PYBK
telah memenangi kes ini di mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR
Selangor cuba mencampuri urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah
tersebut dengan cara kotor.
PYBK
adalah anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang bertanggungjawab
mengadakan program-program kebajikan serta menyediakan bantuan serta sumbangan
kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin.
Syarikat ini boleh dikatakan berjaya kerana sehingga kini ternyata ia
mampu menjana modal bagi menampung program-program kebajikan yang
diadakan.
Pembinaan
UiTM di atas tanah tersebut juga tentunya menepati objektif syarikat iaitu
untuk membantu rakyat miskin kerana universiti itu merupakan antara universiti
yang mengenakan yuran paling murah tertakluk kepada pendapatan ibubapa
pelajar.
Berdasarkan
hakikat ini, tindakan kerajaan PR Selangor yang bersungguh-sungguh cuba
mencampuri urusan dan merampas hartanah syarikat tersebut menimbulkan
kemusykilan di kalangan rakyat.
Namun,
kemusykilan ini kini terjawab dengan pendedahan surat YB Elizabeth Wong di
bawah:
Antara
kandunganya:
Dimaklumkan bahawa saya memohon
kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan
Selangor untuk menyerahkan sebahagian tanah milik Yayasan Selangor iaitu
HS(D)/234356 PT 4221 Seksyen 21, Bandar Klang kepada Pusat Kebudayaan
Cina. Diharap pihak YAB Tan Sri Dato’ Seri
maklum akan perkara ini. Perhatian dan
kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sungguh
mudah sekali Elizabeth Wong meminta, atau mungkin lebih tepat mengarahkan
Khalid Ibrahim menyerahkan tanah YBK kepada Pusat Kebudayaan Cina. Dan dari apa yang dicatatkan dengan tulisan
tangan di surat tersebut, iaitu ‘sudah
dibincang, sila uruskan’, menunjukkan yang ianya tidak mendapat bantahan di
pihak Khalid.
Persoalannya,
apakah alasan bagi Khalid mahupun Elizabeth Wong untuk mengambil tanah yang
menjadi hak rakyat miskin melalui YBK, untuk dijadikan sebuah Pusat Kebudayaan
Cina? Atau apakah signifikannya Pusat
Kebudayaan Cina itu sehingga ia layak atau berhak untuk mengambil tanah rakyat
miskin?
Tidak
mustahil yang sebenarnya digusarkan oleh Elizabeth Wong ialah perancangan
pembinaan UiTM di tanah itu kerana kita sedia maklum akan pandangan serong kaum
Cina terhadap universiti yang sinonim dengan bangsa Melayu ini. Sebolehnya, mereka mahu universiti itu
dihapuskan atau dibuka luas kepada kaum mereka, diuruskan secara komersial
tanpa mengambilkira tanggungjawab sosial membantu rakyat miskin.
Atau
mungkin juga ini adalah sekadar salah satu dari ‘ujian’ terhadap Khalid bagi
mengukur tahap ‘kesetiaannya’ kepada kesepakatan PKR dengan DAP iaitu bersedia
berkorban segala hak dan harta benda kaum Melayu untuk diberikan kepada kaum
Cina tanpa banyak soal? Jika ya,
nampaknya walaupun Khalid telah mendapat markah penuh dari segi kesetiaan,
beliau telah gagal dari segi perlaksanaan.
PR
selama ini begitu bangga mewar-warkan bagaimana Khalid yang berlatarbelakangkan
korporat mengambil pendekatan mengurustadbir negeri dengan cara korporat
juga. Melalui pendekatan ini, matlamat
utama ialah keuntungan kepada negeri dari segi kewangan dan bukannya faedah
kepada rakyat keseluruhan.
Dengan
itu, Khalid pastinya melihat tanah YBK yang begitu luas, mampu membawa keuntungan
kepada negeri, tauke-tauke dan pemaju-pemaju berbangsa Cina jika diambil dan dibangunkan
pusat komersial. Bagi Khalid, visi dan
misi YBK untuk menggunakan tanah tersebut bagi menjana faedah bagi rakyat
miskin dilihat sebagai tidak produktif dan merugikan. Apatah lagi dengan tanah di negeri Selangor
yang semakin hari semakin mahal berbanding di era pemerintahan Barisan
Nasional.
Dalam
hal ini, mungkin ada yang merasakan bahawa kenaikan harga hartanah adalah
‘semulajadi’ berdasarkan pasaran.
Namun,
hakikatnya, tanah sebelum ini tidak begitu mahal kerana dasar kerajaan BN
sebelum ini menjual tanah kepada pemaju dengan harga yang tersangat murah bagi
membolehkan pemaju membina rumah yang lebih murah. Tetapi, kerajaan PR hari ini meletakkan harga
tanah mengikut pasaran bagi membolehkan negeri mengaut keuntungan. Dari situ, pemaju kemudiannya terpaksa
meletakkan harga yang jauh lebih tinggi lagi bagi memastikan keuntungan di
pihak mereka pula. Akibatnya, rakyat
dari golongan pendapatan sederhana dan miskin tidak lagi mampu memiliki rumah
walaupun sekadar teres biasa.
Oleh
itu, rakyat Selangor wajar melihat isu tanah YBK ini dari skop yang lebih luas
dan mendalam. Ia bukan sekadar isu tanah
orang miskin yang ingin dirampas oleh kerajaan PR, tetapi ia adalah gambaran
agenda dan taktik DAP yang licik untuk menguasai segala-galanya di Selangor dan
di bumi Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment