Sunday, April 17, 2011

Sidang Akhbar Kemenangan Majoriti Dua Pertiga Pilihanraya Negeri Sarawak


KUALA LUMPUR, 16 April -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak hari ini merupakan satu kemenangan yang sangat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi lagi.

Dalam sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching, Perdana Menteri, yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, mengucapkan tahniah kepada Taib dan BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun ia mendapat tentangan yang hebat kali ini.

"Dan kejayaan yang telah kita capai di banyak kawasan menunjukkan majoriti yang besar dan ada yang bertambah majoriti."

"Dengan ini maka apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menyampaikan ucapan berbanyak banyak terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana mereka telah mengekalkan sokongan dan keyakinan berterusan kepada BN," katanya.

Najib, yang turun padang untuk berkempen sepanjang pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah negeri itu, berkata kerajaan pusat akan memastikan semua janji-janji pilihan raya kepada rakyat Sarawak akan ditunaikan.

BN telah pun memperoleh majoriti dua pertiga atau 48 kerusi pada pilihanraya yang mempertandingkan 71 kerusi.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung UMNO dan BN Datuk Seri TengkuAdnan Tengku Mansor.

Baca Seterusnya di: http://umno-online.com/?p=35848

No comments: