Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri
Kedamaian dari PKR, Jeremmy Malajad keluar parti dan menjadi wakil bebas
menunjukkan kepimpinan Anwar Ibrahim di dalam partinya sendiri sudah di tolak.
Jika dulu Anwar menyanyikan lagu,
"Sabah sudah goyang, tanya sama Najib" yang ditujukan kepada Perdana
Menteri ketika mana isu pencerobohan Lahad Datu meletus, kini paku buah keras
melantun ke mukanya sendiri!
Tindakan Jeremmy itu berpunca daripada
beberapa faktor dalaman antaranya diskriminasi timbul daripada pemilihan pucuk
pimpinan di peringkat negeri.
Beliau dikatakan telah mengadu beberapa
kepada Anwar dan pimpinan PKR pusat yang lain tetapi seperti biasa, aduan pihak
bawahan sentiasa tidak dipedulikan.
Ini menyebabkan rasa tidak puas hati kepada
pemimpin seperti Jeremmy yang berjaya menyumbang kerusi DUN kepada PKR tetapi
masih dianaktirikan.
Faktor kedua adalah kesedaran bahawa Sabah
sebagai negeri besar yang kaya dengan sumber semulajadi masih memerlukan banyak
pembelaan dari pembangunan fizikal dan juga sosioekonomi.
Jeremmy menyedari bahawa sebagai ADUN
pembangkang tidak mungkin beliau mampu membawa sebarang bentuk pembangunan
kepada kawasannya dan juga membela nasib rakyat yang serba kekurangan.
Kedamaian merupakan salah satu daripada
tiga DUN di bawah Parlimen Kota Belud yang diwakili oleh Datuk Abdul Rahman
Dahalan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sebagai menteri pusat yang memegang
portfolio penting, sudah tentu menjadi lebih mudah bagi beliau membawa program
serta rancangan pembangunan yang lebih pesat dan teratur di seluruh kawasan
parlimennya.
Ini termasuklah kawasan yang diwakili oleh
Jeremmy tetapi keadaan akan menjadi sukar sekiranya beliau berada di pihak
pembangkang sementara kerusi Parlimen pula di wakili oleh Barisan Nasional.
Atas kesedaran inilah dan demi nasib rakyat
yang tidak mahu ditinggalkan daripada menikmati taraf kehidupan dan prasarana
yang lebih baik, maka Jeremmy memilih jalan keluar dari PKR.
Mungkin pembangkang akan memfitnah Jeremmy
telah di sogok rasuah untuk mengkhianati partinya tetapi alasan ini tidak
logik.
BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri Sabah
dengan majorti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.
BN tidak terdesak langsung untuk menyogok
mana-mana wakil pembangkang untuk mengguatkan kedudukan politiknya kerana ia
sudah cukup mantap sekarang.
Langkah Jeremmy keluar PKR untuk menjadi
wakil bebas pro BN adalah keputusan yang bijak.
Sebelumnya, ADUN Luyang dari Dap, Hiew King
Cheu mengorak langkah meninggalkan partinya menjadi wakil bebas September lalu.
Seorang ahli politik perlu bijak untuk
membuat keputusan yang baik bukan sahaja bagi karier politiknya tetapi juga
bagi penyokong apatah lagi jika telah dipilih sebagai wakil rakyat.
Pilihan keluar parti bukannya mudah bagi
Jeremmy tapi terpaksa dilakukan demi rakyat kawasan Kedamaian.
Beliau melihat tidak ada masa depan
sekiranya terus berada di dalam PKR.
PKR bukan sebuah parti yang kuat di Sabah
kerana hanya mempunyai tujuh wakil sementara Dap empat dan STAR satu.
Kini daripada 12 kerusi DUN pembangkang di
Sabah sudah menjadi 10 dengan keluarnya Hiew dan Jeremmy.
Desas desus besar kemungkinan, rakan
sejawatan Jeremmy dari Matunggong, Jailani Hamdan akan juga turut mengikuti jejak
langkah rakannya.
Hanya masa akan menentukan kerana
wakil-wakil rakyat pembangkang Sabah sudah mulai sedar masa depan mereka adalah
bersama BN dan pihak kerajaan.
Sabah memerlukan perancangan yang besar
untuk membangunkan ekonomi negeri dan hanya melalui kerjasama sihat antara
semua wakil-wakil rakyat segala program dan dasar dalam berjalan dengan
efisien.
No comments:
Post a Comment