semenjak dari awal lagi memang tidak yakin dengan janji-janji yang ditaburkan oleh puak-puak pakatan rakyat ini. semakin hari jelas dengan penipuan, fitnah dan agenda untuk kepentingan sendiri bukan untuk rakyat. slogan demi rakyat itu hanyalah syarat untuk meraih sokongan dari rakyat akan tetapi rakyat memang sudah kena tipu oleh puak-puak ini. akan tetapi masih ramai rakyat yang mahu menyokong mereka mungkin kerana habuan-habuan yang tinggi serta janji-janji yang tertentu bagi pemimpin perantara akar umbi dan pemimpin atas. rakyat yang memilih/meyokong puak-puak pakatan ini sebenarnya memberi peluang kepada puak-puak ini untuk menikmati kesemua dana negeri yang mereka takluki untuk kepentingan pemimpin mereka. tidak terkecuali menggunakan dana tersebut untuk mengupah penulis-penulis maya pro pakatan rakyat bagi meraih kepercayaan rakyat walaupun terpaksa membuat dosa dengan memutar belitkan fakta, memfitnah, menipu dan sebagainya. di dunia memang merasa nikmatnya, macam mana pula di 'sana' nanti?
No comments:
Post a Comment