Wednesday, October 19, 2011

BELASAH PEREMPUAN, ORANG PKR NI MEMANG JAHAT & PEMFITNAH

seorang pemuda pkr telah membelasah seorang perempuan (puan F) gara-gara marah kerana puan F meminta ganti rugi kerosakan keretanya. kereta puan F rosak dibahagian hadapan. 

puan F telah meminta ganti rugi kerosakan keretanya dan menimbulkan kemarahan kepada mamat pkr ni. mamat ni pun memarahi puan F lalau menyerang dengan menumbuk muka puan F hingga berdarah dan membelasah/menendang perut dan peha sehingga tak bermaya/hampir pengsan. saksi, ramai kanak-kanak yang melihat kejadian tu. ketika itu suaminya tiada di rumah, cuma yang ada ibu dan adik beliau.

dalam cerita yang dibuat di wall fb mamat pkr tersebut menyatakan bahawa puan F yang melanggar keretanya dan menyatakan telah diugut puan F (sama sekali tak betul kerana mamat tu yang sebenarnya mengugut puan F)...

ceritanya.... mamat pkr tu berhentikan keretanya secara mengejut namun puan F sempat memberhentikan keretanya dan serta jauh sedikit jarak dari kereta mamat pkr tu. kemudian mamat pkr tersebut telah mengundurkan keretanya dengan laju secara sengaja kerana memang dia nampak jelas ada kereta di belakang keretanya dan mengaku sengaja berbuat demikian untuk cari pasal serta mencabar puan F untuk lawan dia dan menyuruh mencari peguam untuk kes ni. mamat pkr tu berjiran dengan puan F ni. mamat tu memang sebenarnya tak puasa hati dengan puan F ni dah lama (dendam lama gak nih). puan F pada mula tak masuk mana-mana parti politik tetapi memang menyokong UMNO dari mula dan baru-baru ini puan F telah mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO. ada kemungkin ini penambah sebab kemarahannya (mungkin la kot). 

sebenarnya ramai penduduk di  kawasan kediaman puan F ni tak suka dengan perangai mamat pkr ni.

puan F telah membuat repot polis bagi kes ni. malangnya pegawai polis yang ambil laporan kes ni semacam buat endah tak endah je. dan dapat tahu mamat tu dah buat repot jugak. salah seorang kanak-kanak di kawasan situ telah memberitahu ibu puan F... 'makcik... abang tu tak kena tangkap/apa-apa ke kalau bayar 3k pada .....?' (lebih kurang macam tu la).. desas-desus juga disuruh tutup kes - pihak berwajib kena siasat dengan betul nih. kalau ada bayar-bayar sampai tak kena tangkap dan suruh tutup kes ni, semacam je??? tak berani nak menuduh dan cakap lebih-lebih biarlah pihak berkaitan yang siasat. tapi kalau dah kes pukul/belasah orang (terutama lelaki belasah perempuan) patutnya tak boleh la didiamkan begitu aje.

lokasi di taman cheras indah, kejadian pada petang 17/10/2011.

bersambung..........

~ cerita ni BB dengar sendiri daripada tuan punya badan dan beliau masih dalam keadaan trauma.

No comments: