ketiadaan bekalan air selama lebih 10 hari, ramai penduduk mengalami masalah untuk menjalankan kerja harian. maklumat ketiadaan air tidak dimaklumkan secara terperinci membuat ramai yang berasa marah.
mana ahli parlimen zuraidah mak lampir, mana yb azmin jamban dan apa yang yb kosim buat untuk meringankan masalah yang dihadapi penduduk di ampang ini??? tiada lori yang menghantar bekalan air ke tempat yang mengalami gangguan bekalan air ini.
paling tidak aturkan penghantaran air di setiap kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ataupun salurkan air pada setiap beberapa jam sehari agar penduduk tidak terputus terus bekalan air.
kepada pihak SYABAS pula, pemberitahuan awal dengan terperinci mungkin dapat membolehkan penduduk bersedia menghadapi gangguan bekalan air ini. amat mengecewakan bila setiap pertanyaan di laman facebook Puspel Syabas dan panggilan telefon tidak dilayan langsung, ini menjadi kemarahan semua orang yang terlibat.
lebih lagi kepada penghuni rumah pangsa yang tidak ada kemudahan lif. terpaksa angkat air menggunakan tangga. kesian dengan kanak-kanak dan kaum perempuan yang juga terpaksa menghempas pulas mengangkat air. kalau ada pun lori SYABAS yang menghantar bekalan cuma di kawasan tertentu tidak menyeluruh.
dalam situasi begini siapa yang harus dipersalahkan??? tak kan nak salahkan penduduk pulak??? janji bagi air percuma tapi yang dapat angin percuma yang keluar dari paip!!!
memang wajib laksanakan projek langat 2, agar keadaan seperti ini tidak selalu berlaku. kerajaan selangor gagal menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat walaupun cuma masalah air!!!
No comments:
Post a Comment