Monday, October 24, 2011

ada juga yang tertinggal/terlepas pandang...

hentam sesama sendiri merugikan sebenarnya.

bukan nak cakap apa la. pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan (tak kurang juga diperingkat bahagian) selalu menghentam ketua-ketua tak buat itu ini, pilih kasihlah, tak buat kerja dan sebagainya.

hari ni ternyata pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan inilah yang banyak tak buat kerja sebenarnya. dalam pada wakil bahagian ingin memeriksa kediaman yang perlu dibaiki terbongkar pula citer yang lain. masalah rakyat terpinggir masih berlaku rupanya. orang sakit terlantar dan oku tidak dimaklumkan. macam mana ni? pemimpin cawangan berkaitan pun tak tahu? apa yang mereka buat dalam kawasan jagaan mereka? selalu sangat hentam ketua-ketua di peringkat atas tak sedar diri sendiri  rupanya yang tak buat kerja.

memang tidak dinafikan ada pemimpin atas yang tak buat kerja (tu satu hal). pemimpin yang buat kerja tapi tidak dibantu oleh orang-orang bawahan. setiap cawangan/kawasan ada wakil yang jaga kenapa nak juga diharapkan pemimpin teratas juga yang nak buat semua sekali. sebab tu la diadakan wakil diperingkat cawangan untuk memudahkan maklumat dalam kawasan dikumpulkan untuk diambil tindakan.

malangnya ada yang terlepas pandang. percuma je pemimpin atasan yang buat kerja kena kutuk dan dikata. tu sebabnya dalam 'rumah' jangan bergaduh, tikam belakang, kutuk mengutuk dan sewaktu dengannya. sebabnya kadang-kadang kita pun terbuat silap dan tak sengaja begitu juga pemimpin atasan, kalau yang pemimpin bawahan tidak membantu susahlah nak uruskan semua kerja-kerja yang banyak. sudah dibahagikan tugas, amanahlah untuk melakukannya dengan penuh tanggungjawab.

- sekarang semuanya pasang badan dan selalu tunjuk muka dalam program yang selama ni tak pernah pun nak turun. muncul juga muka-muka baru, agaknya nak cuba kot... huhuhu... ~BB


No comments: