Monday, February 28, 2011

RENUNGAN BERSAMA

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebagian mereka adalah pemimpin bagi pemimpin yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesung-guhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim." (Al-Maidah: 51)

250 Lembah Pantai PKR Members Quit Party, form Pro-BN NGO

KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARY, 2011: About 250 Lembah Pantai Parti Keadilan Rakyat (PKR) members today quit the party and formed a non-governmental organization (NGO) called the Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (Sesama), which supports the Barisan Nasional (BN).

The division's former information vice-chief Raymond Suppiah, on behalf of the 250 people, said the decision was made due to their dissatisfaction with the leadership of Lembah Pantai Member of Parliament Nurul Izzah Anwar and other PKR central leaders.

"This decision was made voluntarily. There were many reasons for our dissatisfaction such as that voiced by (Padang Serai MP) N Gobalakrishnan that there were no special considerations for the Indians in PKR," he said at a press conference in Brickfields, here, today.

Raymond said the decision to support BN was made on the basis that BN had done a lot to help all the communities in this country.

On Sesama's formation, Raymond who joined PKR since its establishment about 12 years ago, said they were still waiting for approval by the Registrar of Soieties.

Raymond, who is also Sesama president, said about 400 had so far agreed to join the association and the association targeted to sign up 4,000 new members by the end of March.

He said Sesama would focus on welfare and poverty-eradication, besides fostering closer relations among the various communities in Lembah Pantai.

Former Lembah Pantai PKR Welfare and Community Bureau head M. Parthiban, who was appointed Sesama deputy president, said he had sent his resignation letter through email to Nurul Izzah two weeks ago.

"She did not respond to the email but noted through SMS, my contribution to the party," said Parthiban who joined PKR also about 12 years ago.


- Bernama

Thursday, February 24, 2011

Belajarlah Ucap Terima Kasih !

kenapa orang sekarang ada yang susah untuk mengucapkan perkataan terima kasih, tak kiralah sama ada dari lafaz mulut mahupun dalam bentuk tulisan. bukan susah sangat lagipun bukan kena bayar sesen pun. walaupun kadang-kadang orang yang menolong kita tu, kita tak suka ataupun musuh kita. tapi kita dan terima pun pertolongan darinya.

begitulah masyarakat sekarang ni, bila dalam keadaan susah, suka sangat menyalahkan. itu tak ada, ini tak ada. tapi bila semua sudah ada dan sudah dapat, langsung senyap tak ada satu suara ataupun tulisan untuk ucapkan terima kasih pada yang membantu.

dalam Islam bukankah kita diajar untuk beradap serta bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala. kalau dah ada yang tak reti bersyukur kepada Allah, dah tentulah kepada sesama manusia pun langsung tak reti berterima kasih.

ucapkanlah terima kasih walaupun pertolongan atau bantuan yang kita terima itu sebesar kuman.

^_^

Wednesday, February 23, 2011

RENUNGAN BERSAMA

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". (Al-Bukhari.)

