bayangkanlah mee goreng sepinggan yang harganya rm3.50 sekarang dah naik rm4.00 hingga rm4.50 sepinggan. kedai tu pulak tak bersewa dan tak ada lesen premis boleh pulak naikkan harga makanan. tu salah satu contoh, satu lagi contoh harga produk kicap yang femes la juga, dah naik sampai rm5.00 lebih sebotol yang dulunya cuma rm3.00 lebih je. tak tahu pula kedai-kedai makan, atau kedai-kedai barangan yang lain-lain. barangan dinaikkan oleh peniaga-peniaga tapi kenapa kerajaan yang disalahkan. kerajaan cuba memantau harga barangan tetapi masih ada yang tamak. begitu juga dengan cukai sepatutnya peniaga yang membayar cukai kerana berniaga kenapa pula nak 'cukai' dari pelanggan pulak. itu pun kerajaan juga yang disalahkan. dah tentulah pihak pembangkang ambil kesempatan memutar belitkan keadaan. ~BB
No comments:
Post a Comment