Tuesday, October 25, 2011

Bukan Islam Boleh Didakwa Murtadkan Umat

keratan berita harian 25/10/2011.

Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. 
(sumber : utusan malaysia)

petikan utusan online : 'dakwaan mengatakan pemeriksaan jabatan agama Islam selangor (JAIS) ke atas gereja methodist damansara utama di petaling jaya malam rabu lalu mendapati ada bukti penyebaran agama lain ke atas penganut Islam sebagai cukup serius sekiranya ia benar.'

kalau terbukti mereka menjalankan aktiviti memurtadkan umat Islam, memang patut diambil tindakan tegas supaya mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian menghentikan 'niat' untuk menjalankan kegiatan seumpamanya.

adalah tepat laporan kes tersebut dikemukakan pada Sultan Selangor, kerana baginda adalah ketua Agama Islam di dalam negeri selangor. pandang/keputusan baginda patut dihormati bukan dipolitikan.

~BB


No comments: