Tuesday, June 21, 2011

Pemimpin pengacau belum tentu bersih

Surat

2011/06/21

APA sebenarnya yang mereka inginkan? Sebuah negara aman dan tenteram. Rakyat berbilang kaum hidup bersama mencari rezeki antara satu sama lain dan menjalankan ibadat tanpa sebarang gangguan? 

Tetapi kenapa pula tiba-tiba muncul usaha mengadakan perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau yang mahu merosakkan semua apa yang dikecapi oleh rakyat di bumi bertuah ini dengan demonstrasi, rusuhan jalanan dan provokasi yang mengakibatkan kerosakan harta benda, kerugian peniaga semata-mata kerana inginkan negara lebih aman dan tenteram?Berilah contoh kepada kita semua, apakah akibat negara yang mengadakan demonstrasi? Adakah negara terbabit semakin aman? Adakah negara berkenaan semakin makmur dan kehidupan menjadi lebih baik daripada sebelumnya?


Ada antara negara Islam yang tidak putus-putus dengan masalah demonstrasi sehinggakan kes sekecil kecurian kereta pun menyebabkan kehancuran satu pekan. 
Di Thailand kita melihat demonstrasi yang sampai sekarang tidak membawa apa-apa makna, melainkan penyesalan selama-lamanya. 

Di Malaysia, kelibat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lama membosankan untuk diperkatakan. Kini muncul watak baru, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang pernah diangkat menjadi hero Palestin. 

Motif kempen kumpulan pengacau ini tidak lebih daripada meraih perhatian kelibat wartawan antarabangsa yang sentiasa mencari peluang untuk memberikan imej buruk kepada negara Islam di mata dunia. Demonstrasi jalanan diambil sebagai isu untuk diketengahkan kepada dunia, khususnya Barat, seolah-olah tiada tempat yang selamat lagi di dunia Islam. 
Tidak perlulah kita berkata mereka sebenarnya mahukan keadilan, kebersihan dan ketelusan kerana mereka sendiri terutama pemimpin mereka belum tentu bersih. 

Sesungguhnya ada satu kelompok besar yang melihat isu ini sebagai tonik baru untuk menangguk di air keruh. Perpecahan umat Islam akan memberikan peluang amat besar bagi kelompok ini menjanjikan sesuatu yang jelas, akhirnya menjadikan Melayu merempat di bumi sendiri. Kalaulah anda boleh memahami maksud saya. Semoga Allah melindungi kita semua. 

PEMERHATI BEBAS,
Kampung Kipaku, Tambunan.
 


sumber : Berita Harian Online 


---------

Tak perlu untuk mengadakan perhimpunan yang akhirnya memudaratkan rakyat sendiri. Sebenarnya banyak saluran untuk menyalurkan apa jua tuntutan/suara yang mungkin boleh dipertimbangkan. Tapi apakah nanti jika tuntutan itu telah dipenuhi, mereka-mereka ini mahu menyokong Kerajaan?

Bukankah MP mewakili suara rakyat di Parlimen utk kemajuan negara & menuntut kebajikan rakyat. Jika 20 juta rakyat turun bersama BERSIH sekalipun , segala kelulusan seperti yg dituntut oleh BERSIH mesti dibahas di Parlimen. Bukankah PR mempunyai MP yg hebat2. Nanti orang sindir kita iaitu " BERANI BERKUKUK DILUAR GELANGGANG , TAPI TAKUT DIDALAM GELANGGANG" atau " SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT ".

No comments: