Realitinya yang perjuangkan untuk orang-orang Melayu dan pertahankan agama Islam adalah dari kalangan orang-orang UMNO dan juga NGO yang sokong Kerajaan Malaysia. Dah lah susah nak bertungkus lumus nak senangkan rakyat, tetap dituduh menyusahkan rakyat. Aku pun macam tak faham dengan rakyat sekarang ni, dah dapat kemudahan pun masih tak puas lagi. Asyik minta, minta dan minta. Jauh sekali nak ucap terima kasih atas apa yang mereka dapat, malah menyalahkan lagi Kerajaan.
Rakyat di Malasyia ni terlalu manja. Kita tak boleh nafikan Kerajaan yang banyak bantu rakyat dari dulu hingga sekarang. Cuma ada sebahagian rakyat yang tidak mahu memandang budi Kerajaan, yang hanya nampak di mata mereka Kerajaan tidak penuhi apa yang mereka inginkan, walhal mereka telah nikmati semenjak dilahirkan. Sepatutnya kita bersyukur kerana kita berada di bumi yang sama sekali tidak menindas rakyat. Malangnya ada suara-suara yang menjadi batu api melaga-lagakan rakyat dengan Kerajaan sehingga menutup segala kebaikan dan jasa Kerajaan terhadap rakyat.
Kerajaan yang macam mana lagi yang rakyat mahukan? Adakah Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang diragui ketelusan hati budinya untuk memimpin rakyat? Adakah Kerajaan yang diterajui oleh pemimpin yang hanya pentingkan suara sendiri dari suara rakyat dan 24 jam asyik bertikam lidah dalam hal politik tanpa bekerja untuk rakyat? Adakah Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang sekadar berpura-pura di depan rakyat, walhal di belakang menggap rakyat adalah bebannya? Adakah Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang hanya memberi bantuan sekadar untuk jangka masa pendek lalu meraih nama? Itukah yang kita mahu?
No comments:
Post a Comment