Monday, February 21, 2011

Salahguna Wang Rakyat Pelengkap Skandal Pemilihan PKR 2010


SHAH ALAM, 21 Feb – Penggunaan RM80,500.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu dan Lima Ratus Sahaja) wang rakyat untuk membiayai penginapan perwakilan PKR ke Kongres PKR ke 7 , 2010 pada 26-28 November tahun lalu di Petaling Jaya merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh kerajaan pakatan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pengerusi Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor sekarang bukan lagi dilakukan secara tersorok di malam hari seperti skandal pasir oleh kerajaan pakatan Selangor, malahan ianya dilaksanakan secara terang-terangan di siang hari.
“Tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) pada 25-29 November 2010 merupakan bukti jelas sudah terang lagi bersuluh salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.
“GAPS  sebagai sebuah NGO pemantau kerajaan pakatan Selangor amat kesal harta dan wang rakyat Selangor dirompak untuk membiayai penginapan perwakilan ke mesyuarat agung tahunan PKR itu,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas tindakan penggunaan duit rakyat dalam membiayai Kongres PKR November lalu.
Tegasnya, Khalid Ibrahim wajar membezakan peranannya sebagai seorang Menteri Besar dan pemimpin parti.
“Harta negeri merupakan harta rakyat dan bukannya harta milik parti PKR yang boleh dibelanjakan sesuka hati mengikut nafsu serakah mazmumah kepartian”, katanya.
GAPS juga kata beliau lagi  mempunyai bukti yang jelas mengenai rompakan harta rakyat di siang hari ini dan bersedian membuat laporan kepada pihak yang berkuasa .
“Salahguna kuasa ini juga merupakan pelengkap kepada SKANDAL KONGRES PKR 2010 yang sebelum ini dicemari dengan pelbagai salah laku seperti korupsi kuasa, penipuan dan pemilihan paling kotor yang dipenuhi dengan adegan pergaduhan, baling kerusi, pengantungan cabang, perletakan jawatan pemimpin dan keluarnya ahli beramai-ramai dari parti itu.
“‘Tidak ada cara lain untuk kerajaan pakatan Selangor keluar dari salah guna kuasa dan penyelewengan dan rasuah ini kecuali Menteri Besar Khalid Ibrahim meletakkan jawatan atau membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menyerahkan mandat kepada rakyat memilih kerajaan yang lebih bersih dan bertanggungjawab,” ujarnya lagi.



Thursday, February 17, 2011

Kadar tol NPE PJS2 dikurang kepada RM1

sumber dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KadartolNPEPJS2dikurangkepadaRM1/Article


2011/02/17

PETALING JAYA: Kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dekat Kampung Medan di sini akan dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1 bermula 12.01 tengah malam ini. 

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika berucap di Pesta Chop Goh Mei peringkat Negeri Selangor dan Majlis Penyampaian Sumbangan anjuran Barisan Nasional Selangor di Padang Taman Dato’ Hormat PJS 10, di sini. Najib berkata, kerajaan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat negara dan langkah pengurangan kadar tol ini adalah salah satu daripada contoh usaha gigih kerajaan, yang sejajar dengan konsep 1Malaysia. "Ini satu lagi contoh bahawa kerajaan akan buat yang terbaik untuk rakyat Selangor dan Malaysia," katanya dan disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,500 hadiran. 

Pada Februari 2009, kerajaan mengumumkan bahawa kutipan tol di Plaza Tol PJS 2 lebuh raya itu, arah ke Kuala Lumpur dimansuhkan. 

Lebuhraya Baru Pantai sepanjang 19.5 kilomteer dibuka sejak 30 April 2004. 

Ia bernilai RM1.2 bilion dan dikendalikan oleh syarikat konsesi New Pantai Express Way Sdn Bhd. 

Nik Aziz juga akan berdiri depan Allah satu hari nanti - Dr Mahathir



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya membuat tuntutan kepada DAP bahawa jika kerajaan campuran pakatan pembangkang memerintah mereka akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud.
Menurut Dr Mahathir sekiranya DAP enggan membuat kenyataan tersebut sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP (kerana enggan menerima perjuangan PAS.
“Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?” soal beliau.
Dalam tulisan panjang di blognya chedet.cc, Dr Mahathir menghuraikan dengan teliti bagaimana Nik Aziz menggunakan hujah agama untuk menang pilihanraya.
Jelas Dr Mahathir, beliau tidak pernah dakwa yang dirinya selalunya betul dan tetap ke syurga.
“Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz,”katanya.
Dalam Islam,ujar beliau, tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak.
“Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.”
Dr Mahathir turut menjawab kenyataan Nik Aziz sebelum ini bahawa Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku .
Menurut beliau, rujukan Nik Aziz pada tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.
Tafsirannya bermaksud; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
“Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.
“Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.
“Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
“ Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."
“Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.” Ujar Dr Mahathir.
Seterusnya, Dr Mahathir berkata, Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam.
“Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam.
“Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah.
“Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.
Nik Aziz, kata Dr Mahathir, secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.
Menurutnya, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.
‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.
‘‘Orang UMNO beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.
Mengenai dakwaan Nik Abdul Azizi bahawa UMNO menghapuskan tulisan Jawi sehingga umat Islam tidak boleh membaca al-Quran, beliau berkata, bukankah kerajaan UMNO yang mengadakan sekolah agama, mata pelajaran agama Islam menggunakan tulisan Jawi.
‘‘Mengapa Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta al-Quran, tidak boleh baca Jawi,’’ katanya.
Dr. Mahathir di dalam blognya turut mengingatkan Mursyidul Am Pas itu juga akan berdiri di hadapan Allah satu hari nanti dan segala pertuturannya dan perbuatannya ketika di dunia akan diadili.
‘‘Di akhirat nanti lidah, tangan dan kaki Nik Abdul Aziz akan menjadi saksi. Bukan Nik Abdul Aziz yang akan mengadili saya atau sesiapapun dan bukan juga Nik Abdul Aziz mengadili dirinya sendiri,’’ ujar Dr. Mahathir.-17/2/2011

Wednesday, February 16, 2011

Rumah Pelacuran Di Kota Bahru ‘Runtuh’ Kena Serbu

 
KOTA BAHARU, 15 Feb – Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.
Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.
Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh.
Setiausaha MPKB-BRI Mohd Anis Hussin berkata serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu – Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), polis, Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).
---------
Apa sudah jadi beb?...

Tuesday, February 15, 2011

SAYA MAHU MELIHAT SELANGOR JADI SEPERTI YANG SAYA MAHU, SEBELUM MENINGGAL DUNIA - DYMM TUANKU SULTAN

Petikan dari Majalah Wanita keluaran Januari 2011 - slot Wawancara Khas oleh Normala Hamzah

Setelah 10 tahun naik tahkta, apakah Tuanku berpuas hati dengan prestasi negeri Selangor?

Saya nak ingatkan, bahawa masa tidak akan berhenti. Kita perlu mengejar masa atau paling tidak seiring dengan masa. Sebagai pemerintah dan Sultan Negeri Selangor, hajat saya sebelum saya meninggalkan dunia ini, sayaingin melihat apa yang saya rancang dan restunampak hasilnyadengan sempurna.

Saya bimbang saya tidak akan sempat melihat semua itu sekiranya saya terlebih dahulu pergi meninggalkan dunia ini.

Tahun 2011 genap 10 tahun saya menjadi Sultan. Sehingga kini saya tidak nampak lagi sesuati hasil yang boleh menggembirakan hati saya. Sebabsasaran yang saya letakkan itu tidak sampai pun lagi.

Kalau difikirkan memang saya kecewa. Saya mahu semua pihak di Selangor segera bertindak. Kerja cepat. Tingkatkan usaha dan kerajinan demi rakyat. Jangan biar rakyat tertunggu-tunggu apa pemimpin yang mereka pilih hendak buat. Pada saya, pemimpin yang perlu merangka strategi untuk memenuhi kehendak rakyat, bukan menunggu rakyat meminta.

Budaya kerja pun mesti diubah jika mahu membuat pembangunan, buat yang bagus dan berkualiti dan pastikan ie sempurna. Begitu juga dengan buat kerja, mesti sungguh-sungguh bukan sesuka hati. Penuhi kehendak rakyat. Kita tidak boleh slow lagi, tetapi mesti terus ke depan.

Amalkan budaya kerja sempurna, bukan sambil lewa. Saya mahu melihat perubahan di Selangor seperti yang saya hajatkan dalam masa terdekat.

------------
13 muka surat termasuk gambar2 dlm majalah Wanita
masa aku baca part ni rasa sedih pun ada... 

Maulidur Rasul: Kerajaan negeri larang guna tema kebangsaan


PULAU PINANG 9 Feb. – Kerajaan DAP Pulau Pinang melarang penggunaan tema 1Malaysia 1Ummah sepanjang perhimpunan serta perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Padang Kota Lama di sini pada 15 Februari ini.
Sebaliknya, tema sambutan peringkat kebangsaan itu akan digantikan dengan tema pilihan kerajaan negeri yang akan digunakan sepanjang perarakan tersebut.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Maulidur Rasul 1432 Hijrah/2011 dipengerusikan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim 16 Disember lalu.
Mesyuarat tersebut dihadiri kira-kira 40 wakil serta ketua jabatan, ketua badan berkanun dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.
Difahamkan, larangan berkenaan ada kaitan dengan penggunaan istilah 1Malaysia yang terdapat dalam tema tersebut.
Seorang wakil ketua jabatan yang enggan namanya disiarkan memberitahu, keputusan itu dibuat dengan alasan tema berkenaan tidak selaras dengan prinsip serta pendirian kerajaan negeri.
“Tiada ruang perbincangan dibuat mengenai tema 1Malaysia 1Ummah itu. Beliau hanya meminta supaya ia ditukar kepada tema lain kerana dikatakan tidak menepati pendirian kerajaan negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Wakil jabatan berkenaan memberitahu, Abdul Malik pada mesyuarat kedua jawatankuasa pada 15 Januari lalu mencadangkan supaya tema tersebut digantikan dengan Wassatiyah Tonggak Kecemerlangan Ummah iaitu tema yang digunakan pada sambutan Maal Hijrah peringkat negeri baru-baru ini.
---------

Monday, February 14, 2011

Ya Nabi Salam Alayka

Contohi kasih sayang Nabi

Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON - Utusan Online

SECARA kebetulan Valentine Day's atau Hari Kekasih yang disambut oleh sesetengah masyarakat dunia pada tahun ini berlaku sehari sebelum umat Islam memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Uniknya lagi kelahiran insan agung ini membawa seribu kasih sayang dan rahmat buat seluruh alam.
Sebelum kelahirannya masyarakat Arab tanpa rasa belas kasihan tergamak membunuh anak perempuan yang baru dilahirkan hanya kerana malu dan memandang rendah kepada kedudukan kaum wanita.
Pengutusan Nabi SAW telah meletakkan wanita setanding lelaki, mereka di beri hak untuk hidup, hak untuk mewarisi harta pusaka dan lebih mulia lagi apabila diberi hak ihsan dan belas kasihan sehingga ketaatan kepada ibu bakal membawa ke syurga.
Namun kini, apa yang berlaku sebaliknya. Terdapat di kalangan wanita yang secara sengaja menjatuhkan maruah dan kehormatan diri dengan terlibat dalam aktiviti negatif seperti pelacuran, GRO dan bohsia.
Ramai pula yang tanpa segan silu memperagakan pakaian menjolok mata lalu menyumbang kepada peningkatan statistik rogol dan salah laku seksual.
Golongan wanita yang secara umumnya berperawakan ayu, lemah-lembut dan di penuh kasih sayang seorang ibu pula, kini seolah-olah menjadi ganas dan tidak berperikemanusiaan lagi.
Mana tidaknya ada di kalangan mereka yang tergamak membuang dan membunuh bayi darah daging sendiri. Entah di mana silapnya sehingga ajaran Nabi yang murni supaya menghormati yang tua dan menyayangi yang muda tidak diendahkan.
Akhlak Nabi SAW sendiri yang sangat mengasihani kanak-kanak terutama golongan miskin dan anak yatim juga langsung tidak dipedulikan. Saidina Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW adalah individu yang paling sayang kepada wanita dan anak-anak. (Riwayat Muslim)
Selain daripada itu nilai kasih-sayang dalam kehidupan pasangan berumah tangga juga kelihatan mula hilang sedikit demi sedikit. Mungkin kerana kesibukan kerjaya hingga tanggungjawab terhadap anak-anak jadi terabai.
Anak-anak juga mula hilang hormat terhadap ibu bapa. Laporan media massa menunjukkan bagaimana ada anak yang sanggup tidak mengaku ibu yang pernah melahirkannya hanya kerana termakan pujuk rayu kekasih yang baru sahaja dikenali.
Baginda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan sering bergurau senda bersama isteri-isterinya.Pernah suatu ketika Rasulullah SAW berlumba berjalan laju bersama Aisyah r.a lalu Aisyah mengalahkannya. Kemudian pada kesempatan yang lain Nabi SAW pula mengalahkan isterinya, lalu baginda Nabi SAW bersabda "Yang ini balasan bagi yang lalu". (Riwayat Abu Dawud)
Boleh jadi semua gejala ketirisan nilai kasih sayang ini berlaku kerana segelintir umat Islam kurang memahami erti kasih sayang sebenar yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ketidakfahaman itu menyebabkan golongan muda-mudi Islam terikut-ikut dengan budaya songsang yang dicedok daripada orang lain tanpa menyedari betapa Islam memiliki khazanah akhlak mulia yang sesuai diamalkan pada bila-bila masa.
Lebih membimbangkan lagi apabila ada yang melihat kasih sayang sebagai tiket untuk berbuat dosa dan maksiat yang dilarang. Kasih sayang pada pandangan mereka menghalalkan apa sahaja keinginan nafsu serakah manusia.
Mereka mudah termakan pujuk rayu syaitan lalu berkhalwat dan bersekedudukan tanpa rasa bersalah. Perbuatan keji seperti berpelukan dan berciuman di antara pasangan kekasih yang sedang bercinta juga dianggap perkara biasa.
Amalan keji seks luar tabii juga mula mendapat tempat di hati segelintir golongan yang sebenarnya jahil walaupun berjaya memperoleh segulung ijazah.
Mereka tertipu dengan keinginan untuk menzahirkan perasaan cinta dan sayang kepada pasangan sesama jenis. Perbuatan hina seperti ini jika dibiarkan berterusan dibimbangi akan membiak persundalan dalam masyarakat.
Kemurkaan Ilahi atas kejahatan manusia juga boleh jadi mengundang kemurkaan Tuhan lalu apa yang pernah berlaku kepada kaum Nabi Luth dan masyarakat Pompei di Itali suatu ketika dahulu berulang kembali.
Sehubungan dengan itu bersempena dengan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada tahun ini umat Islam diseru menghayati sirah perjuangannya yang penuh dengan perasaan kasih sayang bersama para isteri dan sahabat-sahabatnya.
Malah akhlak mulia seperti itulah yang menjadikan Islam berjaya diterima dan berkembang hingga ke seantero dunia. Perkara ini juga sangat bersesuaian dengan tujuan utama pengutusan Nabi Muhammad SAW iaitu untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia yang satu daripadanya adalah rasa kasih sayang kepada sesama makhluk.
Kasih sayang itu pula bukanlah hanya sekadar kata-kata manis ungkapan manusia ia wajib diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai usaha untuk melaksanakan sunnah agung warisan zaman berzaman.
Perlu juga difahami bahawasanya syariah Islam yang suci tidak pernah mempromosikan supaya amalan berkasih-sayang disambut hanya pada hari-hari tertentu.
Ia merupakan nilai akhlak mulia yang tertanam dalam jiwa sanubari setiap insan yang cintakan kasih sayang dan kedamaian sepanjang masa.
Kedangkalan segelintir muda-mudi Islam yang turut sama menyambut Valentine Day's adalah bukti betapa masih ramai lagi yang tidak memahami sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang mulia.
Mereka lebih seronok mengamalkan sesuatu yang tidak dikenal pasti asal-usulnya berbanding sunnah Nabi yang menjadi asbab untuk beroleh syafaat al-kubra di hari kemudian.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru



Sunday, February 13, 2011

kata-kata semangat

"Bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan dan mengekalkan tamadun agungnya adalah bangsa yang tidak memutuskan dirinya dengan akar sejarah malah senantiasa menghargai perngorbanan generasi terdahulu".

Manusia dan sejarah adalah saling memerlukan sebagai panduan dan rujukan untuk maju ke hadapan agar tidak mengulangi kesilapan dan mencipta sejarah yang gemilang yang juga akan diingati oleh generasi seterusnya.

selamat datang

Assalamualaikum wrt... 
selamat datang ke blog belimbing bintang.
inginku kongsi apa-apa saja bersama pengunjung blog ini. 
^_^