Tuesday, February 15, 2011

SAYA MAHU MELIHAT SELANGOR JADI SEPERTI YANG SAYA MAHU, SEBELUM MENINGGAL DUNIA - DYMM TUANKU SULTAN

Petikan dari Majalah Wanita keluaran Januari 2011 - slot Wawancara Khas oleh Normala Hamzah

Setelah 10 tahun naik tahkta, apakah Tuanku berpuas hati dengan prestasi negeri Selangor?

Saya nak ingatkan, bahawa masa tidak akan berhenti. Kita perlu mengejar masa atau paling tidak seiring dengan masa. Sebagai pemerintah dan Sultan Negeri Selangor, hajat saya sebelum saya meninggalkan dunia ini, sayaingin melihat apa yang saya rancang dan restunampak hasilnyadengan sempurna.

Saya bimbang saya tidak akan sempat melihat semua itu sekiranya saya terlebih dahulu pergi meninggalkan dunia ini.

Tahun 2011 genap 10 tahun saya menjadi Sultan. Sehingga kini saya tidak nampak lagi sesuati hasil yang boleh menggembirakan hati saya. Sebabsasaran yang saya letakkan itu tidak sampai pun lagi.

Kalau difikirkan memang saya kecewa. Saya mahu semua pihak di Selangor segera bertindak. Kerja cepat. Tingkatkan usaha dan kerajinan demi rakyat. Jangan biar rakyat tertunggu-tunggu apa pemimpin yang mereka pilih hendak buat. Pada saya, pemimpin yang perlu merangka strategi untuk memenuhi kehendak rakyat, bukan menunggu rakyat meminta.

Budaya kerja pun mesti diubah jika mahu membuat pembangunan, buat yang bagus dan berkualiti dan pastikan ie sempurna. Begitu juga dengan buat kerja, mesti sungguh-sungguh bukan sesuka hati. Penuhi kehendak rakyat. Kita tidak boleh slow lagi, tetapi mesti terus ke depan.

Amalkan budaya kerja sempurna, bukan sambil lewa. Saya mahu melihat perubahan di Selangor seperti yang saya hajatkan dalam masa terdekat.

------------
13 muka surat termasuk gambar2 dlm majalah Wanita
masa aku baca part ni rasa sedih pun ada... 

No comments: