Dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa 20 pemimpin kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat sekiranya parti tersebut berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 nanti.
Walaubagaimanapun, senarai nama mereka yang dijangka dilantik tidak disebut tetapi menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air, disamping memberi peluang kepada anggota parti yang berpotensi.
Pengumuman ini, seperti dijangka, telah ditempelak DAP kerana ianya tidak pernah dibincangkan langsung dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.
Mana tidaknya kerana DAP sendiri telah pun menyenaraikan 30 pemimpin dan anggota parti itu bagi mengisi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya. Namun, perkara ini belum dibawa ke mesyuarat PR memandangkan Anwar belum menetapkan agenda khas untuk membincangkannya setakat ini.
Lebih menarik lagi, sumber-sumber dalaman parti PAS juga memberitahu bahawa PAS sendiri telah menyediakan senarai nama 30 orang pemimpin dan anggota parti itu untuk dikemukakan ke mesyuarat PR sebagai bakal Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.
Nampaknya, parti-parti sekutu PR masing-masing ‘menyimpan’ sendiri nama-nama bakal Menteri dan Timbalan Menteri yang akan mereka lantik tanpa mendedah atau berkongsi maklumat walaupun sesama sendiri. Kerana itu, PR masih gagal mengenalpasti ‘bayang-bayang’ mereka yang boleh disenaraikan dalam Kabinet Bayangan sehingga kini.
Bagi sebuah parti yang begitu kemaruk, tidak sabar dan tidak tertahan-tahan lagi untuk menjadi pemerintah, kegagalan PR mengumumkan Kabinet Bayangan sehingga ke saat ini amatlah pelik. Sedangkan mereka cukup maklum bahawa Pilihanraya akan diadakan bila-bila masa saja dalam waktu terdekat ini.
Sebenarnuya, masalah PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan bukan hanya terletak kepada kesukaran untuk mencari calon yang layak dan sesuai, tetapi yang lebih kritikal ialah untuk mendapatkan persetujuan semua pihak dari semua parti sekutu dari segi calon dan juga jumlah wakil dari setiap parti.
Anwar sebagai PM tidak mungkin boleh mengumumkan tiga kabinet berasingan kerana ia akan menyebabkan memerintah dan mentadbir negara menjadi sesuatu yang mustahil. Justeru, Anwar tidak ada pilihan selain dari mempertimbangkan semua nama-nama yang disenaraikan oleh kesemua parti untuk jawatan kabinet.
Jika ini berlaku, maka kabinet PR pastinya akan tercatat dalam sejarah sebagai kabinet paling besar dengan sekurang-kurangnya 80 Menteri dan Timbalan Menteri. Ia juga pasti akan direkodkan sebagai yang paling membazir dalam sejarah.
Dengan begitu ramai Menteri, Anwar mungkin boleh ‘merekacipta’ berbagai portfolio baru atau memecahkan satu-satu portfolio kepada beberapa bahagian. Contohnya, tiada lagi Menteri Pengangkutan secara umum, tetapi akan diwujudkan Menteri Kereta, Menteri Kapal Terbang, Menteri Motorsikal atau Menteri Jet Peribadi.
Mungkin ini saja penyelesaian yang logik bagi Anwar untuk memastikan pakatan pembangkang tidak bertelagah apabila memerintah.
Namun begitu, di sebalik kesukaran PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan, satu perkara yang tidak kurang kritikalnya bagi parti itu ialah sikap bakal Perdana Menteri mereka sendiri, iaitu Anwar Ibrahim, yang cenderung menjadi kuku besi.
Perhatikan bagaimana Anwar dengan selamba telah mengumumkan 20 orang Menteri dari parti PKR tanpa meminta pandangan atau berbincang dengan DAP mahupun PAS. Anwar seolah-olah ‘terlupa’ akan tanggungjawabnya untuk mendapatkan persetujuan semua.
Belum pun menjadi Perdana Menteri, sudah terserlah sikap kuku besi Anwar. Bayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti. PAS mungkin tidak punya pilihan selain dari mengangguk dan mengiakan segala perintah Anwar kerana kepimpinan parti tersebut telah 90% dipengaruhi puak Anwarinas.
Tetapi, bagaimana dengan DAP yang begitu yakin bahawa Anwar berada dalam genggaman mereka?
Apakah DAP pasti yang mereka mampu menguasai Anwar nanti? Apakah DAP pasti yang segala rahsia gelap Anwar yang ada dalam tangan mereka mampu mengikat Anwar? Tidakkah DAP sedar bahawa segala rahsia gelap Anwar sudah pun menjadi rahsia umum seluruh dunia? Oleh itu, apakah rahsia tersebut masih mempunyai nilai peras-ugut?
Hakikatnya, kesukaran PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan ini telah membantu memudahkan rakyat untuk membayangkan keadaan negara di bawah pemerintahan mereka; iaitu kacau bilau dan huru-hara dengan begitu ramai Menteri dan begitu ramai pula yang berperanan sebagai dalang kepada Perdana Menteri yang kuku besi.
beruang biru
No comments:
Post a Comment