Friday, November 29, 2013

Kenaikan Gaji ADUN Selangor: Perangkap Buat Khalid?


Di kala Pakatan Rakyat melaungkan kesejahteraan demi rakyat serta mengungkit-ngungkit kemewahan dan perbelanjaan kerajaan pusat, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan gaji Menteri Besar dan 56 ADUNnya, membuktikan hipokrasi PR yang tiada tolok bandingnya. 

Kenaikan yang diperkatakan di sini bukanlah 5%-10% sepertimana kebiasaan di syarikat-syarikat swasta, itupun boleh dikira tinggi.  Apa yang mengejutkan ialah kenaikan yang dinikmati oleh pemimpin Selangor adalah ratusan peratus iaitu: 106% bagi Menteri Besar dan 231% bagi Exco, 266% bagi Speaker, 373% bagi Timbalan Speaker dan 87% bagi ADUN. 

Kenaikan ini bermakna daripada 66.2% daripada RM1.85 billion dari Belanjawan Negeri tahun hadapan, akan digunakan untuk menampung kos pengurusan sahaja manakala baki 33.8% sahaja yang tinggal untuk pembangunan. 

Soalan yang paling tepat untuk apa yang berlaku ini ialah:  “Apa kejadahnya?”

Mungkin ramai terlepas pandang bahawa Selangor baru sahaja menaikkan elaun ADUN dua tahun lepas sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan Tambahan pada 12 April 2011.  Kenaikan pada waktu itu melibatkan RM1.27 juta. 

Apa yang berlaku menunjukkan pemimpin PR Selangor langsung tidak sensitif dengan keluhan rakyat mengenai harga barang yang meningkat dan juga pengurangan subsidi yang terpaksa dilalui.  Sebaliknya, pemimpin PR terlebih dahulu memastikan yang hidup mereka tidak terjejas malah bertambah senang sebelum memikirkan mengenai rakyat. 

Lebih menarik lagi, Penasihat Kewangan Selangor, Anwar Ibrahim, nampaknya turut mempersoalkan kenaikan ini.  Malah, Anwar membuat kenyataan terbuka mengenai rasa kurang senangnya dengan kenaikan yang begitu drastik.  Dan, ini bukan kali pertama Anwar menegur Khalid. 

Hanya beberapa minggu lalu, Anwar mengkritik Khalid di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya.  Beliau secara terus terang meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik. 

Memandangkan kenyataan itu keluar dari mulut Anwar iaitu seorang politikus tegar, kita mengambilnya sebagai mempunyai berbagai makna yang tersirat.  Antara yang dapat difahami dari kenyataannya ialah beliau sedang membuka laluan untuk Azmin Ali menggantikan Khalid. 

Kita pasti, Khalid juga cukup sedar akan hal ini. 

Justeru, tidak mustahil tindakan Khalid menaikkan gaji Exco dan ADUN adalah salah satu langkah untuk menyelamatkan diri. Beliau sedar yang beliau perlu meraih sokongan dari mereka ini andainya terdapat usul tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar.  Seperti kelaziman politik PR, tiada umpan yang lebih baik untuk mendapat sokongan selain dari ‘wang’. 
                                                               
Walaubagaimanapun, tindakan Khalid mengundang pandangan sinis rakyat terhadap kerajaan PR Selangor.  Sikap hipokrit dan tidak sensitif pemimpin PR kini terserlah dengan sejelas-jelasnya.  Apatah lagi apabila Khalid tidak dapat memberi penjelasan yang rasional terhadap tindakannya itu. 

Dari cakap-cakap kedai kopi dan sembang-sembang laman sosial, kita dapat mengesan perasaan tidak puas hati rakyat. Penyokong PR juga turut merasa gelisah dengan apa yang berlaku, apatah lagi apabila Anwar sendiri turut menunjukkan rasa tidak senang dengan apa yang berlaku. 

Walaupun Khalid mungkin mampu mengambil hati para Exco dan ADUN, tetapi Khalid jelas tidak dapat mengambil hati rakyat.

Nampaknya, Khalid telah memerangkap diri sendiri dengan meletakkan dirinya antara rakyat dengan pemimpin Selangor. 


Masyarakat Cina Juga Sudah Muak Dengan Kit Siang?


Akhbar Nanyang Siangpau pada 21 November lalu memaparkan tulisan Liew Suh Kian yang wajar diberi perhatian oleh semua masyarakat Cina.  Liew menulis mengenai Lim Kit Siang yang kini mencecah umur 72 tahun tetapi masih lagi giat berpolitik. 

Menurut Liew, Kit Siang sudah tidak sepatutnya terus ‘galak’ atau garang berpolitik tetapi wajar berundur secara terhormat. Liew turut membandingkan Kit Siang dengan Tun Mahathir yang telah lama bersara sedangkan Kit Siang yang gemar mengutuk Tun Mahathir itu masih terus bertanding pilihanraya. 

Menyusuri liku-liku politik Kit Siang yang bermula lebih lima dekad lalu, pemimpin DAP itu sepatutnya telah menyusun perjuangannya dengan baik serta mempersiapkan pengganti pada saat ini.  Jika ini dapat dilakukan, maka persaraan beliau pastinya akan disambut dengan sanjungan dan penghormatan bagi generasi akan datang. 
Apa yang ditulis oleh Liew sebenarnya telah lama diperkatakan oleh musuh-musuh Kit Siang. 

Namun, di kalangan DAP, iaitu masyarakat Cina sendiri, mereka nampaknya lebih selesa membela Kit Siang dan melayannya seperti Tokong.  Kaum Cina rata-ratanya menerima pemerintahan ala kuku besi Kit Siang anak beranak.  Bagi kaum Cina yang mempunyai sikap rasis semulajadi, pemerintah kuku besi berbangsa Cina adalah lebih baik dari pemerintah yang adil berbangsa Melayu. 

Oleh itu, kita melihat suara Liew sebagai suara yang terpencil di dalam masyarakat Cina.  Bagaimanapun, hakikat bahawa akhbar berbahasa Cina seperti Nanyang sanggup menyiarkan tulisannya membuatkan kita berfikir semula.

Apakah kaum Cina sudah mula bosan dengan Dinasti Lim? 

Kita tahu Lim Kit Siang telah ‘menyediakan’ anaknya, Lim Guan Eng sebagai pengganti. Namun, malang baginya apabila Lim Guan Eng kini menjadi liabiliti kepada DAP.  Anaknya itu ternyata tidak mampu menyembunyikan kebongkakkan sehingga menyebabkan ramai yang merasa benci terhadapnya.

Guan Eng telah menyerlahkan warna sebenar DAP yang rasis dengan sejelas-jelasnya apabila beliau tanpa segan silu merobohkan dan merampas tanah dan perniagaan milik orang Melauyu dan India di Pulau Pinang. 

Pulau Pinang menjadi bukti ketidakmampuan Guan Eng untuk mengambil-alih tempat bapanya.  Tindakannya memburukkan imej negeri dan negara sendiri di dalam misi pelaburan di luar negara mengesahkan betapa bodohnya anak Lim Kit Siang ini.  Kemusnahan alam sekitar yang cukup ketara dan begitu pantas di negeri itu sejurus Guan Eng berkuasa juga, telah menjadikan rakyat semakin ‘cuak’ terhadap DAP. 

Selain itu, cara Guan Eng mengendalikan pemilihan CEC juga cukup mengecewakan Kit Siang.  Akibat angkuh yang melampau, Guan Eng banyak melakukan kesilapan.  Beliau tidak mampu menjalankan muslihat dengan bijak kerana terlalu memandang rendah pada orang lain dan menyangka orang tidak akan dapat mengesan manipulasinya.  Akhirnya, masalah CEC kini berpanjangan sehingga hampir setahun dan semakin kusut pula. 

Kegagalan Guan Eng menjawab isu-isu berbangkit dengan memberi jawapan bodoh seperti ‘salah komputer’ atau ‘salah taip’ menyebabkan anak Kit Siang ini menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia, sekali gus memalukan DAP. 

Jika Kit Siang berjaya memperdaya orang Melayu yang berprinsip dan bijak seperti Tunku Aziz sehingga berjaya membawa tokoh itu ke dalam DAP, tetapi Guan Eng pula mendedahkan sikap sebenar DAP sehingga membuka mata Tunku Aziz untuk meninggalkan DAP. 

Jelas, Kit Siang tidak berjaya mendidik anaknya untuk menjadi seorang politikus tegar seperti dirinya tetapi sebaliknya telah mencipta seekor raksaksa angkuh yang menyangka dirinya seorang Tokong. 

Malang bagi Kit Siang kerana walaupun kaum Cina di Malaysia masih enggan melepaskan ikatan mereka dengan tanah besar Cina serta budaya dan cara pemikirannya, namun sedikit sebanyak, mereka tetap terpengaruh dengan nilai-nilai Malaysia yang terbuka dan bebas.  Oleh itu, kaum Cina di sini tidak mudah untuk dipaksa akur seperti di zaman komunis atau Maharaja Cina. 

Malah mereka telah terlebih bebas membuka mulut mengkritik dan menghentam sesiapa sahaja yang mereka tidak suka termasuk pemerintah.  Justeru, mereka tidak lagi merasa takut atau bersalah untuk mengkritik Lim Kit Siang hari ini.   

Mereka tahu, Lim Kit Siang bukan Tokong mahupun Maharaja.  Lim Kit Siang tidak boleh menutup mulut mereka.  Lim Guan Eng juga tidak boleh mengilas tangan mereka selama-lamanya.  Lambat laun, pasti ada yang memberontak.  Melihat bagaimana Lim anak-beranak mengenepikan dan mengambil tindakan kepada mereka yang mengkritik pemimpin DAP, menyebabkan lebih ramai lagi yang terpanggil untuk memberontak. 

Bertitik-tolak dari situlah, maka tulisan Liew mendapat tempat di Nanyang Siangpau.  Tidak mustahil, akan ada tulisan-tulisan lain yang membawa nada yang sama selepas ini.  Tidak mustahil juga Liew pula akan ditutup mulut sepertimana para pengkritik Dinasti Lim yang lain. Tetapi yakinlah, akan ada lebih ramai Liew di masa hadapan sehinggalah Lim Kit Siang melepaskan jawatan. 


Thursday, November 28, 2013

Kenaikan Gaji 373 Peratus, Hadiah Kerajaan PKR Selangor Buat Rakyat

Kepada para peminat tegar ceramah politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah retorik seperti ‘Pakatan Harapan Rakyat’, ‘Demi Kesejahteraan Rakyat’, ‘Kerajaan Rakyat’ dan pelbagai lagi yang mempunyai perkataan rakyat. Boleh dikatakan hampir semua slogan yang digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan, kononnya untuk memberikan gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga rakyat.

Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan ‘janji manis’ dan ‘sandiwara’ mereka khususnya rakyat di Selangor. Namun di sebalik perkataan rakyat itu, majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang semalam yang kemudiannya diluluskan.

Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Paling menarik, minggu lalu Khalid Ibrahim menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat, adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam. Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.9 juta atau 33.8 peratus adalah bagi perbelanjaan pembangunan.

Pada mulanya ramai di kalangan kakitangan awam Selangor menjangkakan ia bermaksud kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan kenaikan gaji dan elaun kepada mereka, namun rupa-rupanya ia adalah sebaliknya. Peningkatan jumlah belanjawan yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya adalah untuk semua wakil-wakil rakyat di Selangor.

Namun untuk berlaku adil, Khalid tetap tidak mengecewakan rakyat Selangor, apabila mengumpan kakitangan awan di Selangor dengan memberikan ‘gula-gula’ berupa bonus setengah bulan gaji SAHAJA.

Menurut rakan-rakan di Selangor, kenaikan kadar gaji dan elaun ini ada kaitan dengan kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini, yang dilihat mengkritik pentadbiran Khalid secara terbuka sambil menyifatkannya GAGAL mengurus dengan baik sumber kewangan negeri.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik. "Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.

Malah ekoran kritikan itu juga, ramai merasakan ia adalah merupakan ‘signal’ agar Khalid segera meletakkan jawatan, sekaligus memberi laluan mudah kepada anak emasnya, Azmin Ali yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut. Umum mengetahui, bagaimana Azmin sebelum ini yang pernah ‘merajuk’ untuk keluar PKR bersama pengikutnya sekiranya Anwar MENGINGKARI janji berhubung jawatan Menteri Besar.

Namun ia dibatalkan di saat akhir apabila ‘pergelutan’tersebut berjaya diselesaikan secara ‘kompromi’. Sehinggakan ada bisik-bisik yang mengatakan Azmin kembali sejuk apabila dimaklumkan bahawa Khalid bersetuju untuk memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sahaja. Disebabkan tempoh itu dikatakan bakal berakhir tidak lama lagi, maka Khalid terpaksa mengunakan ‘gear 3’ dengan mengambil hati semua Adun pakatan dengan memberikan kenaikan gaji.

Sekiranya umpan ini berjaya, Khalid boleh terselamat sekiranya ada usul tidak percaya untuk meminta dia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Apa pun ia hanyalah ‘cakap-cakap’ politik, sama ada benar atau tidak hanya Allah, Anwar, Azmin dan Khalid sahaja yang tahu. Berbalik kepada isu asal, sekiranya kita membuat perbandingan secara rational, rizab kerajaan Selangor hanya berjumlah RM3bil berbanding rizab kerajaan persekutuan yang berjumlah RM400bil.

Namun kerajaan persekutuan tidak pula mengambil pendekatan menaikkan gaji semua ahli-ahli parlimen. Tambah menarik ialah gaji Perdana Menteri yang mengurus tadbir SELURUH NEGARA hanya berjumlah RM22,826,65 berbanding gaji baru Khalid yang berjumlah RM29,250.00 walaupun dia HANYA MENGURUSKAN SEBUAH NEGERI. Seterusnya ialah gaji Timbalan Perdana Menteri hanya berjumlah RM18,168.00 berbanding Exco Kerajaan Negeri yang berjumlah RM20,250.00 sebulan.

Kesimpulannya, terserahlah kepada rakyat khususnya pengundi di Selangor bagi menilai kewajaran kenaikan gaji yang mendadak ini. Apakah ia dilakukan untuk membantu jurang Ekonomi Rakyat seperti yang didakwa, atau semata-mata untuk memenuhi kerakusan kerajaan pakatan di Selangor?

Anwar Terduduk Kecewa, PKR Sabah Bergolak Dan Kritikal

Inilah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah GAGAL dalam percubaannya untuk merebut kuasa di Putrajaya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan berita ‘penghijrahan’ beramai-ramai ahli partinya di Sabah yang jelas tidak lagi mahu terus diperbodohkan dengan sandiwara dan lakonan murahnya selama ini.


Media arus perdana telah melaporkan mengenai pengumuman yang dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib mengenai penghijrahaan beramai-ramai 11 pemimpin cabang PKR Sabah yang keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN). Jumlah itu tidak termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri itu yang sebelum ini telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad@Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Seperti tidak dapat menerima hakikat, Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukim sebelum ini mendakwa tindakan bekas anak-anak buahnya itu disebabkan BN terdesak dan menjadi ‘dalang’. Paling kelakar melalui SMS yang dihantar kepada Jelani, dikatakan kecewa sambil mendakwa mereka telah mendapat tawaran lebih baik daripada pihak lain.

Sedangkan mengikut percaturan politik, BN Sabah telah pun mendapat mandat besar dengan memperoleh 2/3 Kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Maka secara logiknya parti BN/Umno, tidak perlu lagi melakukan perbuatan jahat dengan ‘membeli’ mereka.

Ini kerana, tanpa mereka sekalipun, BN telah mantap sebagai sebuah kerajaan yang kukuh hasil sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi rakyat Sabah. Atau dalam bahasa mudah, pakatan pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata yang penuh dengan racun sehingga menybabkan mereka ditolak rakyat sekalgus mengalami kekalahan besar dalam PRU yang lalu.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, pembangkang memenangi tiga kerusi Parlimen iaitu Sandakan dan Kota Kinabalu (DAP) serta Penampang oleh PKR, sementara DUN pula 12 kerusi iaitu Likas, Luyang, Sri Tanjong, Kepayan (DAP); Klias, Matunggong, Kadamaian, Moyog, Api-Api, Inanam, Tamparuli (PKR) dan Star di Bingkor.

Walau bagaimanapun pada 27 September lalu, ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum diikuti oleh ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad pada 4 November lalu sebelum diikuti empat hari selepas itu oleh ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan yang meletak jawatan Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR.

Hasil analisa yang dijalankan, rupanya bumiputera Sabah terutama etnik Kadazandusun Murut (KDM) yang menyokong PKR akhirnya mula sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh parti itu bagi memenuhi agenda peribadi pimpinan, bukannya untuk dibela nasib mereka seperti yang dicanangkan sebelum ini.
Malah ada yang mendakwa masalah sebenar berpunca daripada gaya kepemimpinan Anwar yang sangat autokratik dan memilih Pengerusi PKR Sabah tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ketua-ketua cabang dan akar umbi parti negeri.

Tambahan pula, sekiranya diteliti krisis kepimpinan PKR Sabah telah lama dikesan bergolak dan bermasalah. Ini kerana sejak PKR mula bertapak di negeri itu, seramai 15 Pengerusi MPN negeri sudah bertukar ganti dan ada di kalangan mereka yang hanya sempat memegang jawatan tersebut selama dua bulan sahaja.

Kesimpulannya ialah, baik Anwar mahupun Lajim, mereka sebenarnya telah dirasuki dengan ‘sindrom penafian’ kerana enggan melihat kesilapan dan kekurangan diri sendiri sebaliknya hanya tahu menyalahkan orang lain.

Inilah masalah paling susah untuk diubati oleh sesiapa sahaja sama ada individu atau organisasi kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, bukan itu sahaja mereka juga pada masa yang sama enggan menerima teguran dan nasihat, jauh sekali untuk bermuhasabah terhadap musibah yang melanda.

Semuanya dituduh pihak ketiga yang jahat melakukannya, diri sendiri dianggap seperti maksum, langsung tidak bersalah dan enggan mengakui kelemahan diri sendiri. Malah menurut Perdana Menteri, akan berlaku gelombang kedua tindakan keluar parti itu dalam masa terdekat selepas hilangnya keyakinan mereka terhahadap kepimpinan PKR negeri.

Dan kenyataan itu sudah pasti bakal merunsingkan Anwar, ini kerana ia sekali gus akan menyebabkan PKR terus berkubur tanpa nisan di negeri Di Bawah Bayu itu.

Buat ahli dan penyokong pembangkang Sabah yang masih belum sedar, sampai bilakah mahu terus hidup dengan pembohongan yang dipentaskan oleh Anwar Ibrahim? Apa yang jelas slogan #inikalilah yang digunakan oleh pembangkang ketika PRU lalu, mula memakan diri. Kepada rakyat Sabah, terima kasih kerana masih terus bersama BN/Umno, manakala untuk Anwar Ibrahim #lainkalilah.


Ekonomi Malaysia Kekal Memberangsangkan – Chief Economist, AMP Capital

Kenyataan Dato’ Seri Najib mengenai GST pada hujung minggu telah diterima, dicerna dan ditafsirkan oleh rakyat mengikut ‘selera’ masing-masing.  Ada yang memuji-mujinya dan seperti biasa ada saja yang mengkritik dan merungut mengenainya.   

Kenyataan tersebut, antara lain menyebut bahawa “GST perlu dilaksanakan bagi mengelak negara menjadi bankrap seperti Greece jika kita memilih untuk meminjam” dan “kita perlu mencari sumber pendapatan tambahan dan kerana itulah kita perlu melaksanakan GST.” 

Tanpa melihat keseluruhan ucapan atau melihat sudut lain, dua ayat ini terus terpasak dan menghantui fikiran rakyat.  Ramai yang mula tertanya-tanya, apakah Malaysia benar-benar berada dalam keadaan yang begitu buruk sekali sehingga terpaksa mencari sumber pendapatan dari rakyat sendiri melalui cukai?   Kebimbangan ini dikukuhkan lagi dengan perkembangan negara yang tidak memperlihatkan satu pun projek baru yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. 

Dari sudut politik, kita terpaksa mengakui bahawa siapa pun yang menulis ucapan kepada Perdana Menteri telah ‘tersalah’ memilih dan menyusun ayat.   Seharusnya, beliau lebih prihatin mengenai apa yang dilihat sebagai ‘politically incorrect’. 

Hakikatnya, ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang kukuh.  Laporan agensi penarafan ekonomi, Moody, baru-baru ini juga telah membuktikan bahawa kedudukan ekonomi Malaysia adalah positif terutama dari segi bon asing di mana negara ini berada di tempat tertinggi di rantau Asia. 

Jika enggan mempercayai laporan Moody, maka kita juga boleh mendengar sendiri dari Shane Oliver, Chief Economist, AMP Capital dalam temubual berikut:  http://www.abc.net.au/news/2013-11-25/malaysia-set-to-weather-a-slowing-of-us-stimulus/5114578?section=australianetworknews

Oliver menegaskan bahawa Malaysia masih sebuah negara yang kukuh dari segi ekonomi memandangkan ia terus menjadi pilihan pelabur.  Beliau juga menyentuh mengenai kesungguhan Malaysia untuk menjadi negara maju sejak dua puluh tahun lalu.  Antara yang membolehkan Malaysia kekal kukuh ialah kemampuan kerajaan untuk meyakinkan pelabur dengan menawarkan berbagai-bagai kemudahan bagi memastikan rentak kemajuan yang konsisten. 

Walaupun kedudukan hutang isirumah Malaysia dikatakan berada dalam keadaan membimbangkan, tetapi Oliver tidak melihatnya begitu.  Baginya, ia adalah sesuatu yang biasa dalam proses kemajuan negara, tetapi beliau bersetuju yang ia mampu menjadi masalah besar sekiranya jumlah tersebut terus meningkat dari sekarang.

Secara dasarnya, Oliver bersetuju bahawa langkah-langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST dan juga mengurangkan subsidi adalah tepat sekali.  Pendek kata, rakyat Malaysia tidak perlu bimbangkan apa-apa kerana ekonomi negara ini berada dalam keadaan yang baik. 

Kita tidak tahu sejauh mana rakyat meyakini penjelasan Oliver ataupun laporan-laporan positif dari agensi-agensi kewangan dunia mengenai Malaysia.  Ini kerana, keberkesanan langkah kerajaan hanya boleh dinilai oleh rakyat sendiri.  Pun begitu, penilaian tersebut sering dikaburi oleh persepsi yang dicetuskan oleh pengaruh dan hasutan pihak-pihak tertentu. 

Mungkin rakyat Malaysia perlu berlaku adil kepada diri sendiri dengan menilai kehidupan dari kaca mata sendiri tanpa terpengaruh dengan hasutan pihak lain.  Mulakan dengan bertanya diri sendiri, apakah kehidupan kita terjejas di mana-mana?   Biarpun subsidi minyak dan gula ditarik balik, apakah kehidupan kita telah terpaksa berubah secara drastik?  Apakah kita terpaksa menjual kereta atau tidak cukup makan? 

Apa yang kita lihat ialah, semakin ramai rakyat Malaysia keluar negara bercuti di musim cuti sekolah ini.  Pusat-pusat membeli-belah dan juga restoran tidak kunjung henti dengan pelanggan.  Sama ada di kampung atau di bandar, kehidupan kita masih sama saja biarpun mulut tidak henti-henti merungut itu dan ini. 

Justeru, apa kata jika memberi sedikit ruang untuk diri sendiri merasa tenang dan tidak terlalu menurut rentak pihak-pihak yang ingin mencetuskan prasangka dan kemarahan terhadap kerajaan.  Berikan kerajaan peluang untuk membuktikan ketepatan langkah-langkah yang diambil tanpa terlebih dahulu menghukum berdasarkan satu dua kenyataan dalam sebuah ucapan. 

Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa rakyat akan lebih tenang sekiranya kerajaan dapat melaksanakan beberapa projek bagi meningkatkan pendapatan negara dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat dalam masa yang terdekat ini. Jika ini dapat dilaksanakan, kita yakin rakyat tidak akan semudah itu terpedaya dengan hasutan dan kerajaan juga akan lebih mudah untuk membela diri dari sebarang kecaman.


Dua Jawatan Kabinet Sudah Cukup Untuk UMNO Beli Ulama PAS?

Sudah menjadi satu fakta yang diketahui umum bahawa parti PAS dipandang hina oleh sekutunya di dalam Pakatan Rakyat. Selama ini, PKR dan DAP tidak memandang PAS dengan sebelah mata pun. Suara PAS sering diabaikan dalam memperkatakan hala tuju dan prinsip pemerintahan PR. Majlis Syura, Dewan Ulama, semuanya hanyalah pada sekadar nama kerana kewujudan mereka tidak membawa apa-apa makna kepada PR mahupun PAS sendiri. 

PAS tidak boleh menyalahkan sekutunya jika memandang hina pada parti itu.   Ini kerana PAS memang layak dihina apabila sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri agar diterima oleh DAP. PAS sanggup menggadaikan Negara Islam dan menerima Buku Jingga.  PAS berdolak-dalih dalam isu hudud dan Kalimah Allah dan kemudian membela pula DAP apabila dikecam oleh UMNO.  PAS memarahi Karpal Singh kerana menyentuh soal parti berasaskan agama tetapi PAS juga yang meminta maaf dari Karpal Singh kemudiannya. 

Sedarkah PAS bahawa hanya parti itu yang perlu menggadai maruah dan agama dan segala-galanya, sedangkan PKR dan DAP langsung tidak perlu berkorban apa-apa untuk Pakatan Rakyat? 

Justeru, apakah tidak benar jika penulis menyatakan bahawa PAS memang layak dihina? 

Jika ini belum cukup untuk memperlihatkan penghinaan PKR dan DAP terhadap PAS, maka sebuah artikel oleh Mohd Ariff Sabri Aziz (Sakmongkol) yang dipetik oleh Free Malaysia Today (FMT) semalam seharusnya mampu membuktikannya. 

Mohd Ariff menulis bahawa PRU-14 adalah berkisar mengenai PAS dan memperkatakan tentang PAS yang lebih progresif bagi menggantikan UMNO.  Menurut Mohd Ariff, sokongan UMNO kepada golongan Ulama di dalam PAS adalah kerana UMNO tahu bahawa golongan ini mudah diperdaya.  Katanya lagi, Perdana Menteri hanya perlu memberikan PAS dua jawatan kabinet untuk menghapuskan PAS sekali gus. 

Jika diterjemahkan secara mudah, Mohd Ariff sebenarnya berkata bahawa Ulama PAS begitu bodoh dan mudah dimanipulasi serta dijualbeli dengan jawatan.  Andainya PAS diterajui oleh golongan Ulama maka sudah tentu PAS sudah tiada lagi kerana dibeli oleh UMNO. 

Begitu sekali penghinaan Mohd Ariff terhadap golongan Ulama PAS. 

Sekiranya Ulama PAS sendiri tidak memahami akan penghinaan ini, maka sekali lagi jelaslah bahawa Ulama PAS sememangnya layak dihina.  Malah, kita tidak terkejut jika Ulama PAS bangun membela Mohd Ariff dan memaafkan beliau pula dengan memberi berbagai-bagai alasan sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka yang hina di mata PKR dan DAP. 

Sememangnya inilah yang berlaku selama ini iaitu Ulama PAS menghina diri sendiri. 

Kita melihat tulisan Mohd Ariff sebagai suara DAP yang ingin memastikan PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO.  Ini terbukti apabila Lim Kit Siang memaparkan semula artikel Mohd Ariff di blog peribadinya.  Kita percaya, tulisan ini, petikan oleh FMT dan juga tindakan Kit Siang menyiarkannya semula, adalah satu tindakan bersepadu iaitu sebahagian strategi terancang untuk mengasak dan mencatur PAS agar mengikut telunjuk DAP. 

Hari ini, DAP telah menguasai PAS sepenuhnya melalui kemenangan Kumpulan Erdogan.  Hanya tinggal satu ancaman saja lagi bagi DAP untuk mengukuhkan kedudukannya di Malaysia iaitu ancaman penyatuan Umat Islam di dalam UMNO dan PAS. 

Justeru, DAP perlu memastikan dengan apa jua cara yang penyatuann ini tidak akan berlaku dan tidak mungkin berlaku sampai bila-bila.  Ini kerana, pada ketika umat Islam di Malaysia bersatu, pada ketika itu jugalah DAP sebenarnya telah kalah. Sementara itu, DAP akan terus menggunakan sepenuhnya kuasa ekonomi yang dimiliki oleh kaum Cina untuk bertapak dengan lebih selesa. 

Apa yang Mohd Ariff tidak tahu ialah, beliau dan juga Ulama PAS berada di tahap kebodohan yang sama.  Kedua-duanya sama saja hinanya kerana kedua-duanya sanggup menjadi balaci, kuda tunggangan, anjing suruhan mahupun kucing kurap kepada DAP.  Kedua-duanya tidak sedar yang mereka sedang dipermainkan dan dipergunakan. 

Bezanya, Mohd Ariff mampu menulis dalam bahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dengan bukan Islam dengan lebih baik yang mana Ulama PAS tidak mampu melakukannya. 

Biarpun semakin ramai orang-orang Melayu yang meninggalkan DAP, nampaknya masih ada Melayu seperti Mohd Ariff yang bangga menjadi bodoh dan tidak sedar di mana letaknya maruah dan nilai dirinya sebagai manusia.  Mohd Ariff megah menjadi pengkhianat bangsa dan agama, demi ilusi menjadi ‘setaraf’ dengan bangsa-bangsa lain.  Sedang bangsa lain itu berusaha mengukuhkan kedudukan agama dan kaumnya, beliau pula giat melemahkan jati diri dan menghancurkan kaum sendiri. 



Akhirnya Hadi Setuju Muzakarah Dengan Umno


Ramai yang seakan tidak percaya dengan kenyataan, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang bersetuju untuk bermuzakarah dengan Umno. Ini kerana, umum mengetahui bagaimana sikap bekas Menteri Besar Terengganu itu yang begitu sinikal dengan UMNO tiap kali timbulnya idea untuk bermuzakarah.

Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar parti sebelum ini berkata, Pas sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. Menurut Hadi kesediaan Pas itu dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan Islam. Media, siarkanlah perkara ini. InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (UMNO) hendak yang tua pun ada, muda pun ada."

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Manakala Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam, UMNO bersikap terbuka berhubung hasrat Pas bermuzakarah dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan umat Islam. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, UMNO perlu meminta penjelasan lanjut daripada Pas berhubung skop muzakarah yang mahu dilaksanakan.

"Saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) tidak lama lagi sebab beliau sudah minta untuk berjumpa saya mengenai perkara ini (muzakarah)," katanya.

Ramai pemerhati politik, melihat idea ini ditimbulkan kembali ekoran dari keputusan pemilihan Muktamar Pas yang diadakan sebelum ini. Keputusan pemilihan itu menyaksikan kumpulan ulama hanya mampu mengisi 9 tempat daripada 18 Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Malah kemenangan besar kumpulan Liberal yang mengalahkan calon-calon kumpulan Ulama Pas itu dilihat bakal menyukarkan parti itu untuk terus relevan di hati masyarakat Melayu dan Islam di masa akan datang.

Di tambah pula dengan desakan dan tekanan parti ‘Ultra Kiasu’ DAP dan PKR yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini terutama yang melibatkan isu-isu yang berkaitan agama Islam. Tambah membimbangkan mereka, apabila ada di kalangan pemimpin Pas yang dilihat bersetuju dengan desakan dan tekanan yang diberikan itu.

Sehinggakan ada yang merasakan, Pas tidak lebih hanya merupakan kuda tunggangan DAP untuk terus melebarkan kuasa politik perkauman mereka di samping merealisasikan impian Anwar untuk bergelar Perdana Menteri. Semua ini dilihat akan menjadi punca undi masyarakat Islam dan Melayu semakin mengecil kepada parti yang menggunakan nama Islam itu.

Sebagai contoh, analisa PRU13 yang dijalankan jelas membuktikan, undi orang Islam dan Melayu terhadap Pas semakin merosot. Selain gagal mempertahankan Kedah, Pas hanya mampu peroleh 21 kerusi Parlimen serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN.

Malah beberapa pemimpin tertinggi parti itu juga tewas kepada BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

PRU13 juga menyaksikan Pas kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan memperoleh 21 kerusi Parlimen. Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotan parti itu berbanding pada 2008 apabila Pas hanya kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi.

Terbaru, ketika PRK Sungai Limau walaupun berjaya mengekalkan penguasaan, namun kemerosotan majoriti jelas ketara apabila calon Pas, hanya mampu memperoleh majoriti sebanyak 1,084.  Calon parti itu Mohd. Azam Abd. Samat mendapat 12,069 undi manakala calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh undi 10,985.

Jumlah undi majoriti yang diperolehi Pas dilihat merosot jika dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi. Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Kesimpulannya idea muzakarah ini kembali dilaungkan, hanya apabila Pas merasakan ia bakal menyebabkan parti itu semakin tidak relevan. Ini kerana pada tahun lalu, Hadi dengan sombong dan bongkak telah menolak perlawanan untuk bermuzakarah dengan Umno sebaliknya memilih untuk berbincang dengan NGO.

Apa pun diharapkan agar Pas benar-benar ikhlas ingin mencari titik tengah bagi memartabatkan Islam di negara ini.


Friday, November 15, 2013

PEMBANGKANH MAIN API PERKAUMAN UNTUK HANCURKAN NEGARA

Anwar Ibrahim semakin tertekan susulan kemelut politik dalaman yang bakal membawa kehancuran kepada pakatan pembangkang yang diterajuinya. Antara strategi untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis kritikal yang dihadapi oleh PKR,Pas dan Dap, pembangkang menggunakan isu perkauman. Tujuannya ialah untuk terus memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara seolah Malaysia mengamalkan dasar ala 'apartheid' seperti mana yang pernah dilakukan oleh rejim orang kulit putih di Afrika Selatan pada suatu masa dahulu.

Terbaru isu tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur di sekeliling sebuah kuil kecil berusia 100 tahun telah dijadikan satu lagi agenda rasis oleh pembangkang. Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran telah sewenang-wenangnya menuduh kerajaan bersifat kejam dan rasis kerana kononnya meroboh kuil Hindu dan merampas tanah milik tempat ibadat.

Mungkin Surendran memikirkan beliau boleh menuduh apa sahaja di dalam Dewan Rakyatdi bawah hak istimewa kebebasan bersuara Ahli Parlimen tetapi apa yang beliau ucapkan adalah pembohongan semata-mata.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membongkarkan kepalsuan tuduhan pembangkang dalam isu ini dengan menjelaskan tanah dituduh dirampas adalah sebenarnya milik DBKLK selama ini bukannya kuil. Surendran telah mempertikaikan keputusan Yang Di-Pertua menolak usul Surendran untuk membahaskan isu kuil dan akhirnya bukan sahaja diarahkan keluar Dewan malah telah digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Itu satu tindakan tepat yang patut mendapat pujian kerana jika isu ini terus dipaksakan oleh pembangkang ke atas sidang ahli-ahli Parlimen, rakyat mungkin akan terpengaruh dengan perancangan pembangkang yang bersifat rasis serta boleh mencetuskan rusuhan kaum. Kedua, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor telah juga menjelaskan bahawa struktur yang dibina di sekeliling Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee itu telah menjadi tempat simpanan arak.

Malah tidak ditolak kemungkinan kumpulan gangster India menggunakan tempat tersebut untuk menyimpan senjata api atau menjalankan aktiviti jenayah mereka. Menteri berkenaan berkata tapak kawasan yang dirobohkan itu mahu dibangunkan oleh sebuah syarikat yang lama sebelum ini menawarkan untuk membina sebuah kuil baru di kawasan lain bagi menggantikan kuil tersebut.

Kerajaan tidak terkejut jika pembangkang memperalatkan isu tersebut kerana itulah peranan pembangkang yang sentiasa memutarkan belitkan fakta atau mereka-reka fitnah tetapi bagaimana pula suara sumbang yang pernah disuarakan oleh pemimpin muda parti komponen Barisan Nasional sendiri.' Pernah T. Mohan, Ketua Pemuda MIC meminta Tengku Adnan meletak jawatan berhubung isu perobohan tersebut. Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil terhadap beliau yang membuat kenyataan menghentam seorang menteri persekutuan walhal parti yang beliau wakili adalah menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Begitu juga dengan isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristina di Sg Buloh yang juga telah dijadikan isu perkauman oleh pengadu berbangsa India dan kemudiannya di eksploitasi oleh pemimpin pembangkang berbangsa India. Rakyat juga tidak lupa bagaimana pemimpin politik pembangkang daripada kaum India juga bertahun lamanya menggunakan kematian penjenayah A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan untukmenyerang dan memfitnah kerajaan.

Sudah tiba masanya kerajaan tidaklagi menunjukkan sikap terlalu berlembut atau sikap prihatin yang keterlaluan kerana pembangkang akan terus 'pijak kepala'untuk mendapat sokongan. Akibatnya imej kerajaan akan terjejas dan keyakinan rakyat akan terhakis. Kerajaan seharusnya menggunakan perundangan yang adil untuk berlaku adil terhadap semua kaum tidak mengira agama atau budaya tetapi pada masa yang sama mesti juga bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang berselindung disebalik isu hak asasi manusia atau agama untuk menggugat kestabilan negara.

Inilah yang cuba dilakukan oleh Surendran dan pemimpin-pemimpin pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan pro pembangkang yang akan terus menyalahguna kebebasan bersuara untuk mencipta fitnah berbaur perkauman. Sebagai sebuah negara berbilang kaum,agama dan budaya, sedikit api perkauman yang dinyalakan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab boleh membakar hangus fabrik masyarakat majmuk yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan damai di bawah kerajaan Barisan Nasional. Pembangkang akan terus memainkan irama perkauman dalam nyanyian politiknya untuk meraih undi dan mereka tidak peduli sama ada negara akan hancur atas perbuatan mereka itu. Perkara ini harus ditangani segera dan secara serius sebelum nasi menjadi bubur.

Thursday, November 14, 2013

Antara Adab dan Politik dan Adab Berpolitik

Kecoh di laman-laman sosial mengenai seorang artis tersohor menegur seorang Menteri muda.  Mungkin politik Malaysia sudah benar-benar ketandusan isu sehinggakan perkara sebegini juga dijadikan isu.   

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa akhir-akhir ini, dunia politik dan dunia hiburan seolah-olah sedang bersaing dari segi merebut tempat dalam carta populariti.  

Suatu ketika dahulu, dunia hiburan dilihat sebagai dunia gelap golongan bahawan manakala dunia politik pula adalah tempat orang-orang terhormat, yang bijak dan berpandangan jauh yang mampu memimpin dan membawa negara ke hadapan. 

Entah kenapa, kedua-dua dunia ini hari ini telah mengalami pertembungan.   Kedua-duanya penuh dengan skandal dan lumpur dan kedua-duanya menyaksikan perlumbaan populariti yang memualkan.  Hari ini kita lihat pak-pak Menteri dan artis bagaikan sama saja dari segi ‘gila glamour’. 

Lebih malang bagi Malaysia ialah apabila artis tampak lebih bijak dari Menteri.   Artis juga lebih berhemah dan terhormat berbanding Menteri.  Malah artis pula terpaksa menegur Menteri. 

Jika artis perlu membuat kenyataan kontroversi untuk menarik perhatian, maka menteri juga menggunakan taktik yang sama untuk menonjolkan diri.  Sang Menteri akan bercakap apa sahaja asalkan dapat menempelkan muka di akhbar. Akhirnya, keluarlah kenyataan-kenyataan yang kurang bijak dan tidak bijak langsung dari mulutnya. 

Sebagai seorang yang bertaraf pemimpin dan seringkali mendabik dada sebagai ‘bijak’, kita menjangkakan respon yang matang dari sang Menteri setelah ditegur oleh artis itu.  Bagaimanapun, beliau nampaknya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membiarkan sahaja penyokongnya menyerang balas. 

Sikap mendiamkan diri sedang isu terus hangat menunjukkan keangkuhan Menteri tersebut, sekali gus membangkitkan rasa muak di kalangan rakyat terhadap gelagat penyokong yang sanggup berkata apa saja demi membela pemimpin mereka. 

Mungkin sang Menteri enggan melayan teguran seorang artis kerana menganggap artis sebagai orang bawahan.  Namun, itu hanyalah anggapan beliau.  Anggapan rakyat pula, artis tersebut lebih berhak dihormati kerana terkenal dengan adab sopan serta kerja kerasnya untuk berjaya sedangkan sang Menteri pula terkenal dengan tidak perlu berbuat apa-apa untuk menjawat jawatannya. 

Apa yang berlaku telah mengalihkan isu daripada isu sebenar iaitu ‘bolasepak’ kepada isu adab.  Manakala daripada isu adab pula kini dikaitkan dengan politik.   Semuanya bertitik tolak dari sikap tidak tahu adab berpolitik di mana semua perkara ingin dipolitikkan atau digunakan untuk kepentingan politik. 

Jika sang Menteri kurang beradab, itu mungkin merupakan masalah yang berpunca dari cara didikan di rumah dan merupakan masalah peribadinya.  Tetapi jika Menteri tidak tahu adab berpolitik, maka kelam kabutlah negara hanya kerana sang Menteri ingin mencari publisiti. 

Matlamat politik adalah untuk memastikan negara dapat berfungsi dengan baik bukannya untuk mencari populariti.  Politik itu sendiri membawa bersamanya peraturan.  Manusia yang bertamadun sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengikut peraturan.   Tanpa peraturan dan adab, manusia akan kembali ke zaman jahiliah. 

Justeru, seorang pemimpin yang memikul tanggungjawab untuk membawa negara ke hadapan wajib mempunyai adab sopan yang tinggi. 

Di dalam Islam, adab melambangkan darjat yang tinggi.  Kegagalan memahami semua ini menjadikan dunia politik Malaysia dipandang semakin rendah dan semakin hina setiap hari