Masalah politik negara semakin kelam kabut. Macam-macam isu yang membabitkan orang-orang besar dalam parti politik. Ada isu-isu yang berbaur kepentingan diri sendiri, ada juga untuk menjatuhkan sesama sendiri tidak kurang pula fitnah-memfitnah samada tuduhan atau perbuatan. Masyarakat sepatutnya pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Tetapi sedihnya ada juga masyarakat yang tidak reti menggunakan kebijaksanaannya dalam menilai perkara-perkara yang membawa kepada kemungkaran.
Apabila kita meragui sesuatu perkara maka seharusnya kita cuba mencari kebenaran dan menyelesaikan dengan jalan yang baik. Jangan tidak percaya bahawa angkatan syaitan/jin turut mengambil kesempatan dalam keadaan kelam kabut ini. Ini adalah kerana antara tugas syaitan itu menghasut manusia supaya bertelagah sesama sendiri. Dan kita sebagai manusia sepatutnya sedar akan hal ini dan seharusnya menghalang kedurjanaan angkatan syaitan ini. Bukan membantu menambahkan lagi kekuatan mereka dengan melakukan larangan yang ditegah Allah swt.
Dewasa ini semakin ramai yang lari dari landasan Agama, menghalalkan yang haram. Perkara keji dan jijik yang dilakukan sehingga ada alim ulamak yang tidak mahu menegah perbuatan sedemikian malah menyokong dengan menutup mata perbuatan terkutuk itu. Dan yang bodohnya para pengikut yang membuta tuli mengagungkan pemimpin yang dikuasai syaitan laknat yang bertopengkan manusia. Rata-ratanya tidak nampak pun apa yang dikatakan berjuang untuk rakyat kecuali pelaksanaan sebuah Kerajaan yang terbukti selama berpuluhan tahun, rakyat dapat menikmati kemudahan, kesenangan, keamanan, kenikmatan yang selama ini Allah swt berikan tanpa ada rasa bersyukur dari mereka yang menentang dan tidak malu meratah kesemuanya yang ada sekarang ini.
Sedarlah wahai rakyat sekalian, tidak malukah kepada pejuang-pejuang terdahulu yang bertungkus lumus untuk kesenanganmu dimasa kini. Dan bagaimana pula nasib generasimu yang akan datang di mana kamu masih berhutang kepada mereka, kenikmatan yang kamu rasai selama hidup di dalam kesejahteraan di bawah naungan sebuah Kerajaan? Jika ingin memperbetulkan keadaan yang pincang tak perlu untuk memecahkan belahkan suatu jalinan akan tetapi perbaikilah dikalangan kamu. mewujudkan puak-puak bagi menentang suatu kebaikan bukanlah satu jalan penyelesaian malah memporak-perandakan keadaan.
Pembangkang yang tidak menjalankan kerja membangkang dengan betul tetapi mengkalutkan keadaan. Apa yang dibangkang langsung tiada bawa manafaat kepada rakyat tapi banyak menyusahkan rakyat sahaja. pembangkang yang dilihat hari ini lebih kepada kuasa dan kebendaan daripada pemulihan dan pembangunan sama ada dari segi insan atau pun infrastruktur. Isu-su Agama pun banyak yang diperkotak-katikkan/dipermain-mainkan oleh mereka ini, juga turut memperbodohkan si pengikut-pengikut/penyokong-penyokong yang tegar itu. adakah yang menyokong itu tidak mempunyai otak untuk berfikir yang mana baik dan yang buruk untuk diri mereka sendiri.
Fikirlah sedalam-dalamnya jika mahukan kedamaian dan keamanan negara.
Syurga atau Neraka itu bukan ditentukan oleh manusia tak kira apa darjat dan kedudukan sekalipun.
Wallahualam Bishawab
Fikirlah sedalam-dalamnya jika mahukan kedamaian dan keamanan negara.
Syurga atau Neraka itu bukan ditentukan oleh manusia tak kira apa darjat dan kedudukan sekalipun.
Wallahualam Bishawab
No comments:
Post a Comment