar tidak sanggup menyatakan sokongannya kepada LGBT melalui kata-kata tetapi
beliau nampaknya menyerlahkannya secara halus, iaitu melalui logo.
Secara
umumnya, simbol tapak tangan adalah simbol ‘hak asasi manusia’ dan digunakan
secara meluas oleh NGO-NGO yang memperjuangkannya. Ia sepatutnya membawa membawa maksud yang murni
dan mulia tetapi malangnya, perkataan ‘hak asasi manusia’ ini telah
disalahgunakan oleh beberapa pihak sebagai alat untuk mempromosi kebebasan
tanpa batasan termasuk amalan LGBT, sekali gus memaksa fahaman ini ke atas manusia
sejagat bagaikan satu agama baru.
Bagi
menepati makna ‘kebebasan’ simbol tapak tangan ini pula digabungkan dengan
sayap burung merpati dan digunakan untuk menyatakan perjuangan menuntut
kesamarataan dari segi hak hartanah, kebebasan, keadilan serta harapan.
Manakala,
simbol tapak tangan ungu pula digunakan oleh kumpulan LGBT, terutama di Turki
yang dipanggil MorEl Eskişehir LGBTT Oluşumu (Purple Hand Eskişehir LGBT
Formation), untuk memperjuangkan hak mereka.
Mungkinkah masyarakat LGBT di Malaysia juga menerimanya? Dan melalui siapa atau pertubuhan mana? Yang menariknya, berita tersebut dihiasi dengan gambar simbol tapak tangan berwarna warni yang kelihatan begitu hampir dengan logo yang dilancarkan oleh PKR untuk digunakan dalam pilihanraya ini:
Justeru, tidak salah jika kita menyimpulkan bahawa parti
PKR sememangnya tegar memperjuangkan fahaman barat mengenai hak asasi manusia
serta mengiktiraf golongan LGBT sepenuhnya.
Jelaslah bahawa Anwar telah sekali lagi menipu apabila
menyatakan yang beliau setuju golongan homoseksual tidak diberi ruang di negara
ini walhal, sekiranya PR memerintah, Anwar pasti akan pantas mengiktiraf hak
LGBT selaras dengan kehendak ‘tuan-tuannya’ di barat dan juga ‘kehendak’
dirinya sendiri.
beruang biru
No comments:
Post a Comment