Thursday, November 24, 2011

Bila Gajah Dengan Gajah Berantam!

bila dah lama berkhidmat dalam sesebuah komuniti dan merupakan tempat bergantung sebahagian daripada kehidupan, siapa yang tak terluka bila khidmat yang telah lama dicurahkan itu tak dipandang lagi. malah diberi ugutan untuk disingkir jika tidak mencemerlangkan prestasi pada masa-masa akan datang. itu hanya alasan untuk penyingkiran itu. lagi alasan tentang sikap. yang bekerja itu manusia bukan robot dan manusia ini punya hati dan perasaan jika tidak dijaga juga akan mengalami prestasi yang tidak bagus. tekanan diberi tapi tidak dihindarkan sipenerima tekanan. jika bekerja dalam keadaan tertekan sudah tentulah prestasi kerja itu menurun. satu lagi faktor pengaruh dan hasutan dari pihak lain yang iri hati dengan kelesaan sebelum ini, boleh membuat satu hubungan kekeluarga itu menjadi sebaliknya. hargailah juga jasa yang telah lama ditanam dan hasilnya sudah pun dijamah bersama. kenapa tiba-tiba bila sudah muak dengan hasil itu maka jasa-jasa itu hendak dibuang begitu sahaja.

jika dulu ada seorang pemimpin yang begitu prihatin terhadap orang-orang yang pernah berkhidmat dan berjasa dengannya, akan memastikan keadaan stabil pada orang yang pernah berkhidmatnya dengannya, memastikan keadaan yang selesa walaupun sudah tidak berkhidmat lagi dengannya. kerana mereka ini juga sebahagian daripada masyarakat yang akan menyokong kepimpinan. tetapi Allah swt lebih sayang denga pemimpin itu dan Dia telah mengambilnya kembali.

bila digantikan dengan kepimpinan yang baru banyak yang mempengaruhi mereka. mereka sama mereka bercakaran yang jadi mangsa adalah sipengkhidmat yang mungkin juga senang digelar sebagai 'kerani cabuk' oleh sesetengah mereka. jika inginkan perubahan tak perlulah ada suara seolah-olah ugutan. kaunseling adalah lebih tepat, nasihat dan tunjuk ajar itu perlu untuk menaikan prestasi bukan beri tekanan dan ugutan. yang lebih tepat sikap ambil berat dan soal kebajikan sipengkhidmat.

 

~BB : berterima kasihlah walaupun budi sebesar kuman!

No comments: