Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) malam tadi dimaklumkan akan
kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Sungai Limau bagi membantu
jentera kempen Pas. Tambah menarik dia turut dijadualkan akan bersolat di salah
sebuah masjid sekali gus memberikan ceramah politik dengan menggunakan alasan
tazkirah. Nama masjid sengaja tidak dimasukkan bagi mengelakkan promosi percuma
diberikan.
Menurut unit risikan dan gerak saraf program tersebut sengaja
diada-adakan bagi mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. Ini
kerana Anwar dan jentera Pas ingin menggunakan alasan tersebut bagi
menggambarkan kononnya penyokong BN/Umno ganas dalam berkempen.
Sedangkan sehingga pagi ini, jawatankuasa masjid tersebut
dikatakan masih lagi tidak dimaklumkan mengenai program ceramah tersebut.
Inilah antara taktik Anwar setiap kali tiba pilihan raya sama, hadir untuk
solat berjemaah di masjid atau surau. Sejurus selepas solat tersebut, beliau
akan meminta ‘agennya’ untuk menyediakan tempat untuk
membolehkannya menyampaikan ceramah.
Tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan kemarahan penduduk
setempat yang marah dengan perbuatan Anwar kepada negara selama ini. Sudah
tentu mereka yang tidak bersetuju dan menghalang Anwar dari berceramah sekali
gus menimbulkan suasana kecoh.
Apabila berlaku kekecohan, Anwar dan jentera Pas akan segera
menggunakan isu tersebut, kononnya dia dihalang oleh penyokong Umno untuk
bersolat di masjid. Mereka yang taasub dengan Anwar akan segera percaya dengan
fitnah tersebut dan segera menyebarkannya untuk pengetahuan umum.
Inilah taktik sebenar Anwar, dia tahu masyarakat Melayu mudah
percaya dengan cerita-cerita rekaannya dan kesempatan tersebut akan digunakan
sebaik mungkin untuk menanamkan sentimen kebencian rakyat. Secara mata kasar,
Anwar mungkin nama lemah dan tidak berdaya, namun mereka yang mengenalinya
secara dekat tahu, siapa sebenarnya makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini.
Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh
mereka yang pernah rapat dengan Anwar. Antaranya Datuk Zulkifli Nordin yang
sebelum ini mendedahkan dia pernah diarahkan oleh Anwar untuk menyediakan
bom ‘molotof cocktail’ bagi mencetuskan suasana huru-hara
ketika zaman reformasi.
Malah sehingga hari ini, Anwar masih lagi tidak berani untuk
menyaman bekas peguamnya itu sekali gus membuktikan semua yang dinyatakan itu
ada kebenarannya.
No comments:
Post a Comment