Akhir-akhir ini rungutan akar umbi DAP semakin kuat kedengaran. Rata-rata merasa kecewa dengan kepimpinan parti yang kian hari kian menunjukkan sifat kukubesinya. Parti itu telah dua kali menunda proses pemilihan dan antara penyebabnya ialah kebimbangan kepimpinan yang mula menyedari sentimen akar umbi yang tidak menyenangi cara mereka ini.
Akar umbi telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan cara memberi sokongan kepada pemimpin yang tidak termasuk dalam kumpulan sahabat dan keluarga Tokong Lim. Beberapa orang yang menjadi pilihan Lim Guan Eng tewas dalam pemilihan, antaranya Wong Kah Woh dan setiausaha politiknya, Ng Wei Aik.
Ini adalah petanda jelas ‘pemberontakan senyap’ oleh akar umbi DAP dan Tokong Lim tidak mampu lagi untuk menutup mata mengenainya. Walaubagaimanapun, cakap-cakap kedai kopi kedengaran ramai yang yakin bahawa Tokong Lim tidak akan berdiam diri dan akan terus berusaha agar semua ahli-ahli menyembahnya.
Masalah DAP menjadi lebih parah apabila PAS juga mula menunjuk taring terhadap parti itu yang selama ini dilihat sebagai Ketua.
PAS yang juga menghadapi masalah keyakinan akar umbi terpaksa membuktikan yang mereka bukan anjing kepada DAP sepertimana yang dituduh oleh musuh mereka. Maka, isu wanita Muslim memotong rambut lelaki dan khalwat antara bukan Islam pun menjadi topik pertengkaran hebat antara PAS dan DAP.
PAS nampaknya begitu tegas dan enggan berganjak dari keputusan dalam kedua-dua kes tersebut konon atas nama Islam, yang menjadi dasar perjuangan parti. Namun, amatlah menghairankan apabila ketegasan yang sama tidak ditunjukkan dalam kes yang jauh lebih berat seperti zina, gejala LGBT, malah kes murtad sebelum ini. Dalam kes murtad misalnya, PAS sanggup kehilangan pemimpin yang banyak berjasa seperti Datuk Dr. Hasan Ali demi menjaga hati DAP. Tetapi hairan sekali apabila PAS sanggup pula mengelar hati DAP kerana enggan membenarkan wanita Islam memotong rambut lelaki.
Lebih dahsyat lagi bila PAS juga sanggup menerima seorang pengamal LGBT sebagai Perdana Menteri tetapi tidak sanggup bertolak ansur dengan pasangan bukan Islam yang berkhalwat. Dewan Himpunan Penyokong PAS pula lebih merupakan jurucakap DAP dari penyokong tulen PAS.
Apa yang menarik lagi ialah parti PKR pula memilih untuk berdiam diri dan enggan menonjol di kala sekutunya memukul gendang perang sesama sendiri, sedangkan musuh sudah mula mengasah senjata untuk menghadapi pilihanraya.
Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR langsung tidak memberi kenyataan dalam menangani kemelut yang melanda parti-parti sekutunya. Mungkin beliau cukup maklum bahawa apa jua kata-kata atau arahannya tidak membawa apa-apa makna bagi DAP mahupun PAS kerana tiada siapa yang menghormati peliwat dan penyalahguna kuasa sepertinya.
Justeru, Anwar hanya membiarkan sahaja kedua-dua parti sekutunya itu bercakaran dari dalam dan sesama sendiri tanpa mampu berbuat apa-apa.
Kemelut yang dihadapi PR ini bukan kecil kerana ia merupakan masalah yang bertindih, dan merebak pula. Kalau dulu kita lihat PAS perlu kalahkan DAP dahulu sebelum menang PRU tetapi kini kita lihat di dalam DAP sendiri, ada usaha untuk mengalahkan Dinasti Lim dalam pemilihan parti itu. Justeru bagaimana DAP dapat berhadapan dengan kebangkitan PAS?
Apa yang berlaku dalam DAP tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku dalam pemilihan parti PKR yang menyaksikan betapa kepimpinan tertinggi sanggup berbuat apa saja untuk memastikan calon pilihan mereka menang. Perlu diingatkan bahwa DAP dan PKR kedua-duanya mempunyai ‘kaki’ atau ‘balaci’ setia di dalam PAS yang bersedia berbuat yang sama untuk menang juga. Oleh itu, walaupun Muktamar PAS berjalan lancar, tetapi percayalah yang parti itu telah retak seribu dan hanya bertahan dengan tampalan gam keegoan masing-masing sahaja.
Nampaknya, DAP, PKR dan PAS kini bukan lagi satu pakatan, atau lebih tepat, tidak pernah pun berpakat. Mereka hanya berbuat janji untuk sama-sama menjatuhkan BN dalam pilihanraya, itu saja. Mereka tidak pernah benar-benar sepakat untuk memerintah bersama atau menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kecuali sebagai boneka atau simbol kuasa mereka semata-mata.
Hakikatnya hari ini, walaupun DAP, PAS dan PKR masing-masing punya pemimpin yang digelar Presiden atau apa jua gelarannya, tetapi Pakatan Rakyat itu sendiri tidak punya pemimpin. PR hanyalah sebuah bayangan, ilusi atau mimpi manusia-manusia yang gila kuasa dan tidak berpijak di bumi nyata yang kini terhoyong hayang bila dikejutkan dengan gendang perang pilihanraya.
No comments:
Post a Comment