Thursday, February 17, 2011

Kadar tol NPE PJS2 dikurang kepada RM1

sumber dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KadartolNPEPJS2dikurangkepadaRM1/Article


2011/02/17

PETALING JAYA: Kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dekat Kampung Medan di sini akan dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1 bermula 12.01 tengah malam ini. 

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika berucap di Pesta Chop Goh Mei peringkat Negeri Selangor dan Majlis Penyampaian Sumbangan anjuran Barisan Nasional Selangor di Padang Taman Dato’ Hormat PJS 10, di sini. Najib berkata, kerajaan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat negara dan langkah pengurangan kadar tol ini adalah salah satu daripada contoh usaha gigih kerajaan, yang sejajar dengan konsep 1Malaysia. "Ini satu lagi contoh bahawa kerajaan akan buat yang terbaik untuk rakyat Selangor dan Malaysia," katanya dan disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,500 hadiran. 

Pada Februari 2009, kerajaan mengumumkan bahawa kutipan tol di Plaza Tol PJS 2 lebuh raya itu, arah ke Kuala Lumpur dimansuhkan. 

Lebuhraya Baru Pantai sepanjang 19.5 kilomteer dibuka sejak 30 April 2004. 

Ia bernilai RM1.2 bilion dan dikendalikan oleh syarikat konsesi New Pantai Express Way Sdn Bhd. 

No comments: