Monday, April 25, 2011

RAKYAT SELANGOR HARUS CONTOHI RAKYAT SARAWAK! PILIH BN!!!

kemenang BN di sarawak harus dicontohi oleh rakyat selangor. dolak-dalik politik PR sekarang ni dah makin jadi kelam kabut. dengan masalah kes liwat (yang belum selesai), suruh bersumpah takut, nak beri sample DNA pun takut, terbaru masalah video seks. tidak ada cerita tentang membela/membangunkan rakyat. balik-balik kesah aljub, tak habis-habis, yang bodohnya penyokong-penyokong si aljub nih. dia orang tak ada pelajaran ke apa, tak tahu nak menilai mana yang baik, mana yang tak baik. tapi benda yang tak baik jugalah yang nak diikutnya. haiiii... apa nak jadilah orang-orang sekarang ni. pemimpin yang akidahnya kita tak tahu betul ke dia Islam sejati, kalau betul kenapa takut nak bersumpah, kenapa takut nak keluarkan kebenaran. sang isteri dan sang anak bagaikan terpaksa berbohong untuk melindungi si aljub nih. kot ye pun nak jadi isteri dan anak solehah takan lah sampai suami/bapa buat dosa pun nak dilindungi.

wahai rakyat selangor, fikirlah balik betul-betul, sebenarnya ramai rakyat di selangor ni masih ada yg menderita kesusahan, masih memerlukan pertolongan yang sekarang ni tidak diberi oleh PR. yang dok sokong PR tu apa yang depa dapat, takat dapat duit/habuan untuk jangka masa pendek tu ada la kot. untuk jangka masa yang panjang macamana pulak??? sok kalau dah terantuk baru nak tengadah, dah terlambat dah.

wahai orang-orang Melayu mai la pakat bersatu. PAS tak payah lah nak sokong PKR tu lagi, kalau perjuangkan Islam biarlah betul pada landasannya. berdosa besar bersubahat dengan orang berbuat maksiat nih, lebih-lebih lagi maksiat yang jenis luar biasa. sayangnya pejuang Islam terikat dengan pemimpin yang kotor dan jijik itu. kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

dan kenapa pula penyokong/pengikut PAS nak takut dan tunggu arahan dari TGNA, dia bukan tuhan. kamu yang bawah-bawah patut membuat keputusan demi menyatukan umat Islam. tak berdosa kalau kamu semua bergandingan dengan orang-orang UMNO kerana orang-orang UMNO adalah saudara Islam kamu.

wallahualam bissawab.


No comments: