Dalam satu Majlis Makan Malam untuk mengumpul dana pilihanraya di
Hotel Empire Subang Jaya semalam, Lim Kit Siang telah mengajak rakyat Malaysia
agar berkongsi impiannya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia di mana
demokrasi diamalkan.
Katanya, “apa yang penting ialah PR harus berada di landasan
politik dan pilihanraya ini sehingga kita berjaya membawa perubahan politik
kepada Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, kawasan atau darjat bagi mencapai
Impian Malaysia – iaitu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia, di mana adanya
demokrasi”.
Nampaknya, Kit Siang ingin mengajak kita semua berkongsi impiannya
dan impian itu hanya boleh menjadi nyata jika kita meletakkan dirinya atau
partinya di puncak kuasa.
Malangnya, kita telah melihat Kit Siang ketika mempunyai hanya
sedikit kuasa dahulu dan apa yang kita lihat langsung tidak menepati gambaran
di dalam ucapannya.
Kit Siang mengajak kita agar mengenepikan soal bangsa tetapi Kit
Sianglah yang menjadi dalang pencetus 13 Mei di mana kaum Cina dari parti DAP
terjerit-jerit melaungkan kebencian terhadap Melayu, menghalau Melayu dan
menyuruh Melayu pergi mati.
Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal perbezaan agama, tetapi
Kit Siang dan partinya DAP tidak jemu-jemu mencabar agama Islam dengan
membangkitkan isu yang tidak pernah menjadi isu sebelum ini seperti Kalimah
Allah dan azan. Tentera
siber Kit Siang juga melancarkan serangan berterusan terhadap Islam dan umat
Islam dengan menghina nama Allah SWT, Nabi Muhammad serta amalan-amalan dalam
Islam.
Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal kawasan tetapi DAP juga
yang membangkitkan sentimen prejudis terhadap kerajaan pusat di kalangan
penduduk Sabah Sarawak.
Kit Siang juga mengajak kita mengenepikan soal darjat tetapi di
masa yang sama DAP sering membawa hujah bahawa bangsa Cina merupakan pembayar
cukai tertinggi, dan kononnya lebih bijak manakala bangsa Melayu hanya
menumpang kekayaan mereka. Malah,
13 Mei juga dicetuskan dari taktik yang sama iaitu meletakkan bangsa Cina di
atas dan Melayu di bawah.
Justeru, apabila Kit Siang mengajak kita berkongsi impiannya, kita
wajar berfikir berkali-kali.
Ini kerana impian Kit Siang hanyalah untuk melihat Cina menguasai
negara ini sepertimana yang berlaku di Singapura. Kit Siang tidak akan senang selagi
kita hidup harmoni dan meletakkan semua kaum sebagai setaraf kerana Kit Siang
mahukan kaumnya berada di atas dalam segala segi.
Kit Siang sanggup membiarkan anaknya memanipulasi pemilihan parti
demi memastikan kaum lain tidak menjawat jawatan penting atau apa-apa jawatan
langsung dalam CEC.
Inilah demokrasi impian Kit Siang di mana hierarki pemerintahan
haruslah bermula dari bawah iaitu kaum Cina, parti DAP dan Dinasti
Lim. Dalam kata lain,
demokrasi boleh diamalkan selagi ketiga-tiga perkara ini berada dalam hierarki
teratas mengikut aturan tersebut.
Kit Siang mencongak yang impian ini boleh dicapai dengan terus
menggunapakai PAS dan PKR. Untuk
itu, beliau menggariskan matlamat untuk memenangi pilihanraya dengan 135 kerusi
daripada 222 kerusi. Caranya
ialah dengan memastikan setiap parti sekutu PR mendapat 45 kerusi. Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu
menambah 24 kerusi, PKR 15 dan DAP 7.
Memandangkan PAS semakin hari semakin ‘mengecut’ kerana asyik
kalah atau menang dengan majoriti yang merosot teruk, maka kita jangka impian
Kit Siang kemungkinan besar akan tinggal impian semata-mata,
selama-lamanya.
Jika Kit Siang ingin tahu kenapa sokongan terhadap PAS semakin
berkurangan, maka sebabnya ialah tiada siapa yang percaya dengan impian yang
dijaja Kit Siang. Semua
orang tahu siapa Kit Siang iaitu seorang rasis tegar yang membenci Melayu dan
Islam dengan sepenuh jiwa raganya.
Kit Siang ada menceritakan di dalam ucapan yang sama kononnya
terdapat seorang wanita Melayu yang mendekatinya di lapangan terbang untuk
meminta maaf kerana membenci Kit Siang selama ini dan kini sedar bahawa Kit
Siang bukanlah sejahat yang disangkanya.
Jelas, bahawa Kit Siang masih ingin memperbodohkan orang Melayu
dengan cerita begitu.
Jika Melayu benar begitu bodoh, maka tidak mungkin PAS akan
semakin kehilangan sokongan. Apa
yang pasti, orang Melayu yang dahulunya tidak mengambil peduli siapa Kit Siang,
kini sudah mengenali beliau dengan lebih baik.
Justeru, diulangi di sini bahawa Kit Siang adalah seorang rasis
tegar yang membenci Melayu dan Islam dengan sepenuh jiwa raga sejak sebelum
tragedi 13 Mei, selepas tragedy itu dan selama-lamanya dan akan berterusan
menerusi keturunannya.
No comments:
Post a Comment