Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya Sabtu lepas tanpa berselindung meluahkan kemarahannya dengan menggelar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai pemimpin berlidah panjang berikutan sikap bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dianggap tidak senada dengan pendirian parti.
Reaksi keras daripada Nik Aziz itu sebenarnya berkait rapat dengan kontroversi terbaru membabitkan Nasharudin yang dalam ucapannya minggu lalu, secara terbuka telah menegur sikap sesetengah orang Islam yang terlampau mendahulukan matlamat mengejar kuasa hingga mengabaikan prinsip Islam itu sendiri.
Bekas Timbalan Presiden PAS itu, dalam ucapannya di PWTC ketika Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah juga telah mengkritik tindakan pihak tertentu yang memandang enteng isu kesatuan ummah terutama sekali membabitkan penyatuan UMNO dan PAS.
Walau dibaca berkali-kali ucapan Nasharudin itu, tiada satu pun yang bertentangan dengan ajaran Islam tapi peliknya ia begitu menyakitkan hati Mursyidul Am PAS sehingga tergamak memanggil pemimpin separti dengannya sebagai berlidah panjang.
Jelas sekali, Nik Aziz sudah tidak dapat menahan sabar melihat tindak-tanduk Nasharudin yang berterusan melontarkan pendapat dan idea berkaitan perpaduan sesama Islam, seolah-olah bagi Nik Aziz isu-isu sedemikian tiada maknanya disaat PAS begitu kemaruk mahu mengejar kuasa.
Barangkali bagi Nik Aziz, kerjasama PAS dengan DAP yang kini berpeluk erat dan berdakap sakan itu terlalu mulia untuk dipertikaikan, sementelah lagi Nik Aziz sendiri mengakui tanpa DAP amat sukar untk PAS menggapai puncak kuasa yang diangan-angankan.
Hanya kerana Nasharudin menegur partinya sendiri yang semakin terkeluar dari landasan prinsip Islam, beliau digelar berlidah panjang. Dek kerana Nasharudin pernah menemani Perdana Menteri dalam pertemuan mesra dengan para ulama Arab Saudi, beliau dihalau keluar dari PAS oleh Mursyidul Am PAS.
Nasharudin bukanlah orang pertama yang pernah diremehkan maruahnya dengan gelaran sedemikian. Para ulama kerajaan sendiri suatu ketika dulu pernah digelar sebagai 'ulama haid dan nifas' oleh Nik Aziz, manakala Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri pernah dihamburkan dengan doa pelik oleh Nik Aziz supaya perut PM pecah berterabur isi dalamnya.
Malah Nik Aziz juga pernah melabel ulama-ulama pro UMNO gelaran syaitan bisu, ulama terompah kayu dan lain-lain panggil buruk yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang manusia yang mengaku sebagai 'tok guru dan ulama'.
Orang ramai tak pelik kalau gelaran-gelaran jelik sebegitu tersebut keluar dari mulut penyokong bawahan atau orang biasa yang cuma menjadi pengikut parti politik, tapi bila ucapan buruk sebegitu keluar dari mulut sang pemimpin yang mengaku 'ulama', memang pelik bin ajaib.
Hakikatnya, masalah tutur kata buruk dan kelancangan mulut Nik Aziz sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa pun. Itulah reputasi hakiki Nik Aziz sejak sekian lama.
Bagi sebahagian besar rakyat Kelantan, imej Nik Aziz sebagai pemimpin bermulut berus telah lama disedari ramai.
Bagi orang Kelantan istilah 'mulut berus' selalunya dikaitkan dengan seseorang yang lancang mulutnya, kerap mengata pada orang lain , tutur katanya pula hodoh dan lebih banyak menyakitkan hati berbanding memberi pedoman pada pendengarnya.
Cuba anda semua tulis perkataan 'mulut berus' pada engin carian Google kemudian klik pada tab imej, pastinya gambar-gambar Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat kelihatan di dua barisan teratas paparan keputusan.
Itulah reputasi sebenar Nik Aziz, sejak dulu lagi sudah sinonim dengan sebagai pemimpin bermulut berus, gemar menggelar orang lain dengan gelaran buruk disamping cukup sinonim dengan perangai buruk suka memperlekehkan sesama Islam.
No comments:
Post a Comment