Sebagai respon kepada tulisan
Raja Petra itu, Deepak membuat penafian tegas di dalam Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/161382).
Mungkin tidak perlu disebut di
sini bahawa Raja Petra juga kemudiannya membuat U-Turn tanpa mengaku salah, bahawa beliau membuat
tuduhan tersebut atas ‘suruhan’ orang tertentu dan bahawa segala apa yang
dituduhnya adalah palsu dan ianya dilakukan semata-mata untuk memburukkan dan
menjatuhkan Perdana Menteri.
Pendedahan Raja Petra itu
mematikan terus langkah pembangkang dalam isu ini. Namun, apabila keadaan semakin buruk bagi
mereka di mana segala usaha untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri
tidak berjaya dengan demonstrasi-demonstrasi yang gagal dan memakan diri serta
Anwar pula tidak ke penjara, maka pembangkang memutuskan bahawa isu Altantuya
adalah satu-satunya isu yang cukup besar yang jika dimainkan dengan baik pasti
mampu membantu mereka mencapai Putrajaya.
Justeru, SUARAM pun digunakan
untuk memainkan lagi isu ini sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu Perancis. Pembelian kapal selam oleh Kementerian
Pertahanan dijadikan sandaran kes yang tiada kes pun. Harapan pembangkang, memandangkan ia melibatkan
negara lain maka penyokong mereka tidak akan tahu penipuan mereka,
sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.
Malang bagi mereka apabila
pilihanraya tidak berlangsung secepat yang dijangka sehingga akhirnya penipuan
SUARAM terbongkar apabila pihak Perancis sendiri mendedahkan bahawa mahkamah
negara itu telah menolak aduan SUARAM sejak awal tahun lagi, kerana tidak
berasas sama sekali.
Dengan RPK mengaku kalah, SUARAM
pula kantoi, isu Altantuya secara rasminya ditutup. Pakatan Rakyat pula semakin huru-hara dengan
masalah-masalah dalaman yang semakin hari semakin parah manakala BN pula
semakin kukuh dengan rekod ekonomi negara yang memberangsangkan.
Justeru, pembangkang begitu
terdesak perlukan isu yang cukup besar untuk menutup segala kelemahan mereka
sekali gus mengalihkan pandangan rakyat dari melihat rekod cemerlang kerajaan
BN. Ini, ditambah dengan ketandusan isu
serta dendam akibat keegoan yang tercalar dalam isu Altantuya, maka pembangkang
memilih untuk meneruskan isu yang sama sebagai senjata utama menghadapi
pilihanraya.
Bukan satu kebetulan nampaknya apabila
ketika UMNO sedang bersidang dengan penuh semangat di sini, SUARAM pula membuat
sidang akhbar di Singapura berkenaan isu kapal selam dan Altantuya. Lalu, sejurus kemudiannya, isu Deepak yang
juga dari Singapura, bermula.
Isu Deepak yang sedang berjalan
di mahkamah sekarang adalah berkisar kepada tuntutan Deepak ke atas projek perniagaan
yang tidak menjadi yang kebetulannya memperolehi nota tangan ‘tiada halangan’
dari Perdana Menteri. Bagaimanapun, yang
menimbulkan tandatanya, apakah hak Deepak untuk menuntut wang atas alasan
pengaruh beliau yang membolehkan projek tersebut mendapat pinjaman bank? Atas alasan apa kita dapat membuktikan elemen
‘pengaruh’? Dan di manakah tertulisnya
hak peribadi Deepak ke atas pinjaman yang diluluskan untuk projek
tersebut?
Persoalan ini terjelas sendiri
apabila media pembangkang memetik kes Deepak di mahkamah dari sudut yang
langsung tiada kena mengena dengan kes.
Sebaliknya, kisah Altantuya dan nama Balasundram pula yang menjadi
tumpuan laporan mereka.
Dalam wawancara dengan Harakah
Deepak telah membuat kenyataan yang bertentangan terus dari apa yang
dinyatakannya sendiri di dalam Malaysiakini sebelum ini.
Kes perniagaan Deepak sebenarnya
telah pun dijelaskan oleh Deepak sendiri sepertimana yang terakam kemas dalam
kenyataannya sendiri dalam Malaysiakini pada tahun 2011 di atas. Katanya, pinjaman RM600 juta yang diperolehi
dari Kuwait Finance House adalah untuk sebuah pelaburan hartanah dan dijamin
oleh pengarah dan pemegang saham serta bank itu sendiri. Beliau juga menjelaskan bahawa kontrak hiasan
dalaman istana baru di Jalan Duta adalah diperolehi dari kontraktor utama dan
bukannya dari kerajaan. Pendek kata,
beliau adalah ahli pernigaan yang tulen dan tidak terlibat dalam politik.
Deepak juga menafikan
sekeras-kerasnya yang beliau mengenali Balasundram di dalam kenyataan di
Malaysiakini tersebut. Namun, kini
beliau nampaknya telah membuat kenyataan yang bertentangan pula kepada
Harakahdaily.
Dengan membawa kes perniagaan
yang kabur dan mengaitkannya dengan isu lain yang tidak berkaitan, maka
jelaslah sudah bahawa Deepak telah ditugaskan untuk meneruskan kerja-kerja yang
sebelum ini gagal dibuat oleh RPK dan juga SUARAM, bagi pihak pembangkang.
Untuk itu, Harakahdaily dan
Malaysiakini mungkin perlu duduk semeja terlebih dahulu untuk mencari kata
putus, siapakah di antara mereka yang berbohong, atau kenyataan Deepak yang
manakah yang akan dilaporkan sebagai pembohongan selepas ini.
Nampaknya, bukan RPK seorang
sahaja yang terlalu banyak menonton filem Hindustan, seperti sindirian Deepak
di dalam kenyataannya di Malaysiakini. Sesiapa
juga yang menulis skrip untuk RPK ataupun Bala, dan mungkin juga Deepak, jelas
tidak dapat menilai sebuah penceritaan yang baik. Kisah pembunuhan yang berkait dengan
pembelian kapal selam serta perniagaan yang tak menjadi yang berbelit sesama
sendiri, tidak konsisten, berpusing dan U-turn dua tiga kali tentu menarik
untuk ditonton di panggung, tetapi amatlah memualkan jika cuba disampaikan
sebagai satu kisah benar.
Mungkin Pakatan Rakyat serta
rangkaian NGO atau individu yang menjadi alat mereka, termasuk para ‘penaja’
mereka perlu memikirkan cara lain untuk menjatuhkan BN atau Perdana
Menteri. Tidakkah mereka belajar dari
kesilapan bahawa strategi menulis skrip fitnah untuk dilakonkan oleh
pelakon-pelakon upahan bukanlah strategi yang baik. Ia mungkin boleh membuatkan
penyokong-penyokong jumud lagi tegar mereka teruja, tetapi lebih dari itu ia
hanya membuatkan penyokong-penyokong yang masih mampu berfikir, serta mereka
yang berada di atas pagar terus lari meninggalkan mereka.
No comments:
Post a Comment