Thursday, October 27, 2011

Mayat bayi ditemui bawah katil


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Seorang bapa tidak menyangka pendarahan dialami anak gadisnya yang berusia 14 tahun di rumah mereka di Kampung Sungai Rasau, Sepang dekat sini semalam, sebenarnya kerana melahirkan anak.

baca selanjutnya : utusan malaysia

keadaan yang amat membimbangkan. ibubapa harus memantau kegiatan anak-anak. sekarang ini banyak terjadi kes murid/pelajar perempuan yang jadi mangsa, mungkin akibat ingin 'mencuba' atau 'dicuba'. sedih bila tengok video-video seks yang membabitkan murid/pelajar. ada yang suka-suka,  dibuli sekumpulan pelajar lelaki (dirogol beramai-ramai), tidak kurang juga menjadi mangsa orang dewasa. jangan kata murid/pelajar/remaja, bahkan kanak-kanak dibawah yang masih tak tahu apa-apa juga menjadi sasaran sekarang ini. apa-apa jika ianya murid/pelajar yang menjadi mangsa samada rela ataupun tidak, ianya dianggap sebagai dirogol/diperkosa kerana dibawah umur.

kesian dengan masa depan anak-anak ini sebenarnya. perkara ini sepatutnya tidak harap pada ibubapa sahaja, masyarakat keliling juga guru-guru di sekolah harus ambil berat tentang perkara ini. sama-samalah  mengatasi masalah seperti ini. kerana anak-anak adalah amanah Allah sbt.

---------
macam biasa juak-juak pr akan menyalahkan umno/bn... huhuhu....

~BB.

No comments: