Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul
Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki semalam. Kejadian berlaku
pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat
kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.
Paling memeranjatkan ialah, ada yang
mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan
penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras
perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.
Menurut sumber polis, tiga suspek lelaki
dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan
menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas
menembak mangsa. Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam
dan berkopiah.
Analisa awal mengatakan berdasarkan warna
pakaian yang digunakan, ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan
ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Malah usaha
proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah, juga dikatakan
sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang
akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.
Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah
dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna
lain, kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering
menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka. Malah terdapat beberapa kes,
di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut
dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.
Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru
ini, banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang
berwarna hitam. Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih
sebagai bendera rasmi mereka. Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang
penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu
telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.
Paling menarik, Harakahdaily yang merupakan
media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham
Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan
Syiah seluruh negeri Pahang. Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin
berpunca dari pengikut Syiah. Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang
dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang
di sebalik pembunuhan ini.
JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan
seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di
kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur, Muadzam Shah. Hasil maklumat
awam, serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan
Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji
batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.
Di dalam serbuan tersebut, JAIP turut menangkap
seorang peneroka yang berasal dari Kelantan di Felda Selancar 1 kerana
dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di
masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.
Kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah
itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun
lalu. Sebelum menyertai Syiah, lelaki tersebut dipercayai telah mengadakan
pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak,
Selangor dan Segamat, Johor. Kerajaan negeri Pahang pada 12 September yang lalu
telah mewartakan pengharaman ajaran sesat Syiah di negeri itu.
Selain Syiah, Allahyarham Raffli
turut dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 2 kes
besar yang melibatkan kes TUHAN HARUN dan OPERASI
KELAB MALAM. Pada 12 Mei lalu, beliau telah membuat sidang akhbar
berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat, HARUN MAT SAAD dan para
pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk
dibicarakan.
Harun sebelum ini didakwa kerana menyebar ajaran sesat dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013.
Kesimpulannya, sama ada Syiah benar-benar
terlibat atau tidak dalam pembunuhan ini, biarlah pihak polis menjalankan
siasatan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka
pengadilan.
No comments:
Post a Comment