Wednesday, December 26, 2012

AMBIGA GUNA BERSIH PECAH BELAHKAN ORANG MELAYU


Anwar Ibrahim yang menggunakan platform Bersih melalui Ambiga Sreenavasan nampaknya semakin tertekan apabila rayuannya kepada kerajaan Australia untuk masuk campur dalam proses pilihan raya negara ini ditolak mentah-mentah.


Anwar kemudian terpaksa menggunakan pengaruhnya susulan kegagalan Ambiga yang sebelum itu berkempen di negara itu untuk tujuan yang sama tetapi menerima jawapan negatif dari Kementerian Luar Australia. 

Malu Anwar bukan kepalang apabila menerima respons yang negatif dari Menteri Luar Bob Carr.

Kata Carr kerajaan Australia bukan berfungsi sebagai badan pemantau Suruhan Jaya Pilihan Raya dan sudah tentunya bukan tugasnya untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Apabila pihak asing tidak lagi berminat untuk mendokong agenda peribadi Anwar menerusi Bersih, kini Ambiga beriya-iya pula mahu melancarkan program 'Jom Pantau' baru-baru ini.

Program iti kononnya akan menggerakkan rakyat bagi memantau proses pilihan raya pada PRU13 nanti untuk memastikan ia berjalan tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan.

Pembangkang amat senang mencari kesalahan dan keburukan orang lain tapi apabila terkena batang hidung terus membisu dan buat pekak telinga.

Contohnya pemilihan PKR dua tahun lalu penuh dengan gejala rasuah, nepotisme dan kronisme namun semua aduan dan bantahan disenyapkan oleh Anwar kerana mahu memenangkan kumpulan yang menyokong Azmin Ali.

Semua calon yang tidak sebulu dengan Azmin ang bertanding jawatan Timbalan Presiden dicantas dan dipastikan tidak mendapat undi atau digugurkan nama mereka pada saat akhir.

Calon-calon anti-Azmin menghadapi laluan amat sukar kerana kawalan ketat kroni rapat Anwar itu akan memastikan Jawatankuasa Pemantau Pemilihan akan mencari setiap kesalahan bagi menafikan mereka daripada bertanding.

Akhirnya apabila keputusan diumumkan, lebih 90 peratus barisan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat adalah kroni-kroni Azmin termasuk juga majoriti ketua-ketua cabang PKR diseluruh negara.

Jika Anwar ingin bersihkan proses pilihan raya negara ini telus dan adil, pastikan beliau cuci dahulu semua kekotoran yang menyelaputi proses pemilihan partinya terlebih dahulu. 

Namun pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya objektif sebenar Anwar atau Ambiga.

Jika diperhatikan perjalanan tiga perhimpunan Bersih yang telah diadakan sejak tahun 2007, trendnya bukan untuk menuntut pelaksanaan lapan tuntutan yang dikemukakan kepada SPR tetapi sebagai satu cara mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan rusuhan jalanan. 

Lebih-lebih seruan Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program 'Jom Pantau' kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.

Ini kerana perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 menyaksikan majoriti peserta yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada orang Melayu terutamanya golongan muda dan belia.

Amat sedikit sekali peserta ketiga-tiga demonstrasi anjuranBersih disertai oleh kaum Cina apatah lagi kaum India, lantas menimbulkan syak wasangka apakah sebenarnya tujuan bersih.

Politik Melayu telah berpecah tiga kepada UMNO, Pas dan PKR dan usaha yang dilakukan oleh Ambiga adalah untuk memburukkan lagi retak pada perpaduan Melayu.

Jika ramai belia, remaja dan muda-mudi Melayu dapat dipengaruhi menyertai program-program Bersih maka ini akan melemahkan sokongan kepada UMNO dan apabila parti tulang belakang Barisan Nasional itu hilang kekuatan, senanglah pembangkang menyerang kerajaan bertubi-tubi.

Inilah hasil daripada agenda dana asing diakui diterima oleh Ambiga sendiri.

Maka Bersih bukanlah usaha murni kononnya untuk menegakkan keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya tetapi merupakan landasan untuk menjatuhkan kerajaan melalui kekecohan yang timbul daripada perhimpunan yang diadakan.

Bersih berselindung di sebalik gerakan massa untuk melemahkan bangsa Melayu dengan melaga-lagakan mereka.

Apa yang Ambiga mahu lihat daripada perhimpunan Bersih ialah orang Melayu berkelahi sesama sendiri dan kuasa politik mereka diperkotak-katikkan.

Dengan itu senanglah pihak asing yang selama ini membiayai Anwar serta PKR dan gerakan berlandaskan pengaruh rakyat seperti Bersih, Suaram, anti-Lynas dan sebagainya, melaksanakan program kawalan asing ke atas negara ini.

Janganlah terlalu asyik dilayan slogan-slogan yang pro-rakyat sehingga lupa maksud yang tersirat.

Hakikatnya Ambiga tidak berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih atau adil dan orang Melayu yang menyokong Bersih hanyalah kuda tunggangan yang tidak sedar mereka sedang dieksploitasi dengan mudah.

No comments: