Friday, December 30, 2011

Lagi Pembohongan Dari Puak Fuckatan Di Ampang!

pada 20/12/2011 tempohari yb khosim adun lembah jaya (PAS) buat ceramah di taman ampang indah. dalam ceramah tu, dia dah buat satu tuduhan bahawa UMNO bahagian ampang dah rampas tanah hak milik sekolah rendah agama kg Melayu ampang untuk membina bangunan tersebut. seterusnya dia menuduh ketua UMNO bahagian ampang telah terima duit sebanyak rm30,000.00 dari pemilik kedai buah kat sebelah bangunan UMNO tu.

sejarah bangunan UMNO ampang.
bangunan asal telah didirikan di tapak yang sama pada tahun 1978 sebagai pusat khdmat wakil rakyat (tan kim swee). pada tahun 1982 dijadikan sebagai pejabat UMNO/ wakil rakyat (dato' ahmad razali). dalam tahun 1986 bangunan tersebut dibesarkan, pejabat dan dewan UMNO bahagian ampang (dato' mufti suib). sterusnya tahun 2007 bangunan baru dibina di tapak yang sama dan mempunyai geran hakmilik yang sah serta membayar cukai tanah/pintu. manakalan tapak bangunan sekolah agama tersebut adalah bekas lombong yang telah ditambak dengan usaha UMNO bahagian ampang. bangunan baru sekolah agama dibina di tapak yang telah di tambak pada tahun 2003 menggantikan bangunan sekolah yang lama (1959) berhampiran masjid kg Melayu ampang. ini bermakna bangunan UMNO ampang berada di tempat asal semenjak 25 tahun dulu tanpa berubah tempat dan keluasan.

ha.. yb khosim sekarang ni nak tunjuk kemahirannya berbohong dan buat fitnah pulak. 

satu lagi pasal kedai buah yang macam belanda dapat tanah tu... memang degil nak jugak nak rebut tapak sebelah bangunan UMNO ampang tu. tak cukup ada sebuah kedai di bandar baru ampang dan dapat lagi 2 buah kedai di ampang waterfront. tu pun usaha ketua bahagian sewaktu jadi adun lembah jaya dulu untuk dapatkan kedai untuk tokey kedai buah tu supaya pindah. dah berkali-kali jugak bagi notis suruh pindah, nak anjak sikit tapak kedai buah tu pun tak mahu. sekarang tokey kedai tu bersekongkol pulak dengan puak fuckatan memburuk-burukan UMNO/BN bahagian ampang.

rakyat ampang dah diperbodohkan oleh puak fuckatan ni tapi masih jugak ada yang nak sokong. kalau betul la mereka bantu rakyat ampang, kenapa ramai yang datang minta bantuan di pejabat UMNO bahagian ampang???

Wednesday, December 14, 2011

Azmin, Zuraida apa kamu buat di Ampang?

Bekas Adun Lembah Jaya tahun 1995 hingga 2004 berkata, tidak ada satu pun projek yang dibuat di Ampang.

PETALING JAYA: Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo mencabar pemimpin menyenaraikan projek yang dibuat di kawasan itu sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008. baca lagi.


ha... tu la... nak sangat ambil selangor ni. sekarang apa sudah jadi? janji tak tunaikan, rompak wang rakyat, tidak ambil berat tentang hal-hal rakyat pun. turun padang cuma nak raih pengundi je. semua hanya lakonan semata-mata, kuasa yang dikejar apa peduli dengan rakyat. rakyat cuma alat untuk dapatkan kuasa. itulah dia puak pakatan rakus. ~BB

Thursday, December 8, 2011

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT




 1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.


 2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga emas sebatang kara

3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

 5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

 6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

 7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

---------

Borang akan diedarkan mulai 10 disember 2011.~BB

Monday, December 5, 2011

Bila Sudah Terlampau-lampau Taksubnya!

KOTA BHARU 4 Dis. – Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.
  baca selanjutnya


begini la jadinya bila sudah terlampau taksub sangat samapai boleh jadi kufur. sudah terang lagi nak suluh, yang pandai pun boleh jadi bodoh akibat ketaksuban. biasalah puak PAS kan suka ambil penceramah bidang terjun. asal sokong je ambil, asal sokong je ambil. ni kot nanti pun cakap pusing gak, tak ngaku yang dia cakap macam tu. siapa lagi gurunya? hmm... sesungguhnya lelama esok ramai la yang akan sesat/murtad akibat ketaksuban yang berlebihan kerana mengagungkan tokoh ulamak yang sorang ni hingga menyamakannya dengan Nabi. 

bersederhana adalah lebih baik. ~BB

Friday, December 2, 2011

Mak Lampir Tak Tandatangan Surat Cuma Guna Cop!

ada BB dengar cerita yang Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (mak lampir) tak  tandatangan semua surat-surat rasmi tapi kerani/staf/pegawainya akan menggunakan cop tandatangannya pada surat-surat berkenaan.

BB ada juga tengok sendiri, memang tandatangan tu cop bukan yang yang asli. perkara ini juga menjadi persoalan dan rungutan rakyat kerana siapa saja boleh taip surat kemudian cop tandatangan tersebut. ada kemungkinan mak lampir sendiri pun tak tahu masalah rakyat kat Ampang ni macam mana, sebabnya bila rakyat datang pejabat, mak lampir nya memang selalu tiada di pejabat. yang cuma ada kerani/staf/pegawainya yang ikut arahan. kalau difikirkan cara tu juga menipu namanya.

yang terbaru ni mak lampir nak rampas balik dewan di kg sri melor, kg melayu ampang. wah bila dewan tu dah aktif digunakan oleh penduduk setempat terutama orang-orang UMNO yang merupakan penduduk asal kampung tu, dia mula mengelabah. tanggapannya UMNO gunakan dewan untuk aktiviti politik. walhal aktiviti yang dijalankan sebenarnya cuma aktiviti masyarakat  bukan aktiviti politik. tak semestinya jika orang UMNO yang gunakan dewan tu untuk buat aktiviti politik. orang UMNO juga sebahagian dari masyarakat, dia lupa ke?

yang tak reti pisahkan antara aktiviti masyarakat dengan aktiviti politik cuma puak-puak PR je. contohnya dalam surau dan masjid la, selalu sangat ceramah berunsurkan politik diadakan, yang tu boleh pulak? dalam tempat untuk orang beribadah pulak tu? hah! lau nak halang aktiviti politik kat dewan sri melor tu, tolong la halang dulu ceramah-ceramah politik PR dalam masjid dan surau tu dulu.

rakyat yang memilih pemimpin yang salah adalah rakyat yang menyusahkan rakyat lain. ~BB



Thursday, November 24, 2011

Bila Gajah Dengan Gajah Berantam!

bila dah lama berkhidmat dalam sesebuah komuniti dan merupakan tempat bergantung sebahagian daripada kehidupan, siapa yang tak terluka bila khidmat yang telah lama dicurahkan itu tak dipandang lagi. malah diberi ugutan untuk disingkir jika tidak mencemerlangkan prestasi pada masa-masa akan datang. itu hanya alasan untuk penyingkiran itu. lagi alasan tentang sikap. yang bekerja itu manusia bukan robot dan manusia ini punya hati dan perasaan jika tidak dijaga juga akan mengalami prestasi yang tidak bagus. tekanan diberi tapi tidak dihindarkan sipenerima tekanan. jika bekerja dalam keadaan tertekan sudah tentulah prestasi kerja itu menurun. satu lagi faktor pengaruh dan hasutan dari pihak lain yang iri hati dengan kelesaan sebelum ini, boleh membuat satu hubungan kekeluarga itu menjadi sebaliknya. hargailah juga jasa yang telah lama ditanam dan hasilnya sudah pun dijamah bersama. kenapa tiba-tiba bila sudah muak dengan hasil itu maka jasa-jasa itu hendak dibuang begitu sahaja.

jika dulu ada seorang pemimpin yang begitu prihatin terhadap orang-orang yang pernah berkhidmat dan berjasa dengannya, akan memastikan keadaan stabil pada orang yang pernah berkhidmatnya dengannya, memastikan keadaan yang selesa walaupun sudah tidak berkhidmat lagi dengannya. kerana mereka ini juga sebahagian daripada masyarakat yang akan menyokong kepimpinan. tetapi Allah swt lebih sayang denga pemimpin itu dan Dia telah mengambilnya kembali.

bila digantikan dengan kepimpinan yang baru banyak yang mempengaruhi mereka. mereka sama mereka bercakaran yang jadi mangsa adalah sipengkhidmat yang mungkin juga senang digelar sebagai 'kerani cabuk' oleh sesetengah mereka. jika inginkan perubahan tak perlulah ada suara seolah-olah ugutan. kaunseling adalah lebih tepat, nasihat dan tunjuk ajar itu perlu untuk menaikan prestasi bukan beri tekanan dan ugutan. yang lebih tepat sikap ambil berat dan soal kebajikan sipengkhidmat.

 

~BB : berterima kasihlah walaupun budi sebesar kuman!

Pakatan Rakyat Tak Layak Teraju Malaysia

semenjak dari awal lagi memang tidak yakin dengan janji-janji yang ditaburkan oleh puak-puak pakatan rakyat ini. semakin hari jelas dengan penipuan, fitnah dan agenda untuk kepentingan sendiri bukan untuk rakyat. slogan demi rakyat itu hanyalah syarat untuk meraih sokongan dari rakyat akan tetapi rakyat memang sudah kena tipu oleh puak-puak ini. akan tetapi masih ramai rakyat yang mahu menyokong mereka mungkin kerana habuan-habuan yang tinggi serta janji-janji yang tertentu bagi pemimpin perantara akar umbi dan pemimpin atas. rakyat yang memilih/meyokong puak-puak pakatan ini sebenarnya memberi peluang kepada puak-puak ini untuk menikmati kesemua dana negeri yang mereka takluki untuk kepentingan pemimpin mereka. tidak terkecuali  menggunakan dana tersebut untuk mengupah penulis-penulis maya pro pakatan rakyat bagi meraih kepercayaan rakyat walaupun terpaksa membuat dosa dengan memutar belitkan fakta, memfitnah, menipu dan sebagainya. di dunia memang merasa nikmatnya, macam mana pula di 'sana' nanti?

Saturday, November 19, 2011

bantuan rm100 untuk pelajar sekolah - macam2 cerita

macam-macam cerita keluar pasal isu bantuan rm100 untuk pelajar.
ada cerita pibg nak potong bantuan tu. ada juga cikgu potong untuk jelaskan yuran sekolah yang tertangguh. ada juga ibubapa yang cakap bantuan ni hanya untuk raih pengundi bagi pru13 akan datang. ada yang kata tak dapat lagi dan macam-macam lagi...

di satu sekolah, ada seorang bapa pelajar pula sanggup memijak-mijak duit bantuan yang dia ambil, katanya takat rm100 tak ada makna apa-apa dan ini cuma untuk agenda politik. diketahui bapa pelajar itu rupanya pengikut pkr, biasalah tu.

secara tak sengaja BB terjumpa pula blog ini (pro pr) mengenai bantuan rm100. macam biasalah pihak sana tu akan memutar belitkan cerita. bagi bantuan pun salah tapi ramai yang datang ambil juga. patutnya beryukur atas rezeki yang Allah swt beri.

apa-apa pun jangan main serkap je dan para guru patutnya nak buat apa pun bincang terlebih dahulu bagi elakan tuduhan yang bukan-bukan.

bagi BB, amanah tetap amanah . jika bantuan tu untuk pelajar, harus terus ke tangan pelajar ataupun keluarga pelajar. tentang bayaran yang lain-lain jika tertangguh itu terpulang pada keluarga pelajar samada nak guna bantuan tersebut untuk jelaskan ataupun mencari cara lain untuk selesaikannya.

Wednesday, November 2, 2011

Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh

Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)

Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu, sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

Monday, October 31, 2011

hentikanlah sikap bermuka-muka...

sekarang ni ramai yang suka bermuka-muka (ntah.. ada lagi yang banyak muka kot) dengan orang ni cakap lain, jumpa orang tu pulak lain cakapnya. kadang-kadang macam melaga-lagakan orang pun ye jugak. dengan orang ni ceritanya lain, dengan orang tu pulak ceritanya lain. apa yang cuba dia nak sampaikan/tampilkan pun tak tahulah. tak kurang juga menunjuk-nunjuk diri hebat, bercakap banyak, mencadangkan banyak tapi kerja tak mahu buat. pandai komen hasil kerja orang lain tapi sendiri punya kualiti kerja biasa je. tak lebih mana pun.

tapi yang tak bagus tu yang suka kondem/merendah-rendahkan orang lain, macam la bagus sangat diberi jawatan tapi tak tahu skop tugasan kemudian bila tugasan tak siap, salahkan orang lain sebab tak tahu tugasan sendiri. nak bertanya sombong sangat sebab iangat diri tu bagus sangat. ibarat seperti 'doktor cari pesakit bukan pesakit cari doktor'. dan sikap hipokrit...dah tentulah tu...

cerminlah diri sendiri dulu. jangan anggap diri tu dah sempurna.
lebih baik buat bodoh dari memandai-mandai nak ajar orang buat itu ini tapi kerja sendiri hampeh!

~BB

Saturday, October 29, 2011

'Biar papa asalkan bergaya' - Akibat air percuma, anak syarikat kerajaan Selangor rugi!

Hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi air percuma kepada rakyatnya adalah semata-mata untuk menunaikan janji pilihan raya yang dahulu. 

Tetapi hasrat yang baik sahaja tidak akan melahirkan natijah yang baik juga apabila Laporan Audit Negara baru-baru ini mendedahkan yang anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, kerugian lebih RM112 juta kerana menanggung kos memberi air percuma kepada rakyat. 



baca lagi

tapi ramai yang tak merasa pun air percuma tu. serupa tak payah bagi. lau takat nak bagi percuma tapi ada yang kena tanggung kerugian tak berbaloi la kiranya.

~BB

Antara Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Pembangkang



imbas semula :-

Kerajaan negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat koprat Talam Corporation bernilai RM392 juta menggunakan wang rakyat.

Kerajaan negeri gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corporation seperti yang dijanjikan oleh Menyeri Besar dalam Sidang DUN.

Kerajaan negeri membatalkan pembinaan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor.

Kerajaan negeri merampas tanah rakyat yang diamanahkan kepada YBK di Hulu Selangor.

Kerajaan negeri menutup institusi latihan kemahiran bumiputera iaitu Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS).

Kerajaan negeri menyita, mendenda dan menyewa tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang.

Kerajaan negeri gagal mentadbir Universiti Selangor (UNISEL) dengan baik sehingga ia mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.

Kerajaan negeri membazir wang rakyat dengan membelanjakan RM800,000.00 dalam program sambutan ulangtahun Yayasan Selangor.

Kerajaan negeri gagal mengurus perlombongan yang mengakibatkan kecurian pasir dan kerosakan alam sekitar.

Kerajaan negeri menipu DYMM Tuanku Sultan Selangor dan rakyat apabila gagal mengutip RM150 juta hasil pasir di negeri Selangor.

Kerajaan negeri gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dengan cermat dengan memberi bonus yang tidak munasabah kepada kakitangan syarikat tersebut.

Kerajaan negeri gagal mengurus Institusi Pejabat Menteri Besar dengan baik sehingga ada intipan kamera liar dalam bilik Menteri Besar.

Kerajaan negeri gagal mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatan dengan baik sehingga berlaku penggunaan surat sokongan oleh Ahli Majlis dan pengerusi JKKK Kampung Baru untuk mendapatkan kerja kontrak.

Kerajaan negeri menyeleweng bila mana Exco dari Pandamaran dibiar bebas walaupun dia menggunakan  kepala surat dan cop beliau untuk melobi kerja kontrak.

Kerajaan negeri gagal mentadbir PKNS dengan baik sehingga ia telah menggadaikan semua hartanah PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi.

PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah.

PKNS telah membazirkan wang rakyat dengan membiayai sebanyak RM520,000.00 majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN.

PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar RM731,000.00 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan telemarketing.

PKNS telah membazir wang rakyat sebanyak RM935,000.00 kepada seorang konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan.

Kerajaan negeri gagal mengurus air di Selangor dengan baik sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari Pahang yang boleh menyebabkan Selangor mengalami krisis air menjelang 2014.

Kerajaan negeri juga gagal memberikan air percuma seperti yang disebut dalam manifesto mereka dalam pilihanraya 2008. Mereka sebaliknya menipu rakyat dengan memutarbelitkab dan mempolitikan isu air yang akhirnya rakyat akan jadi mangsa apabila berlaku krisis air pada tahun 2014.

Kerajaan negeri menipu rakyat apabila membentangkan pakej rangsangan ekonomi yang bernilai rm50 billion pada tahun lalu namun sehingga sekarang ia belum dilaksanakan.

Kerajaan negeri selangor melalui Exconya daru DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaan sekatan jualan aras MBSA di Shah Alam.

Kerajaan negeri Selangor telah membiarkan institusi masjid menjadi gelanggang politik.

Kerajaan negeri mengurus sumber kewangan dengan baik pada tahun 2008 dan menyebabkan defisit belanjawan menjadi rm49 juta. Pada thun 2009, defisit menjadi rm66 juta dan meningkat lagi tahun 2010 menjadi lebih rm 144 juta. Namun, pasa tahun 2006, BN mencatat surplus sebanyak rm72.5 juta dan pada tahun 2007 sebanyak rm131.8 juta.

Kerajaan negeri tidak cekap dalam merancang dan mehurus kewangan negeri apabila telah 3 kali memohon perbelanjaan tambahan bagi tahun 2010 iaitu pada Mac sebanyk rm69 juta, julai rm117 juta dan november 2010 sebanyak rm8 juta. Ini bermakna jumlah belanjawan tambahan sebanyak rm194 juta dari jumlah anggaran perbelanjaan 2010. Ia merupakan  satu sejarah baru dalam sidang DUN yang terpaksa meluluskan 3 kali perbelanjaan tambahan.

Kerajaan negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak rm33,0367.96 kos rawatan YB Dr. Cheah Wing Yin di Pusat Perubatan Sunway akibat kemalangan. Kenapa beliau perlu menerima rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui perbelanjaan nya berbanding dengan pusat perubatan kerajaan? Ini merupakan dasar bermewah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri lebih ‘pro’ mengutip hasil cukai pusat hiburan yang kini terdapat lebih dari 4000 premis hiburan, spa, pusat urut dan judi di negeri Selangor.

Kerajaan negeri menyalahgunakan kepala surat pejabat Menteri Besar untuk mengutip dana parti sewaktu sambutan 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan negeri telah ingkar kepada pelbagai titah DYMM Sultan Selangor yang amat dukacita dengan pelbagai kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor.


lagi

kerajaan selangor merampas hak pembangunan dan pendidikan (YBK & UiTM serendah).


kemelut perlantikan SUK selangor yang tidak dipersetujui oleh MB dan EXCO kerajaan negeri selangor. malah lagak MB selangor mahu mengalahkan dan mendahului YM Sultan Selangor.


gagal dalam pengurusan pentadbiran bekalan air. perlaksanaan air percuma masih belum betul-betul terlaksana. 



gagal menangani isu rumah ibadat bukan Islam.


wakil rakyat PR menghina Islam.


laungan azan dipertikaikan oleh orang bukan Islam. wang zakat disalah gunakan.


isu moral & skandal seks oleh exco kerajaan negeri selangor. satu contoh tak baik sebagai pemimpin.
projek jeti dan rumah baru oleh LKIM untuk para nelayan di pasir penambang dihalang oleh kerajaan negeri selangor.


lambakan rumah urut. peningkatan rumah urut (yang menawarkan khidmat seks/pelacuran) di selangor menunjuk bahawa kerajaan selangor tidak mengambil berat dengan gejala maksiat. pengeluaran lesen rumah urut didalangi exco kerajaan negeri selangor (DAP).


dan banyak lagi.

