Sunday, April 10, 2011

ANTARA TAIB & LIM KIT SIANG: SIAPA PATUT BERUNDUR?



Pehin Seri Taib memegang tampuk pemerintahan selama 30 tahun. Terlalu lama?  Tapi, Bagaimana pula dengan Diktator DAP Lim Kit Siang? Dia telah berada dalam DAP semenjak 45 tahun yang lalu. Menjadi Setiausaha Agong DAP selama 30 tahun (1969 - 1999). Menjadi MP katak semenjak 42 tahun lalu. Bermula dari Melaka. Bila rasa kawasan tersebut dah tak selamat dia  melompat ke Petaling Jaya. Dari situ  melompat lagi ke Tanjung, Pulau Pinang dan kemudian melompat pula ke Ipoh Timur hingga sekarang.

Dari Setiausaha Agung dia memegang pula jawatan "Chairman" DAP untuk memastikan anaknya Lim Guan Eng dan menantunya Betty Chew terus "selamat" dalam DAP. Dengan kuasanya, Lim Guang Eng menjadi Setiausaha Agung dan Betty pula jadi ADUN di Melaka.

Setelah menjadi Chairman selama lima tahun, Kit Siang inginkan kuasa yang lebih besar dengan melantik dirinya sebagai  Penasihat. Sehingga kini dia telah menggenggam erat kuasa tersebut selama tujuh tahun.

"Jangan percaya orang belum sunat"
Sementara itu, dalam masa 30 tahun Taib menjadi Ketua Menteri, rakyat Sarawak menikmati pelbagai pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial. Dari negeri yang suatu ketikanya  begitu mundur menjadi negeri yang jauh lebih membangun berbanding banyak negeri-negeri di Semenanjung. Rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai keturunan pula hidup semakin bersatu padu dan harmoni.

Dan, apa pula sumbangan dan jasa yang diberikan oleh Lim Kit Siang semenjak penglibatannya dalam politik 42 tahun lalu? Selain daripada menjadi "Father of Racial Provocateur" yang mencetuskan sikap kecinaan yang negatif.  Yang mencetus prejudis di kalangan masyarakat Bumiputera dengan Cina. Mencetuskan rasa tidak selesa dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Selama 42 tahun menjadi ahli politik, Lim Kit Siang survive dan terus hidup hanya bermodalkan air liur. Bermodalkan  fitnah terhadap pemimpin kerajaan dan mengadu domba rakyat. Para petani yang meneruskan hidup dengan bergelumang lumpur dan panas matahari  pun jauh lebih mulia berbanding kit Siang. Malah pengangkat najis pun jauh lebih tinggi martabatnya berbanding dia. 

Maka, mengapa Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jien sibuk-sibuk menghina PS Taib dan meminta beliau untuk berundur segera? Mengapa tidak meminta Kit Siang untuk berundur? Mengapa sibuk dengan kuman di seberang lautan sedangkan selonggok najis yang paling busuk terletak di depan mukanya? Apa sumbangan dan jasa Chong Chieng Jien terhadap pengundi di Bandar Kuching selama ini ? NIL. KOSONG.

SIAPA KAMU UNTUK MENGGESA PS TAIB AGAR BERUNDUR SEDANGKAN MAJORITI RAKYAT SARAWAK MASIH MAHUKANNYA?



POSTER PRN SARAWAK


No comments: