Dinasti Lim yang menerajui DAP untuk sekian lama kini mungkin akan berhadapan dengan cabaran dalam Kongres National Parti tersebut yang dijangka diadakan di pertengahan Disember 2012. Jika DAP gemar mengingatkan BN tenang perubahan minda rakyat, maka mereka seharusnya bersedia untuk menghadapi perkara yang sama di dalam parti sendiri.
Justeru, mahu tidak mahu Dinasti yang telah lama berkuasa ini terpaksa menerima hakikat bahawa zaman telah berubah dan ahli-ahli DAP telah melalui proses perubahan minda.
Hari ini, kepimpinan cara kuku besi atau mengilas tangan secara halus tidak lagi mampu menjamin kekuasaan yang berterusan.
Antara yang dijangka mencabar Lim Guan Eng untuk jawatan Setiauasaha Agung parti ialah Teng Chang Khim iaitu speaker DUN Selangor dan juga Ahli Jawatankuasa parti.
Bukan rahsia lagi bahawa Teng Chang Khim adalah antara individu yang berani menentang arahan ataupun mempersoalkan tindakan pemimpin tertinggi parti itu. Beliau dikatakan membawa suara akar umbi yang semakin meragui Dinasti Lim dan pemimpin-pemimpin atasan DAP yang dilihat sebagai semakin kehilangan ‘melampau’ sejurus berjaya merampas Pulau Pinang dari BN.
Bukan sahaja sikap angkuh pemimpin atasan yang menjadi rungutan akar umbi tetapi juga ketelusan dan kecekapan mereka mula menjadi tandatanya. Segala kelemahan mereka kini terdedah luas apabila mendapat berkuasa, sedangkan sebelum ini mereka hanya pandai mengkritik dan menghentam orang lain sahaja.
Sumber dalaman memberitahu bahawa pengaruh Chang Khim agak hebat juga. Tambahan pula, kebencian akar umbi terhadap Lim Guan Eng semakin meningkat sehingga mampu menggugat kesetiaan mereka kepada parti. Kebanyaan ahli merasa gusar sekiranya Pakatan Rakyat menang, dan Dinasti Lim terus menjadi peneraju parti maka pastinya, kuasa yang lebih akan meningkatkan lagi keangkuhan mereka sekali gus menjadikan mereka semakin sukar untuk dijatuhkan.
Perkembangan ini cukup disedari oleh Lim anak beranak dan mereka juga dikatakan giat mengatur langkah untuk menyelamatkan diri. Namun, dari apa yang dikhabarkan, kemungkinan besar mereka tidak akan mampu melawan kebangkitan akar umbi kerana enggan menerima teguran dan sukar untuk menukar sikap angkuh yang telah sebati dalam keluarga mereka.
Justeru, tidak mustahil Kongress DAP kali ini akan menjadi titik awal kejatuhan Dinasti Lim. Mungkin ini kedengarannya agak mustahil, tetapi semakin mustahil ia kedengaran, semakin jelaslah bahawa segala tuduhan kuku besi dan angkuh terhadap keluarga itu adalah benar belaka.
Dan apabila semakin jelas keburukan keluarga tersebut dapat dilihat oleh akar umbi, semakin tidak mustahil yang mereka akan berjaya dijatuhkan juga akhirnya dalam Kongres kali ini.
No comments:
Post a Comment