Showing posts with label Ampang. Show all posts
Showing posts with label Ampang. Show all posts

Thursday, December 29, 2016

*Zaid Cuba Ajar Orang Melayu Jadi Orang Yang Tidak Mengenang Budi – Ismail Kijo*


AMPANG, 28 Dec – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Dato Ismail Kijo membidas kenyataan Zaid Ibrahim yang meminta orang Melayu supaya membuang sikap mengenang budi berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dikeluarkan melalui sebuah portal pro pembangkang hari ini.

Menurut beliau, biarpun Zaid bercakap dalam sudut konteks politik, namun seruannya seolah-olah mahu orang Melayu membuang sikap positif itu dan menjadi sepertinya, seorang yang tidak mengenang budi.

“Ada banyak lagi sudut lain yang boleh beliau cuba untuk putar belit dalam isu pemberian BR1M ini. Tetapi kenapa beliau nak seru orang Melayu suruh buang sikap mengenang budi biarpun dalam konteks hubungan antara pemerintah daan kerajaan?

“Apakah Zaid berpandangan bahawa dalam hubungan antara pemerintah dan rakyat,  sikap mengenang budi itu tidak perlu? Kita tidak perlu berterima kasih pada yang membantu, malah kita boleh bersikap tikam belakang terhadap mereka yang membantu kita semata-mata atas nama politik?

“Apakah sikap tidak mengenang budi seperti itu yang Zahid mahu orang Melayu semarak dan amalkan dalam berpolitik? Seolah-olah dalam politik tidak perlu nilai positif seperti itu?,” soalnya ketika bercakap kepada UMNO Online hari ini.

Tambahnya lagi, sikap mengenang budi adalah sikap postif yang perlu ada dalam setiap diri orang Melayu dan mengamalkan sikap mengenang budi akan membuahkan lebih banyak kebaikan dalam kehidupan seharian berbanding keburukkan.

“Inilah yang saya lihat dalam pembangkang. Mereka ini amat kurang mementingkan sikap-sikap positif khususnya dalam berpolitik yang akhirnya akan merebak dalam kehidupan kita seharian.
“Mereka menggalakkan rakyat memberontak, mengadakan demostrasi jalanan semata-mata atas nama politik. Sedangkan keburukkan daripada tindakan mereka itu lebih banyak berbanding kebaikan.

“Mereka juga mendidik rakyat bersikap kurang ajar, memaki hamun pemerintah dan orang yang tidak sama pendapat dengan kata-kata kesat. Hari ini, ada pula pemimpin Melayu di kalangan mereka mahu orang Melayu membuang sikap mengenang budi. Nilai-nilai negatif seperti inilah yang sedang cuba diterapkan oleh pemimpin pembangkang terhadap rakyat, khusunya orang Melayu,”tegasnya.

Justeru itu beliau berharap agar orang Melayu khususnya dan rakyat amnya agar jangan terpengaruh dengan nilai-nilai negatif yang cuba diterapkan oleh pembangkang dalam pemikiran rakyat.

“Dalam isu BR1M ini, ianya adalah hasil inisiatif kerajaan yang diketuai Datuk Seri Najib untuk membantu meringankan beban sebahagian rakyat di negara ini. BR1M diberikan tanpa mengira kaum dan agama.

“BR1M bukanlah satu rasuah kerana tidak ada syarat bagi penerima BR1M untuk berjanji mengundi BN sekiranya mahu menerima bantuan itu.

“Dan kerajaan juga tidak meminta-meminta agar rakyat khususnya orang Melayu untuk mengenang budi mereka, tetapi kerajaan mahu rakyat dan orang Melayu berfikir serta bijak menilai, siapakah yang benar-benar boleh berkerja dan berkhidmat untuk rakyat dan siapa yang hanya tahu bercakap politik semata tetapi tidak tahu berkhidmat dan membantu rakyat,” ujarnya.-MediaUMNO

Friday, April 26, 2013

Dr. Rozaidah Berpeluang Cerah Tumbangkan Zuraidah #TolakPR #Vote4BN #PRU13 #GE13

Dr. Rozaidah Berpeluang Cerah Tumbangkan Zuraidah Parlimen Ampang, bakal menyaksikan pertembungan dua wanita, iaitu Dr. Rozaidah Talib (BN) dengan Zuraida Kamaruddin (PKR). Sekali pandang, dari segi mata kasar, Dr. Rozaidah dengan Zuraidah umpama langit dengan bumi jika dinilai dari segi gaya dan karisma. Dr. Rozaidah sebelum ini pernah memenangi kerusi Ampang dalam PRU 2004, namun telah digugurkan dalam PRU 2008 akibat krisis yang melanda rumahtangganya yang kemudiannya bertukar menjadi fitnah.

Fitnah tersebut terjadi apabila suaminya yang berang telah menjejakinya ke hotel, di mana beliau melarikan diri untuk bertenang seorang diri sementara menunggu suaminya turut bertenang akibat perselisihan faham. Oleh kerana beliau enggan membuka pintu kerana takut dengan amukan suaminya, maka suaminya telah bertindak membuat laporan polis sambil membayangkan ‘kemungkinan’ beliau berduaan dengan lelaki lain.

Namun, ternyata beliau tidak pernah berkelakuan sumbang sepertimana segelintir isteri orang PAS yang gemar berduaan dengan pemimpin yang juga merupakan rakan suami mereka. Oleh itu, setelah fitnah tersebut terjawab dan namanya dibersihkan, BN tidak ragu-ragu untuk mencalonkan beliau kembali di kerusi Ampang kerana khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat kawasannya sudah terbukti.

Bagi meyakinkan masyarakat akan kebenaran di pihaknya, Dr. Rozaidah telah pun bersumpah tanpa dipaksa atau didesak, tetapi dengan yakin, tegas dan rela bahawa beliau tidak pernah melakukan apa yang dituduh ke atasnya itu. Ketegasan dan keberanian Dr. Rozaidah bersemuka dengan masalah silamnya menyebabkan lawannya, Zuraidah mati kutu. Zuraidah diketahui sebagai bukanlah seorang ahli parlimen yang berkesan.

Satu-satunya perkara yang menyebabkan Zuraidah dikenali ramai ialah kerana kelantangannya membela Azmin Ali. Sejak awal memegang jawatan lagi, Zuraidah telah pun memasang kaki di MPAJ. Re-zoning kontrak pembersihan dilakukan bagi mengaburi mata ramai kononnya ia memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor tetapi hakikatnya, semuanya adalah proksi Zuraidah dan Azmin.

Jika rakyat terhutang budi kepada Dr. Rozaida sebagai seorang doktor yang berjaya dan sebagai wakil mereka suatu ketika dahulu, Zuraida pula sebaliknya terhutang budi kepada rakyat yang memilihnya. Ini berdasarkan latarbelakang Zuraida yang merupakan seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya mampu memakai kenderaan Myvi sebelum menjadi Ahli Parlimen, tetapi sejurus menang PRU 2008, iaitu pada 1 July 2008 beliau telah berjaya memiliki sebuah Volvo XC90 WRL575. Tidak cukup dengan itu, pada 31 Mei 2010 pula, Zuraidah membeli Toyota Hilux Double Cab WTY1547, pada 3 November 2011, sebuah lagi Totoya Hilux Double Cab WNA276 dan pada 24 Mei 2012, sebuah Mercedez Benz E240 BLR9680.

Tidak tahu untuk apa dan kenapa Zuraida memerlukan begitu banyak kenderaan, mungkin untuk kegunaan anak-anak atau keluarganya. Namun, itu bukanlah masalah rakyat. Masalah rakyat ialah, berapa banyakkah pendapatan seorang wakil rakyat untuk membolehkan beliau membeli beberapa buah kenderaan mewah dalam jangka masa 4 tahun sahaja sedangkan beliau hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan sahaja sebelumnya? Beliau juga bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.

Oleh itu, salahkah jika rakyat mengesyaki Zuraida sebagai korup? Tidak boleh tidak, perkara ini tetap difikirkan oleh rakyat Ampang dalam membuat pilihan mengenai wakil mereka. Dengan semua kemewahan ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Zuraida adalah wanita yang ‘berjaya’ walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan di kawasannya.

Justeru, ‘kejayaannya’ itu dilihat sebagai faktor utama yang akan menggagalkan beliau dalam pertembungan dengan Doktor Rozaidah, iaitu seorang wanita yang telah berjaya dalam ertikata sebenar-benarnya.

Sunday, April 21, 2013

Sekitar Hari Penamaan Calon DUN & Parlimen Ampang #PRU13 #GE13 @mohamadnadzim @baderisham

20 April 2013 - Hari Penamaan Calon bagi kawasan Dun N.19 Bukit Antarabangsa, N.20 Lembah Jaya & Parlimen P.099 Ampang.


    
Memohon restu ibu sebelum melangkah ke tempat Penamaan Calon.



Selesai Penamaan Calon.

Calon Parlimen P.099 Ampang - Datuk Dr Rozaidah Talib

Calon DUN N.19 Bukit Antarabangsa - Tuan Mohamad Nadzim Ibrahim

Calon DUN N.20 Lembah Jaya - Datuk Baderisham Haji Jolly


Friday, April 19, 2013

PR Gentar Dengan Pencalonan Semula Dr Rozaidah Talib Di Parlimen Ampang! #PRU13 #GE13 #BetterNation #TolakPR #Vote4BN

pencalonan semula Dr Rozaidah Talib sebagai calon P.099 Ampang menyebabkan timbul semula kes fitnah tangkap khalwat yang pernah heboh satu dulu. bagi yang tak tahu cerita sebenar memang akan terus percaya fitnah tersebut. tuan punya badan sendiri dah bersumpah menafikan perkara itu tidak benar, apa lagi yang nak dipertikaikan? dan tiada rekod tangkapan khalwat di mana-mana pejabat Agama pun.


2. Untuk makluman. Berikut adalah fakta mengenai isu beliau : - Beliau telah bercerai bersama bekas suami beliau pada 8.7.2007. - Namun demikian, bekas suami beliau enggan utk keluar rumah walaupun selepas penceraian mereka diputuskan di mahkamah - Aduan polis terhadap keganasan suami beliau terhadap beliau juga telah dilakukan, serta permohonan perintah mahkamah utk belas suaminya keluar rumah telah dilakukan. - Bekas suaminya enggan keluar dari rumah malahan memaksanya membuka pintu bilik hingga pintu terkopak. - Demi keselamatan dirinya, beliau sendiri telah keluar dari rumah yang didiaminya dan berlindung di sebuah hotel daripada dicari dan diganggu oleh bekas suaminya. - Pada 26.8.2007 bekas suaminya dapat mengesan hotel yang didiaminya dan memaksa pintu bilik hotel untuk dibuka. Beliau hanya duduk mendiamkan diri kerana takut dikasari oleh bekas suaminya. - Bekas suaminya kemudiannya membuat laporan polis menuduh beliau dengan kenyataan "mengesyaki beliau bersama lelaki lain".

artikel penuh di sini >> topengrakyat.blogspot.com


tapi BB pasti semua warga ampang memang mengenali siapa Dr Rozaidah. beliau sangat aktif dalam aktiviti masyarakat terutama yang membabitkan kaum wanita tanpa mengira kaum. 

  
  

Monday, March 18, 2013

Gambar-Gambar Sekitar Program #1MillionWomenPurpleWalk Peringkat Parlimen Ampang

Program #1MillionWomenPurpleWalk peringkat Parlimen Ampang yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Tamil Ampang. turut diadakan pemberian baucer RM200 - KAR1SMA@HATIRAKYAT kepada 1,000 orang penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang miskin.

sesi pendaftaran.



 sesi 'warm up' meramai-ramai sebelum acara purple walk bermula.










acara purple walk.








sesi bergambar





menyaksikan lintas langsung ucapan PM - #1MillionWomenPurpleWalk di putrajaya.


hiburan daripada genji busker band. 



sesi pemberian baucer RM200 - KAR1SMA@HATIRAKYAT. 
















penghargaan kepada skuad medic oleh Kelab Putra 1 Malaysia yang sentiasa bersedia.