Pada tahun 2011, laman Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin (RPK), iaitu si penulis pengecut dan bermasalah mental yang kini terumbang-ambing mencari ‘tuan’, telah menulis bahawa Deepak Jaikishan, seorang saudagar karpet yang mendapat tempat utama di media pembangkang hari ini adalah orang yang memperkenalkan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dengan Dato’ Seri Najib serta adiknya, Nazim.
Perlu diingatkan bahawa RPK terkenal dengan tulisan penuh drama dan memperincikan tempat serta masa kejadian bagi meyakinkan pembaca, seolah-olah beliau benar-benar berada di tempat kejadian bersama watak-watak yang ditulisnya.
RPK pada ketika itu menulis bahawa Deepak bertanggungjawab menguruskan pertemuan antara Bala dan Nazim yang datang bersama isterinya di ruang pameran kereta di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, di mana wang bertukar tangan daripada Nazim kepada Bala.
Sehubungan dengan itu, Deepak pantas memberi respon kepada tuduhan tersebut dengan membuat sidang akhbar. Antara yang dilapor oleh Malaysiakini pada 13 April 2011, Deepak berkata, “Itu adalah satu pembohongan!” dan “Saya tidak pernah berada pada masa dan lokasi yang didakwa oleh RPK dan tidak pernah menguruskan pertemuan antara Bala dan adik PM”.
Bagaimanapun, Deepak mengaku bahawa beliau mengenali Bala melalui abangnya dan kenalan bersama yang bernama Suresh, iaitu bekas anggota polis yang mengenali Bala. Beliau juga mengaku pernah berjumpa dengan Bala sebanyak dua kali iaitu bersama Suresh dan sekali lagi apabila Bala ingin meminjam wang darinya. Deepak memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak memberikan wang kepada Bala yang ketika itu menghadapi masalah akibat kerjayanya sebagai penyiasat persendirian telah terdedah.
Deepak juga mengaku mengenali Nazim tetapi hanya atas kapasiti seorang juruhias dalaman dengan seorang arkitek yang kadangkala perlu bekerjasama. Deepak kemudiannya menyifatkan tuduhan RPK itu sebagai ‘akibat terlalu banyak menonton filem Hindustan sehingga terbawa-bawa dengan imaginasi’.
Deepak nampaknya begitu tersinggung bila dituduh sebagai ‘budak penghantar beg’. Katanya, “tiada siapa menggunakan beg lagi dalam era internet ini. Wang dipindah melalui bank…kalaupun benar (yang saya mengatur pertemuan itu), saya seorang yang sibuk, kenapa saya perlu berbuat demikian? Saya ada orang suruhan yang boleh membuatnya untuk saya. Saya tak perlu lakukannya sendiri.”
Kenyataan Deepak di Malaysiakini tampak begitu spontan, tiada drama dan tiada penafian atau pengakuan yang berlebih-lebihan dalam memperkatakan ‘watak-watak’ yang terlibat.
Mengenai perniagaan pula, Deepak memberitahu Malaysiakini bahawa hubungannya dengan Perdana Menteri dan keluarganya hanyalah berkenaan perniagaan dan tidak bermakna beliau seorang penghantar beg. Beliau juga mengaku mendapat kontrak menghias istana baru di Jalan Duta. Kontrak itu diperolehi dari kontraktor utama, dan bukannya terus dari kerajaan atau Perdana Menteri.
Katanya, “saya juga ada berbuat kerja untuk menteri-menteri kabinet, adakah itu bermakna saya juga punya kiatan dengan mereka?” Malah, mengenai pinjaman berjumlah RM600 juta dengan Kuwait Finance House, Deepak menjelaskan ianya dibayar mengikut jadual dengan hanya RM200 juta sahaja yang masih belum selesai. “Semuanya mengikut undang-undang…jika benar saya ada ‘kaitan’ politik, kenapakah saya tidak meminta mereka hapuskan saja hutang-hutang itu?” Sindir Deepak kepada Malaysiakini.
Begitu yakin dan tegas Deepak membela diri dari tuduhan liar RPK. Namun, itu cerita tahun lepas.
Tahun ini, Deepak tidak semena-mena muncul dengan cerita lain pula. Tahun ini, perniagaan Deepak tidak begitu menjadi. Beliau dikhabarkan ‘tersangkut’ dengan berbagai masalah kewangan yang berat. Beberapa perniagaannya di seluruh dunia menghadapi masalah secara serentak. Dan Deepak kini sibuk mencari publisiti turun naik mahkamah di Malaysia untuk menuntut haknya dalam satu projek yang didakwanya mendapat pinjaman dan sokongan kerajaan atas faktor ‘kaitannya’ dengan Perdana Menteri pula.
Apa yang dapat dilihat di dalam mahkamah hari ini ialah keadaan Deepak yang tidak seyakin dan setegas sepertimana di dalam sidang akhbar tahun lepas itu. Deepak kelihatan tidak keruan dan beberapa kali kehilangan tumpuan sehingga menghairankan para pemerhati. Malah, kes yang dibawanya ke mahkamah itu juga amat lemah iaitu untuk menuntut haknya atas faktor ‘pengaruh’ berdasarkan dakwaan punya kaitan dengan seseorang yang berkuasa.
Memahami asas kes ini saja sudah cukup untuk membuat kita pening, itu belum lagi cubaan untuk memahami apa kaitannya dengan tajuk-tajuk mengenainya di media pembangkang.
Pelik sekali apabila media pembangkang memainkan isu Deepak dari sudut yang sama dengan isu yang tiada isu, iaitu isu kapal selam scorpene. Isu kapal selam telah pun selesai dengan keputusan SUARAM kalah mati. Tetapi kini, isu ini ditimbulkan pula oleh media pembangkang melalui kes perniagaan Deepak yang langsung tiada kaitan dengannya.
Namun, bila difikirkan semula, kita sebenarnya tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk memahami strategi pembangkang ini. Jelas sekali Deepak telah dipergunakan untuk menyambung tugas yang gagal dijayakan oleh SUARAM. Deepak tidak punya kes yang kukuh di mahkamah tetapi ‘kes’ tersebut sengaja ditimbulkan untuk menghidupkan terus nama Altantuya.
Kalah menang atau berasas atau tidak kes Deepak adalah cerita lain. Yang penting ialah mencari ruang untuk menimbulkan keraguan terhadap Perdana Menteri, itu saja.
Kita faham bahawa pembangkang sudah benar-benar terdesak dalam mencari isu untuk dijadikan peluru dalam pilihanraya. Pembangkang sudah benar-benar mati akal untuk menimbulkan isu baru serta sudah terlalu letih menepis peluru yang bertubi-tubi yang tertembak ke kaki sendiri. PAS, DAP, PKR semuanya bermasalah. Anwar sudah hilang pengaruh. SUARAM sudah kantoi. Ambiga dan BERSIH sudah pun ‘arwah’. Lynas hanya membuktikan hasutan perkauman oleh pembangkang.
Maka, mahu tidak mahu, hanya kes Altantuya saja yang mampu dibesarkan dan dikelirukan kerana ia melibatkan nombor dan angka serta perkara-perkara sulit pertahanan negara.
Justeru, Deepak pun dijadikan senjata untuk menembak rambang ke arah kerajaan, sekadar untuk membeli masa dan meraih saki baki sokongan rakyat yang buta tuli sementara menunggu pilihanraya. Dengan itu, BN tidak perlu susah-susah menepis peluru dari senjata yang bernama Deepak ini. Tak akan lut sebuah parti yang terbina dengan semangat yang kukuh dengan tembakan peluru kapur yang berterabur.
No comments:
Post a Comment