---------


pakatan hanya pandai membuat janji kosong. menyeleweng dana negeri selangor.


~BB

Akta Murtad perlu diwujudkan

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Akta Murtad perlu diwujudkan bagi menyokong penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di beberapa negeri.


baca selanjutya : akta murtad - utusan malaysia

memang patut akta murtad ini diwujudkan. seharusnya dari dulu lagi diwujudkan bagi memantau kegiatan memurtadkan umat Islam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (seperti yang terjadi di selangor) dan tindakan yang perlu diambil haruslah tegas setegas-tegasnya jika terbukti.

~BB

Thursday, October 27, 2011

Mayat bayi ditemui bawah katil


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Seorang bapa tidak menyangka pendarahan dialami anak gadisnya yang berusia 14 tahun di rumah mereka di Kampung Sungai Rasau, Sepang dekat sini semalam, sebenarnya kerana melahirkan anak.

baca selanjutnya : utusan malaysia

keadaan yang amat membimbangkan. ibubapa harus memantau kegiatan anak-anak. sekarang ini banyak terjadi kes murid/pelajar perempuan yang jadi mangsa, mungkin akibat ingin 'mencuba' atau 'dicuba'. sedih bila tengok video-video seks yang membabitkan murid/pelajar. ada yang suka-suka,  dibuli sekumpulan pelajar lelaki (dirogol beramai-ramai), tidak kurang juga menjadi mangsa orang dewasa. jangan kata murid/pelajar/remaja, bahkan kanak-kanak dibawah yang masih tak tahu apa-apa juga menjadi sasaran sekarang ini. apa-apa jika ianya murid/pelajar yang menjadi mangsa samada rela ataupun tidak, ianya dianggap sebagai dirogol/diperkosa kerana dibawah umur.

kesian dengan masa depan anak-anak ini sebenarnya. perkara ini sepatutnya tidak harap pada ibubapa sahaja, masyarakat keliling juga guru-guru di sekolah harus ambil berat tentang perkara ini. sama-samalah  mengatasi masalah seperti ini. kerana anak-anak adalah amanah Allah sbt.

---------
macam biasa juak-juak pr akan menyalahkan umno/bn... huhuhu....

~BB.

Tuesday, October 25, 2011

Bukan Islam Boleh Didakwa Murtadkan Umat

keratan berita harian 25/10/2011.

Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. 
(sumber : utusan malaysia)

petikan utusan online : 'dakwaan mengatakan pemeriksaan jabatan agama Islam selangor (JAIS) ke atas gereja methodist damansara utama di petaling jaya malam rabu lalu mendapati ada bukti penyebaran agama lain ke atas penganut Islam sebagai cukup serius sekiranya ia benar.'

kalau terbukti mereka menjalankan aktiviti memurtadkan umat Islam, memang patut diambil tindakan tegas supaya mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian menghentikan 'niat' untuk menjalankan kegiatan seumpamanya.

adalah tepat laporan kes tersebut dikemukakan pada Sultan Selangor, kerana baginda adalah ketua Agama Islam di dalam negeri selangor. pandang/keputusan baginda patut dihormati bukan dipolitikan.

~BB


Monday, October 24, 2011

ada juga yang tertinggal/terlepas pandang...

hentam sesama sendiri merugikan sebenarnya.

bukan nak cakap apa la. pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan (tak kurang juga diperingkat bahagian) selalu menghentam ketua-ketua tak buat itu ini, pilih kasihlah, tak buat kerja dan sebagainya.

hari ni ternyata pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan inilah yang banyak tak buat kerja sebenarnya. dalam pada wakil bahagian ingin memeriksa kediaman yang perlu dibaiki terbongkar pula citer yang lain. masalah rakyat terpinggir masih berlaku rupanya. orang sakit terlantar dan oku tidak dimaklumkan. macam mana ni? pemimpin cawangan berkaitan pun tak tahu? apa yang mereka buat dalam kawasan jagaan mereka? selalu sangat hentam ketua-ketua di peringkat atas tak sedar diri sendiri  rupanya yang tak buat kerja.

memang tidak dinafikan ada pemimpin atas yang tak buat kerja (tu satu hal). pemimpin yang buat kerja tapi tidak dibantu oleh orang-orang bawahan. setiap cawangan/kawasan ada wakil yang jaga kenapa nak juga diharapkan pemimpin teratas juga yang nak buat semua sekali. sebab tu la diadakan wakil diperingkat cawangan untuk memudahkan maklumat dalam kawasan dikumpulkan untuk diambil tindakan.

malangnya ada yang terlepas pandang. percuma je pemimpin atasan yang buat kerja kena kutuk dan dikata. tu sebabnya dalam 'rumah' jangan bergaduh, tikam belakang, kutuk mengutuk dan sewaktu dengannya. sebabnya kadang-kadang kita pun terbuat silap dan tak sengaja begitu juga pemimpin atasan, kalau yang pemimpin bawahan tidak membantu susahlah nak uruskan semua kerja-kerja yang banyak. sudah dibahagikan tugas, amanahlah untuk melakukannya dengan penuh tanggungjawab.

- sekarang semuanya pasang badan dan selalu tunjuk muka dalam program yang selama ni tak pernah pun nak turun. muncul juga muka-muka baru, agaknya nak cuba kot... huhuhu... ~BB


Sambungan Kes BELASAH PEREMPUAN

BELASAH PEREMPUAN, ORANG PKR NI MEMANG JAHAT & PEMFITNAH
sambungan 

puan F yang dibelasah jiran masih dalam keadaan trauma. sipembelasah lepas macam tu je. ish! macam tak kena je boleh lepas macam tu. cerita ini ada disiarkan dalam akhbar sinar harian 20/10/2011.


dapat tahu sipembelasah tu adalah exco amk selangor dan aktif di cabang/ranting kawasan parlimen pandan. patutlah macam samseng, pengikut aljub. penduduk di kawasan perumahan berkenaan juga tidak suka dengan perangai sipembelasah tu dan bersimpati dengan apa yang terjadi pada puan F.

sipembelasah tu sedang giat menabur fitnah di laman facebooknya konon puan F yang buat hal dan mengugutnya (sebenarnya puan F yang diugut oleh beliau).

pssttt... agak-agak nak beritahu ke siapa sipembelasah ni sebenarnya? tengoklah nanti...

~BB

Friday, October 21, 2011

Tips Atasi Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir

Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini. “ Dan apabila masuk ke rumah tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Muslim)

2) Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman

Rumah yang pintunya ditutup dengan membaca Bismillah tidak akan dimasuki syaitan, (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah.……

Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)

3) Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (Al-Bukhari)

4) Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.

Daripada ‘Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat(fardu/wajib).”

5) Merapatkan Saf Solah Berjemaah.

Saf yang rapat tidak akan dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad) 

6) Membaca Surah Al-Baqarah Di dalam Rumah

“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)

7)Melaungkan Azan Selain itu syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan.

Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Muslim).

Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (Al-Bukhari)

Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu

Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.

Mujadilah [19] :Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;

9) Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur 

Apabila Rasulullah s.a.w. jatuh sakit kerana disihir, Malaikat Jibril telah menjampi Baginda dengan membaca 2 Qul iaitu Surah An-Nas (Qul a’uzubirabbinnas) dan Al-Falaq (Qul a’uzubirabbil falaq) dan ditiup pada seluruh tubuhnya

Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dari ‘Aisyah r.a. katanya adalah Rasulullah s.a.w. apabila Baginda berada di tempat tidurnya setiap malam beliau menemukan dua tangannya kemudian menghembuskan pada kedua-duanya dan membaca (Qul a’uzubirabbinnas) dan (Qul a’uzubirabbil falaq) kemudian beliau sapukan dengan kedua-dua tapak tangannya semua bahagian tubuhnya yang dapat disapukan olehnya, beliau mulakan di atas kepala dan mukanya dan bahagian hadapan badannya.

Sebaik-baiknya sentiasa ingat akan Allah dengan menyebut namaNya dalam setiap perbuatan dan perkataan kerana syaitan sentiasa menumpang diatas perbuatan dan kata-kata kita. Sentiasa bersyukur kepada Allah terhadap nikmat yang dilimpahkan dan menjauhi kufuf nikmat ketika susah dan senang. 

“ Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia-Nya dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengatahui.” (Al-Baqarah : 268)

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

wallahua'lam bissawab

Wednesday, October 19, 2011

BELASAH PEREMPUAN, ORANG PKR NI MEMANG JAHAT & PEMFITNAH

seorang pemuda pkr telah membelasah seorang perempuan (puan F) gara-gara marah kerana puan F meminta ganti rugi kerosakan keretanya. kereta puan F rosak dibahagian hadapan. 

puan F telah meminta ganti rugi kerosakan keretanya dan menimbulkan kemarahan kepada mamat pkr ni. mamat ni pun memarahi puan F lalau menyerang dengan menumbuk muka puan F hingga berdarah dan membelasah/menendang perut dan peha sehingga tak bermaya/hampir pengsan. saksi, ramai kanak-kanak yang melihat kejadian tu. ketika itu suaminya tiada di rumah, cuma yang ada ibu dan adik beliau.

dalam cerita yang dibuat di wall fb mamat pkr tersebut menyatakan bahawa puan F yang melanggar keretanya dan menyatakan telah diugut puan F (sama sekali tak betul kerana mamat tu yang sebenarnya mengugut puan F)...

ceritanya.... mamat pkr tu berhentikan keretanya secara mengejut namun puan F sempat memberhentikan keretanya dan serta jauh sedikit jarak dari kereta mamat pkr tu. kemudian mamat pkr tersebut telah mengundurkan keretanya dengan laju secara sengaja kerana memang dia nampak jelas ada kereta di belakang keretanya dan mengaku sengaja berbuat demikian untuk cari pasal serta mencabar puan F untuk lawan dia dan menyuruh mencari peguam untuk kes ni. mamat pkr tu berjiran dengan puan F ni. mamat tu memang sebenarnya tak puasa hati dengan puan F ni dah lama (dendam lama gak nih). puan F pada mula tak masuk mana-mana parti politik tetapi memang menyokong UMNO dari mula dan baru-baru ini puan F telah mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO. ada kemungkin ini penambah sebab kemarahannya (mungkin la kot). 

sebenarnya ramai penduduk di  kawasan kediaman puan F ni tak suka dengan perangai mamat pkr ni.

puan F telah membuat repot polis bagi kes ni. malangnya pegawai polis yang ambil laporan kes ni semacam buat endah tak endah je. dan dapat tahu mamat tu dah buat repot jugak. salah seorang kanak-kanak di kawasan situ telah memberitahu ibu puan F... 'makcik... abang tu tak kena tangkap/apa-apa ke kalau bayar 3k pada .....?' (lebih kurang macam tu la).. desas-desus juga disuruh tutup kes - pihak berwajib kena siasat dengan betul nih. kalau ada bayar-bayar sampai tak kena tangkap dan suruh tutup kes ni, semacam je??? tak berani nak menuduh dan cakap lebih-lebih biarlah pihak berkaitan yang siasat. tapi kalau dah kes pukul/belasah orang (terutama lelaki belasah perempuan) patutnya tak boleh la didiamkan begitu aje.

lokasi di taman cheras indah, kejadian pada petang 17/10/2011.

bersambung..........

~ cerita ni BB dengar sendiri daripada tuan punya badan dan beliau masih dalam keadaan trauma.