Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts

Friday, March 14, 2014

Wan Azizah Tidak Tahu Bagaimana Mendamaikan Khalid-Azmin

Sempena Pilihanraya Kecil Kajang, Malaysian Insider telah memaparkan wawancara bersama calon PKR, Dato’ Seri Wan Azizah yang bertajuk ‘Kenapa Saya Menggantikan Anwar Sekali Lagi’. 

Jika wawancara itu diharapkan dapat menaikkan imej Wan Azizah serta menarik sokongan terhadapnya, maka ia pastinya gagal sekiranya pengundi dapat berfikir dengan rasional. 

Ini kerana Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau sebenarnya kurang berminat atau ‘berat’ untuk aktif berpolitik setelah menyerahkan kerusinya di Permatang Pauh kepada Anwar.   Kenyataan ini jelas memperlihatkan sikap beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus menjadi Presiden parti walaupun pada hakikatnya beliau ‘sudah tidak ada hati’.     

Secara tidak langsung, Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau hanyalah boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang penguasaan Anwar Ibrahim di dalam PKR. 

Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang beliau akan dicalonkan di Kajang.  Alasannya ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan memandangkan namanya disebut sebagai calon.  Kedua kenyataan ini jelas tidak konsisten atau bercanggah sesama sendiri.   Mana satu yang betul, iaitu beliau tidak tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu? 

Apapun, kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang Presiden parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya Kecil juga tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya. 

Menurut Wan Azizah, objektif bertanding di Kajang ialah Putrajaya.  Strateginya ialah untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti kelayakan PR untuk menjadi pemerintah.  Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah mahupun PR langsung tidak punya apa-apa perancangan untuk Kajang.  Niat parti itu mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan tidak sekali-kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang. 

Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu bahawa beliau percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar ‘ketidakadilan’ keputusan mahkamah terhadap suaminya.   

Maka jelaslah,  Wan Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong suaminya dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.  

Akhir sekali, Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi ‘pendamai’ antara Khalid dan Azmin?   Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak tahu.  Jawapan ini sekali gus menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.

Setiap jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Malaysian Insider di dalam wawancara ini hanya membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak wajar dipilih sebagai ADUN.  Hakikatnya, tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang surirumah, sejak dari awal lagi.  Beliau tidak harus menjadi Presiden PKR dan tidak harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana kawasan pun.  Apatah lagi jika ingin menjadi Menteri Besar Selangor. 

Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya.  Beliau meletak jawatan bila disuruh, bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi arahan dan tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya.  Oleh itu, memilih Wan Azizah sebagai ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang, tetapi juga untuk dirinya sendiri. 

Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang akan memimpinnya sekiranya Anwar ke penjara nanti?


Wednesday, March 5, 2014

UMNO Guna Mahkamah Untuk Ganggu Kempen Anwar Di Kajang?

Ibarat anjing gila yang sedang tersepit, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semalam menyalak sakan menyalahkan UMNO/BN yang dikatakan sengaja menggunakan mahkamah untuk mengganggu aktiviti kempennya di Kajang.

Paling menarik, kenyataan Anwar itu turut disokong oleh beberapa pemimpin pakatan dan para pencacai yang jelas ‘tolol’ kerana cuba menipu rakyat dengan menyembunyikan fakta yang sebenar.

Secara umumnya, masyarakat mengetahui kes liwat yang melibatkan Anwar ini bukanlah merupakan kes baru kerana ia telah berjalan sejak sekian lama. Namun ekoran tindakan Anwar takut dengan bayang-bayang sendiri, dia terpaksa mencari dan mereka-cipta seribu satu alasan agar dapat digunakan untuk menangguhkan kes tersebut.

Malah menurut rekod sepanjang tempoh perbicaraan, mahkamah terpaksa menangguhkan kes ini sebanyak 69 kes dan 5 kali lagi sepanjang tempoh rayuan yang bermula pada 20 Januari 2012.

Oleh itu, di manakah rasionalnya untuk mengatakan kes ini digunakan untuk menyekat kempennya di Kajang? Tambahan pula pilihan raya kecil Kajang (PRK Kajang) ini, dilakukan ekoran tindakan biadab PKR yang cuba mengheret rakyat dalam kancah perebutan kuasa yang berlaku di dalam parti itu.

Persoalannya ialah, mengapa Anwar begitu takut untuk berdepan dengan kes ini sekiranya betul dia tidak bersalah? Tambah menghairankan apabila Ketua Pembangkang seolah-olah tidak berani untuk berdepan dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik untuk mengetuai pasukan pendakwaan.

Masakan tidak, sebaik sahaja Shafee dilantik oleh Peguam Negara, Anwar telah mengemukakan 3 permohonan untuk menghalang bekas Pesuruhjaya Suhakam itu mengetuai kes pendakwaan ini. Sedangkan perlatikan secara “fiat” (autoriti beliau) itu, selari dengan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini Anwar gagal dalam cubaan ketiga di Mahkamah Rayuan bagi menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan bahawa peguam kanan itu seorang yang tidak sesuai dan wajar untuk menerima pelantikan memandangkan dia didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melangar Akta Profesion Undang-undang.

Anwar pertama kali mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah tetapi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 November tahun lepas.

Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk M Zain Ibrahim, turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lepas.

Rayuannya di Mahkamah Persekutuan turut ditolak pada 11 Februari tahun ini. Paling mengejutkan, apabila Mahkamah semalam turut bersetuju dan mengkritik Anwar yang dilihat sengaja melambat-lambatkan proses rayuan ini.

Kesimpulannya mudah, sekiranya Anwar berani berhadapan dengan kes ini secara anak jantan, pasti ia sudah lama diselesaikan


Monday, March 3, 2014

Tanding Timbalan Presiden, Usaha Terakhir Khalid Untuk Kukuhkan Kuasa?

Kononnya ingin memberikan tumpuan terhadap pilihanraya kecil Kajang (PRK Kajang), Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali enggan mengulas isu berkaitan pemilihan PKR yang akan bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini.

"Saya belum buat keputusan (bertanding dalam pemilihan parti), saya mahu fokus di Kajang.

"Tetapi saya ingin menegaskan fokus hari ini ialah memastikan Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar menang bergaya di Kajang," katanya semalam.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengejutkan banyak pihak bila mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti itu, April ini.

Khalid dikatakan mahu berhadapan dengan Azmin yang merupakan penyandang jawatan itu di peringkat parti serta menjadi pengerusi PKR negeri dan yakin akan mampu mengalahkan Azmin dalam perebutan jawatan tersebut.

“Semua pendekar masuk gelanggang, kalau rasa tidak menang, tak masuk. Saya ada kelebihan dari segi track record dalam semua bidang, saya juga jujur dan sangat berdedikasi. Yang lebih penting ialah saya bekerja untuk agenda reformasi dan saya tidak ada agenda peribadi,” katanya lagi kepada pemberita.

Namun kenyataan Khalid itu dibidas oleh ahli parlimen PKR dari Kuala Langat, Abdullah Sani yang jelas tidak bersetuju dengan alasan yang diberikannya itu.

Ujar Abdullah, seseorang pemimpin serta pentadbir yang baik tidak akan membelakangkan parti selain mengutamakan kepentingan rakyat.

"Track record Azmin jauh lebih baik daripada apa yang dilakukan Khalid. Track record Azmin Ali sebagai pentadbir selama 15 tahun ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kewangan," katanya.

Katanya, rekod Khalid sebelum menunjukkan ADUN Perlabuhan Klang itu telah beberapa kali membelakangkan parti dan terbaru beliau bertindak menandatangai Perjanjian Persefahaman (MoU) berhubung isu air dengan Putrajaya, tanpa memaklumkan hal itu kepada parti.

"Persetujuan dengan Syabas (menjadikan) 37 peratus (tarif) air akan dinaikkan pada 2014. Macam mana dia kata dia 'good administrator’? “soalnya. 

Khalid sebelum ini dikritik pemimpin PKR bersabit tindakannya itu.

Isu bertanding ini timbul, apabila Khalid dan Azmin dilihat saling ‘tikam-menikam’ antara satu sama lain dan pertikaian antara mereka dilihat semakin meruncing sejak lewat tahun lalu. 

Azmin menjadi timbalan presiden PKR sejak tahun 2010 dan tidak lama kemudian menjadi  Pengerusi PKR Selangor, menggantikan Khalid. 

Beliau sering menegur Khalid kerana tidak melaksanakan dasar-dasar parti dalam menguruskan kerajaan negeri. 

Pertikaian berpanjangan itu dikatakan membawa kepada keputusan PKR untuk “memaksa” pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai keadah meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid. 

Menurut sumber, Khalid enggan meletak jawatan sebagai MB secara sukarela, malah mahu menguatkan kedudukannya di dalam PKR, justeru mengambil keputusan untuk melawan Azmin bagi jawatan No. 2 parti. 

“Jika Khalid berundur atau dipaksa berundur sebagai MB, pemilihan PKR adalah  satu-satu opsyen yang tinggal kepada Khalid untuk memastikan beliau masih relevan kepada PKR,” kata sumber itu lagi.  


Friday, February 28, 2014

Saman Pil Kuda, PKR Jatuhkan Maruah Presiden Pas

Para penyokong Pas menyelar kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menggesa agar kes saman malu antara bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang diselesaikan di luar mahkamah.

Kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook ‘Kami Bersama Ulama Muda Haraki’ itu meminta agar kes saman ini diteruskan perbicaraannya di dalam mahkamah, kerana di dakwa ia telah menjatuhkan maruah Hadi selaku Presiden.

“Selesai dalam mahkamah. Kamu dah jatuhkan maruah Presiden kami. Senang-senang nak tarik perhatian penyokong PAS... KAMI DAH TAHU
PERMAINAN KAMU,” tegasnya.

Terdahulu Anwar melalui laman twitternya cuba mengambil jalan selamat untuk memujuk hati para penyokong Pas yang marah dengan tindakan itu dengan menjelaskan kononnya PKR telah meminta agar perkara tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

Dia yang juga merupakan bakal calon untuk kerusi Dun Kajang menjelaskan, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.

“Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi. Kita sedang usahakan,” katanya.

Para penyokong Pas sebelum ini terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Hadi agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun.

Saman tersebut difailkan oleh Shamsul, ekoran dari kenyataan Hadi di dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu. Di dalam ceramah tersebut Hadi dengan lantang menjelaskan sebab mengapa parti itu tetap meletakkan calon Pas untuk bertanding di beberapa kawasan yang turut ditandingi oleh PKR.

Menurutnya, dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram dengan menjual pil kuda.

Menurut Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi di halaman page berkenan, memang terdapat asas, sekiranya PKR menarik balik saman tersebut, kerana takut apabila melihat kemarahan yang ditunjukkan oleh para penyokong dan ahli Pas.

Namun menurutnya tindakan tersebut bukan dilakukan kerana Tok Guru (Hadi), tetapi kerana bimbang jentera Pas memboikot #KajangMove sekaligus menyebabkan kekalahan Anwar.

“Usaha boikot #KajangMove ada asas, sebab jentera Pas lihat PKR bukan nak jaga pun perasaan dan maruah Presiden. Tapi (hanya ingin) guna tenaga dan pengaruh Presiden Pas dalam di Kajang. Saya tak kisah kalau jentera Pas nak boikot sebab ada asas yang kuat,” katanya.


Thursday, February 27, 2014

Azmin Saman Akhbar Suara Keadilan RM 2 Juta?

Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang.

Menurut sebuah portal pro-pembangkang, Azmin dikatakan menyaman akhbar yang merupakan lidah rasmi parti PKR itu sebanyak RM 2 juta, kerana menerbitkan artikel yang memalukannya.

Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan Azmin berhubung isu tersebut gagal, apabila dia tidak dapat dihubungi. Menurut sumber terdekat, ahli parlimen Gombak itu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Terdahulu, akhbar tersebut telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.

Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk ‘Khalid dan Azmin’ itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

“Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.

“Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR”, dakwanya.

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.

“Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB?

“Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

“Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation” dakwa Hishamudin lagi.

Di dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty telah ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.

"Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini. Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya.

Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.

"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat. Buat masa ini belum terima. Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS," katanya lagi.

Kesimpulannya sekiranya isu ini benar, tindakan Azmin ini mungkin sebagai reaksi terhadap cubaan beberapa individu di dalam parti yang cuba membunuh karier politiknya menjelang pemilihan parti itu yang bermula bermula 25 April ini.

  

Hadi Kena Saman, Pas TETAP Sokong Anwar dan PKR

Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Namun apa yang paling memeranjatkan apabila, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut. Mungkin kerana takut kehilangan sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas, Anwar cuba mengambil pendekatan lepas tangan.

Persoalannya apakah ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR)?

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Dia dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

Ekoran kenyataan tersebut Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman terhadap Hadi yang di dakwa telah memfitnahnya. Dia yang masih merupakan ahli PKR mendakwa tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya yang sebelum ini dikaitkan dengan penjualan pil kuda.

Apa yang menghairankan ialah, Anwar selaku Ketua Umum, PKR merangkap Ketua Pembangkang yang mewakili semua parti gabungan di dalam PR, langsung tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Memandangkan dia akan bertanding di kerusi Dun Kajang, Anwar mungkin cuba bermain ‘politik selamat’ untuk tidak campur tangan di dalam kemelut yang sedang melanda itu bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan ahli dan penyokong Pas.

Ini kerana sekiranya dia mengambil pendekatan menyokong Hadi, sudah pasti ia akan mendatangkan kemarahan di kalangan penyokong dan ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Presiden Pas itu. Tambahan pula sokongan Anwar (sekiranya ada), secara tidak langsung akan dilihat sebagai mengiakan semua tuduhan Hadi itu.

Dari sudut Pas pula, keengganan Anwar menyokong Hadi jelas membuktikan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu yang hanya mementingkan diri sendiri. Jadi benarlah tanggapan yang mengatakan Hadi dan Pas hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan demi memastikan kelangsungan politik peribadi Anwar.

Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya sedar dan jujur membuat penilaian sendiri. Apakah perjuangan Pas di dalam pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat atau perjuangan untuk Anwar?

Sokongan berterusan yang diberikan kepada Anwar di Kajang, hanya akan membuktikan bahawa Pas sememangnya parti picisan yang hanya dijadikan alat untuk kepentingan Anwar dan DAP.

Walaupun Hadi dan parti itu dihina dan di perlekehkan, Pas TATAP menyokong PKR, DAP dan makhluk anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.


Friday, February 14, 2014

PKR, PAS HALALKAN TINDAKAN DAP CACI MELAYU, ISLAM

Permainan api perkauman yang sering menjadi fokus utama Dap kini telah memakan dirinya sendiri.


Video Tahun Baru Cina yang dibikin oleh ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, kononnya sebagai satu satira menyindir, perdana menteri dan isteri telah menyerlahkan agenda rasis Dap yang sekarang tersepit dengan helah mereka.

Tindakan enam NGO Melayu menyembelih ayam dan melumurkan darah pada gambar pemimpin Dap dan PKR jelas menampakkan orang Melayu sudah hilang sabar.

Orang Melayu yang seringkali dicabar oleh pemimpin politik rasis seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak mungkin boleh berkompromi lagi dengan asakan demi asakan yang diterima mereka.
Tujuan utama Dap mengeksploitasi isu-isu berkenaan orang Melayu dari hak-hak istimewa, pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, institusi raja, agama dan sebagainya tidak lain tidak bukan adalah untuk menimbulkan keadaan tegang yang boleh membawa kepada konflik antara kaum dan agama.

Tidak cukup dengan tindakan mencetus kontroversi kalimah Allah oleh Guan Eng dia tahun lalu, Dap meneruskan agenda jahat perkaumannya untuk mengutuk dan menyindir kepimpinan Melayu yang menerajui negara.

Semua ini dilakukan oleh Dap atas sokongan dari Anwar Ibrahim dan juga sekutunya, Pas.
Mereka membiarkan Dap melakukan kerosakan kepada keharmonian masyarakat di negara ini dengan memainkan sentimen perkauman dan pada masa yang sama Anwar dan Pas akan menudingkan jari menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan.

Inilah strategi mereka di mana masing-masing akan memainkan peranan tersendiri.
Pas pula akan berfungsi sebagai majlis ulama untuk Dap dan PKR bagi menghalalkan kesemua tindakan pembangkang terutamanya yang berhubungkait dengan orang Melayu dan Islam.

Jika dilihat setakat ini, Pas tidak pernah sekali pun membantah secara keras apa jua tindakan parti itu yang menghina atau mencerca Melayu dan Islam.

Kalau ada sekali pun ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga sebagai  permainan politik silap mata pembangkang.

PKR pula menggunakan isu ketelusan dan pembaziran untuk menghentam kerajaan.
Ini pula adalah strategi untuk menutup pergolakan ang semakin kencang di dalam parti itu sehingga terpaksa mengosongkan kerusi Dun Kajang.

Serampang Kajang sebagaimana yang pembangkang panggil tindakan tersebut sebenarnya adalah satu usaha terdesak Anwar secara peribadi untuk menyelamatkan PKR dan pembangkang.

Kemelut yang melanda Selangor akibat pergaduhan politik antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim pada hakikatnya menggugat kestabilan kerajaan negeri.

Jika Anwar tidak melakukan sesuatu yang drastik dan mengejutkan kemungkinan besar kerajaan negeri PKR-Pas-Dap akan kecundang sebagaimana berlaku di Perak pada 2009.

Ini bukan disebabkan oleh rancangan UMNO atau BN tetapi disebabkan kelemahan pentadbiran dan perebutan kuasa antara dua kelompok dalam PKR.

Pas pula menunggu masa yang sesuai untuk menangguk di air keruh kerana sekiranya Anwar di tolak untuk menjadi menteri besar menggantikan Khalid, Pas akan bergaya besar untuk menduduki kerusi itu.

Samada masih calon PKR atau pun Pas, pasti yang mendapat untung bedsar adalah Dap.

Ini kerana Dap telah berjaya menguasai kedua-dua Pas dan PKR sehingga mereka akan akur kepada setiap permintaan parti rasis itu.

Sehingga kini Azmin dan Khalid masih serang menyerang dan tuduh menuduh antara satu sama lain.
Walaupun nampaknya Khalid tertekan untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar, beliau tidak menunjukkan indikasi panik.

Sudah tentu Khalid juga ada taktiknya tersendiri untuk menyanggah strategi Serampang Kajang untuk menyahkan beliau dari kerusi empuk MB.

Apapun pilihan raya kecil Kajang bakal berlangsung adalah pertandingan hidup mati Anwar dalam usahanya untuk menggilap kembali bintang politiknya yang semakin malap.


Thursday, January 23, 2014

Gempar!!!! PKR Bersetuju Lucutkan Jawatan Khalid Sebagai MB Selangor

Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin ‘hilang arah’, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.

 

Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam. Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.

Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.

Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.

Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.

Tidak ketinggalan isu pemecatan  Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.

Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu, MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan. Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Menurut sumber juga, kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.


Wednesday, November 13, 2013

ANWAR TAK LAGI MAMPU PIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG

Kemelut dalaman parti-parti pakatan pembangkang serta tuduh menuduh antara satu sama lain bakal mengakibatkan mereka berpecah.

Antara ketiga-tiga parti pembangkang, PKR merupakan entiti paling muda dan paling rapuh sekali atau 'the weakest link'.

Walaupun dipimpin oleh Anwar Ibrahim sebagai ketua umumm kepimpinannya tidak sama sekali menyerlah.
Ini menjadi faktor utama mengapa dua daripada lima ahli dewan undangan negeri PKR di Sabah keluar parti lalu menyokong Barisan Nasional.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail cuba mempertahankan kepimpinan Anwar dengan mengalihkan kesalahan keluar parti atas bahu dua Adun terbabit iaitu Jeremmy Malajad dan Jelani Hamdan.

Wan Azizah berkata ia berpunca daripada perbalahan antara mereka dan pucuk pimpinan PKR negeri dan tidak ada kaitan dengan Anwar.

Dengan mudah sekali beliau menyucikan suaminya daripada memikul tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam partinya di Sabah.

Jika di lihat rekod Wan Azizah sebagai presiden adalah amat hambar sekali kerana dalam apa jua keadaan sekalipun beliau tetap akan mempertahankan Anwar.

Walaupun sudah dua kali suaminya itu didakwa terlibat dalam seks songsang liwat dan bukti pembabitannya adalah jelas sekali, Wan Azizah menutup mata dan memekaknya telinganya terhadap kebenaran.

Menyokong dan taat kepada suami adalah satu hal tetapi melindungi serta acap kali menafikan perlakuan jijiknya bukan sahaja dosa dari segi agama tetapi tidak melayakkan beliau memimpin sebuah lagi.

Mungkin Wan Azizah masih menaruh keyakinan Anwar alan menjadi perdana menteri suatu hari kelak tetapi realiti setiap hari berlaku peluang ia berlaku semakin tipis.

Begitu juga hubungan antara Pas dan dap semakin renggang akibat kenyataan biadap pemimpin veteran Dap, Karpal Singh baru-baru ini.

Karpal mencadangkan supaya mana-mana parti politik yang berteraskan perkauman atau agama hendaklah dimansuhkan.

Cadangan beliau itu disasarkan kepada UMNO khususnya dan juga Pas.

Cadangan Karpal itu sendiri bersifat rasis kerana mensasarkan hanya dua buah parti politik milik Melayu tetapi tidak pula ia berkeras supaya MCA dan MIC dibubarkan juga.

Hakikatnya walaupun Dap mengklaim partinya sebagai paling demokratik dan majmuk, realiti adalah amat berbeza sekali.

Dap mengaku telus dan adil tetapi setelah pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu didakwa menyeleweng, imejnya telah tercalar teruk.

Apatah lagi setelah diadakan pemilihan semula, masih lagi ramai anggota parti itu mempertikaikan kesahihan keputusan yang tidak banyak berubah daripada yang pertama.

Dap adalah parti pembohong dan amat rasis sekali kerana slogannya untuk rapat kepada bangsa Melayu hanyalak taktik untuk mendapat undi.

Buktinya apabila Dap berjaya menunggangi Pas dan PKR, ia mendapat banyak undi Melayu pada pilihan raya umum lalu hingga muncul sebagai parti pembangkang terbesar di Parlimen.

Cadangan sesetengah pemimpin Pas supaya kerjasama politik atau tahalus siyyasi dengan PKR dan Dap dikaji semula adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Keberadaan Pas dalam pakatan pembangkang tidak membawa apa manfaat jangka panjang kepada parti itu.

