Saturday, October 29, 2011

Antara Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Pembangkang



imbas semula :-

Kerajaan negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat koprat Talam Corporation bernilai RM392 juta menggunakan wang rakyat.

Kerajaan negeri gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corporation seperti yang dijanjikan oleh Menyeri Besar dalam Sidang DUN.

Kerajaan negeri membatalkan pembinaan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor.

Kerajaan negeri merampas tanah rakyat yang diamanahkan kepada YBK di Hulu Selangor.

Kerajaan negeri menutup institusi latihan kemahiran bumiputera iaitu Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS).

Kerajaan negeri menyita, mendenda dan menyewa tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang.

Kerajaan negeri gagal mentadbir Universiti Selangor (UNISEL) dengan baik sehingga ia mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.

Kerajaan negeri membazir wang rakyat dengan membelanjakan RM800,000.00 dalam program sambutan ulangtahun Yayasan Selangor.

Kerajaan negeri gagal mengurus perlombongan yang mengakibatkan kecurian pasir dan kerosakan alam sekitar.

Kerajaan negeri menipu DYMM Tuanku Sultan Selangor dan rakyat apabila gagal mengutip RM150 juta hasil pasir di negeri Selangor.

Kerajaan negeri gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dengan cermat dengan memberi bonus yang tidak munasabah kepada kakitangan syarikat tersebut.

Kerajaan negeri gagal mengurus Institusi Pejabat Menteri Besar dengan baik sehingga ada intipan kamera liar dalam bilik Menteri Besar.

Kerajaan negeri gagal mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatan dengan baik sehingga berlaku penggunaan surat sokongan oleh Ahli Majlis dan pengerusi JKKK Kampung Baru untuk mendapatkan kerja kontrak.

Kerajaan negeri menyeleweng bila mana Exco dari Pandamaran dibiar bebas walaupun dia menggunakan  kepala surat dan cop beliau untuk melobi kerja kontrak.

Kerajaan negeri gagal mentadbir PKNS dengan baik sehingga ia telah menggadaikan semua hartanah PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi.

PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah.

PKNS telah membazirkan wang rakyat dengan membiayai sebanyak RM520,000.00 majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN.

PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar RM731,000.00 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan telemarketing.

PKNS telah membazir wang rakyat sebanyak RM935,000.00 kepada seorang konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan.

Kerajaan negeri gagal mengurus air di Selangor dengan baik sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari Pahang yang boleh menyebabkan Selangor mengalami krisis air menjelang 2014.

Kerajaan negeri juga gagal memberikan air percuma seperti yang disebut dalam manifesto mereka dalam pilihanraya 2008. Mereka sebaliknya menipu rakyat dengan memutarbelitkab dan mempolitikan isu air yang akhirnya rakyat akan jadi mangsa apabila berlaku krisis air pada tahun 2014.

Kerajaan negeri menipu rakyat apabila membentangkan pakej rangsangan ekonomi yang bernilai rm50 billion pada tahun lalu namun sehingga sekarang ia belum dilaksanakan.

Kerajaan negeri selangor melalui Exconya daru DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaan sekatan jualan aras MBSA di Shah Alam.

Kerajaan negeri Selangor telah membiarkan institusi masjid menjadi gelanggang politik.

Kerajaan negeri mengurus sumber kewangan dengan baik pada tahun 2008 dan menyebabkan defisit belanjawan menjadi rm49 juta. Pada thun 2009, defisit menjadi rm66 juta dan meningkat lagi tahun 2010 menjadi lebih rm 144 juta. Namun, pasa tahun 2006, BN mencatat surplus sebanyak rm72.5 juta dan pada tahun 2007 sebanyak rm131.8 juta.

Kerajaan negeri tidak cekap dalam merancang dan mehurus kewangan negeri apabila telah 3 kali memohon perbelanjaan tambahan bagi tahun 2010 iaitu pada Mac sebanyk rm69 juta, julai rm117 juta dan november 2010 sebanyak rm8 juta. Ini bermakna jumlah belanjawan tambahan sebanyak rm194 juta dari jumlah anggaran perbelanjaan 2010. Ia merupakan  satu sejarah baru dalam sidang DUN yang terpaksa meluluskan 3 kali perbelanjaan tambahan.

Kerajaan negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak rm33,0367.96 kos rawatan YB Dr. Cheah Wing Yin di Pusat Perubatan Sunway akibat kemalangan. Kenapa beliau perlu menerima rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui perbelanjaan nya berbanding dengan pusat perubatan kerajaan? Ini merupakan dasar bermewah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri lebih ‘pro’ mengutip hasil cukai pusat hiburan yang kini terdapat lebih dari 4000 premis hiburan, spa, pusat urut dan judi di negeri Selangor.

Kerajaan negeri menyalahgunakan kepala surat pejabat Menteri Besar untuk mengutip dana parti sewaktu sambutan 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan negeri telah ingkar kepada pelbagai titah DYMM Sultan Selangor yang amat dukacita dengan pelbagai kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor.


lagi

kerajaan selangor merampas hak pembangunan dan pendidikan (YBK & UiTM serendah).


kemelut perlantikan SUK selangor yang tidak dipersetujui oleh MB dan EXCO kerajaan negeri selangor. malah lagak MB selangor mahu mengalahkan dan mendahului YM Sultan Selangor.


gagal dalam pengurusan pentadbiran bekalan air. perlaksanaan air percuma masih belum betul-betul terlaksana. 



gagal menangani isu rumah ibadat bukan Islam.


wakil rakyat PR menghina Islam.


laungan azan dipertikaikan oleh orang bukan Islam. wang zakat disalah gunakan.


isu moral & skandal seks oleh exco kerajaan negeri selangor. satu contoh tak baik sebagai pemimpin.
projek jeti dan rumah baru oleh LKIM untuk para nelayan di pasir penambang dihalang oleh kerajaan negeri selangor.


lambakan rumah urut. peningkatan rumah urut (yang menawarkan khidmat seks/pelacuran) di selangor menunjuk bahawa kerajaan selangor tidak mengambil berat dengan gejala maksiat. pengeluaran lesen rumah urut didalangi exco kerajaan negeri selangor (DAP).


dan banyak lagi.

---------


pakatan hanya pandai membuat janji kosong. menyeleweng dana negeri selangor.


~BB

No comments: