Thursday, October 18, 2012

Sah Air Empangan Semakin Cetek! Empangan Sungai Selangor: Tiba Masa Rakyat Bangkit Ambil Tahu

KUALA KUBU BHARU - Situasi kehilangan air mentah di Empangan Sungai Selangor kini sudah sampai ke peringkat yang mana rakyat negeri itu perlu memberi perhatian secara serius.

Ini memandangkan tahap air di empangan berkenaan semakin berkurangan walaupun hujan turun dengan lebat di kawasan Lembah Kelang sejak beberapa hari lalu.

Kuasa rakyat perlu diketengahkan pada peringkat ini bagi mencapai satu penyelesaian muktamad dalam isu air Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya mengakui kekurangan air mentah di negeri itu apabila tampil dengan idea-idea seperti pembenihan awan dan teknologi membran yang belum terbukti sepenuhnya dari Kanada.

Beliau cuma tidak mahu bersetuju dengan rancangan Kerajaan Persekutuan yang mahu membina Loji Langat 2 melibatkan pemindahan air dari Pahang.

Ini jelas politik semata-mata.
Namun, situasi air di Empangan Sungai Selangor pada hari ini yang berada pada tahap 200.4 juta meter padu berbanding 200.6 juta meter padu pada 2 Oktober lalu menunjukan berlaku pengurangan 200,000 meter padu air di empangan tersebut meskipun hujan turun setiap hari di sana.

Keadaan aneh ini sedikit membimbangkan meskipun kerajaan negeri berulang kali memberikan gambaran seolah-olah tiada sebarang masalah di empangan itu.

Kenyataan lunak oleh pemimpin kerajaan negeri bukan penyelesaian terbaik kepada bala air yang sedang menanti Selangor.

Tinjauan Mynewshub.my petang ini ke empangan itu sekali lagi menunjukkan bacaan jumlah penyimpanan air terus menyusut.

Untuk rekod, Empangan Sungai Selangor menyalurkan bekalan air untuk pengguna di Lembah Klang dan kawasan Rawang mampu menyimpan bekalan air mentah yang maksimum kira-kira 235 juta meter padu.

Tetapi, bacaan meter air semakin berkurangan sejak beberapa bulan pada tahun ini dan bakal menjadi kritikal sekiranya ia menyusut kepada 190 juta meter padu.

Pada 2 Oktober lalu, Mynewshub.my melaporkan air di empangan itu menunjukkan bacaan meter air berada pada bacaan 200.6 juta meter padu.

Namun, pada hari ini, sebanyak 200,000 meter padu air dicatatkan susut dari bacaan awal tarikh tersebut dalam masa hanya 15 hari sahaja.

Jadi, bacaan meter terbaru air empangan itu adalah sebanyak 200.4 juta meter padu.
Kalau dilihat pada jumlah bacaan air yang menyusut, jumlah itu boleh dikatakan tidak terlalu besar.

Namun, dengan keluasan kawasan empangan yang besarnya lebih kurang 600 hektar, jumlah penyusutan itu memang jelas terlalu banyak.

Ini kerana, penggunaan air bagi hampir 60 peratus rakyat dan industri di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya meningkat setiap hari.

Untuk itu, Mynewshub.my mendedahkan penurunan bacaan meter air pada gambar yang boleh dibezakan pada tarikh 2 Oktober dan 15 Oktober, hari ini.

Selain itu, perbezaan keadaan Empangan Sungai Selangor dapat dibezakan dengan keadaan pada beberapa tahun sebelum ini.

Seperti penulisan mengenai empangan itu di blog www.kujie2.com, penulis blog itu juga memaparkan beberapa keping gambar yang menunjukkan perbezaan keadaan Empangan Sungai Selangor pada tahun 2010 dengan tahun ini.

Menurut tulisan di blog itu, penulis tersebut ternyata terkejut dengan keadaan yang berlaku pada empangan besar itu yang memakan masa bertahun untuk airnya penuh.

Mynewshub.my juga paparkan gambar perbezaan keadaan ketika air empangan penuh di jambatan berhampiran perkampungan orang asli di Kampung Pertak yang dahulu penuh tetapi kini lesu.

Mungkin masih lagi ada pihak-pihak tertentu yang memikirkan krisis air yang sedang berlaku sekarang ini adalah tidak benar dan sengaja diada-adakan.

Malah, mungkin juga ada rakyat yang tidak ambil tahu masalah yang sedang kerajaan Persekutuan selesaikan.

Namun, harus diingatkan, sekiranya tiada langkah atau sebarang tindakan awal diambil untuk mengatasi krisis air, krisis air yang berlaku pada tahun 1998 bakal berulang kembali.

No comments: