Friday, June 3, 2011

Kesedaran Sivik Dalam Masyarakat


Gejala vandalisme dan gejala sosial dikalangan remaja@generasi muda sekarang menjadi serius dan mungkin bertambah buruk jika tidak dibendung@disekat. Agak-agak kenapa jadi macam ni?

Jika kita imbas kembali zaman persekolahan dulu, kita kaya dengan adab sopan, saling menghormati, mengambil tahu tentang sejarah negara, menghayati rukun negara serta budaya bangsa. Tak lain tak bukan dulu di sekolah ada mata pelajaran tata rakyat yang mana mendidik masyarakat dari peringkat sekolah rendah hinggalah menengah dan diajar dengan penuh disiplin. Dan tidak dinafikan sesetengah masyarakat masih mengamalkannnya hingga kini. Kemudiannya ditukarkan kepada nama lain iaitu sivik yang mana ianya sama dipraktikkan oleh semua bangsa tanpa kira agama apa sekali pun. Pendekatan mata pelajaran sivik ini sedikit sebanyak berjaya mendidik masyarakat untuk saling menghormati antara satu sama lain.  Kalau dulu pengetahuan agama Islam boleh juga dipelajari oleh pelajar yang bukan Islam sebagai pengetahuan.

Kemudian mata pelajaran sivik tiba-tiba ditukar dengan pendidikan moral yang mana dikhaskan untuk pelajar yang bukan Islam. Sedikit sebanyak menjauhkan masyarakat dari terdidik untuk menjadi masyarakat yang berkualiti dengan adap sopan, budaya  saling menghormati serta kurang menghayati kenegaraan apatah lagi mengingati sejarah negara. Perkara inilah yang mewujudkan masyarakat sekarang (generasi kini) yang kurang @tidak mempunyai budaya murni ini.

Sebaik-baiknya kementerian pelajaran Malaysia harus kaji semula untuk mengadakan kembali mata pelajaran sivik ini sekolah-sekolah agar dapat menanam sifat-sifat murni kepada masyarakat muda masa kini. Juga, agar jiwa kenegaraan dapat dipupuk dalam jiwa mereka selaras dengan identiti sebagai Warganegara Malaysia. Mereka ini juga perlu diajar dengan penuh disiplin dan ditekankan begitu pentingnya mata pelajaran sivik ini bagi mengikis gejala vandalisme dan gejala sosial, serta dalam melahirkan generasi yang berkualiti serta cintakan perpaduan dan kemakmuran negara.

Dulu-dulu, cikgu gunakan rotan untuk mendisplinkan anak murid dan kaedah itu berjaya membentuk mereka menjadi seseorang yang berguna. Pada masa itu juga, cikgu merotan tidaklah sampai mendera anak muridnya. Anak murid pula makin hormat kepada cikgunya.

Berbanding masa kini, kalau cikgu merotan anak murid, ibubapa pula marah pada cikgu kata cikgu dera anak mereka. Dan lagi jika cikgu yang merotan pula memang ada yang mendera ikut nafsu kemarahan.

Di mana silapnya? Dan cara bagaimana lagi yang berkesan supaya kedua-dua pihak boleh saling menghormati antara satu sama lain?

mohon diperbetulkan sekiranya terdapat kesalahan . terima kasih. - belimbing -

1 comment:

Anonymous said...

bagus sangat berguna untuk saya.thanx..