umum tahu tentang krisis air sejak akhir disember 2012 lalu dan berlarutan hingga kini. walaupun ada tempat telah pulih seperti sediakala namun ada juga masih belum reda.
di ampang contohnya, bekalan air masih lagi terputus, dan walaupun ada air tetapi masih tidak menyeluruh terutama bagi rumah pangsa kerana tekanan air masih tidak membolehkan air sampai ke tingkat atas iaitu dari tingkat 2 hingga ke atas. ianya masih menyukarkan penduduk untuk berulang kali mengangkat air terutama bagi rumah pangsa yang tida mempunyai lif ataupun lifnya rosak dan sebagainya.
yang menjadi kemarahan penduduk, apabila wakil rakyat kawasan seolah-olah tidak ambil peduli dengan masalah ini. wakil rakyat di ampang masih boleh turun buat himpunan di depan ampang point pada 9 januari 2013 lalu sempena himpunan kebangkitan rakyat (sambutan hanya 30 orang je yang turun) dan lebih rela turun ke perhimpunan tersebut pada 12 januari 2013 daripada menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh rakyat di ampang.
9/1/2013 |
12/1/2013 |
No comments:
Post a Comment