Ini jelas melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sg Limau baru-baru ini di mana Pas kehilangan lebih 60 peratus majoriti undinya berbanding sebelumnya.

Ini menunjukkan di peringkar akar umbi, ahli-ahli Pas sudah tidak setuju dengan ikatan kerjasama dengan dua sekutu politiknya.

Pas lebih banyak menanggung rugi daripada keuntungan jika terus bersama PKR dan Dap.

Orang Melayu akan terus meminggirkan parti itu yang dilihat sudah mengorbankan banyak prinsip perjuangannya untuk mengambil hati parti rasis Dap terutamanya objektif menubuhkan  Negara Islam.

Dap sudah tentu mahu Pas terus berada di dalam kebodohannya kerana ia boleh meraih sebanyak keuntungan daripadanya dari segi undi di dalam pilihan raya.


Sasaran Dap adalah untuk meningkatkan undinya menjelang PRU14 jika Pas dan PKR terus berada di sisinya memberi sokongan padu.

Monday, November 11, 2013

PEMBANGKANG SABAH GOYANG, ANWAR TIDAK LAGI RELEVAN

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedamaian dari PKR, Jeremmy Malajad keluar parti dan menjadi wakil bebas menunjukkan kepimpinan Anwar Ibrahim di dalam partinya sendiri sudah di tolak.

Jika dulu Anwar menyanyikan lagu, "Sabah sudah goyang, tanya sama Najib" yang ditujukan kepada Perdana Menteri ketika mana isu pencerobohan Lahad Datu meletus, kini paku buah keras melantun ke mukanya sendiri!

Tindakan Jeremmy itu berpunca daripada beberapa faktor dalaman antaranya diskriminasi timbul daripada pemilihan pucuk pimpinan di peringkat negeri.

Beliau dikatakan telah mengadu beberapa kepada Anwar dan pimpinan PKR pusat yang lain tetapi seperti biasa, aduan pihak bawahan sentiasa tidak dipedulikan.

Ini menyebabkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin seperti Jeremmy yang berjaya menyumbang kerusi DUN kepada PKR tetapi masih dianaktirikan.

Faktor kedua adalah kesedaran bahawa Sabah sebagai negeri besar yang kaya dengan sumber semulajadi masih memerlukan banyak pembelaan dari pembangunan fizikal dan juga sosioekonomi.

Jeremmy menyedari bahawa sebagai ADUN pembangkang tidak mungkin beliau mampu membawa sebarang bentuk pembangunan kepada kawasannya dan juga membela nasib rakyat yang serba kekurangan.

Kedamaian merupakan salah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Kota Belud yang diwakili oleh Datuk Abdul Rahman Dahalan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebagai menteri pusat yang memegang portfolio penting, sudah tentu menjadi lebih mudah bagi beliau membawa program serta rancangan pembangunan yang lebih pesat dan teratur di seluruh kawasan parlimennya.

Ini termasuklah kawasan yang diwakili oleh Jeremmy tetapi keadaan akan menjadi sukar sekiranya beliau berada di pihak pembangkang sementara kerusi Parlimen pula di wakili oleh Barisan Nasional.

Atas kesedaran inilah dan demi nasib rakyat yang tidak mahu ditinggalkan daripada menikmati taraf kehidupan dan prasarana yang lebih baik, maka Jeremmy memilih jalan keluar dari PKR.

Mungkin pembangkang akan memfitnah Jeremmy telah di sogok rasuah untuk mengkhianati partinya tetapi alasan ini tidak logik.

BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri Sabah dengan majorti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.

BN tidak terdesak langsung untuk menyogok mana-mana wakil pembangkang untuk mengguatkan kedudukan politiknya kerana ia sudah cukup mantap sekarang.

Langkah Jeremmy keluar PKR untuk menjadi wakil bebas pro BN adalah keputusan yang bijak.
Sebelumnya, ADUN Luyang dari Dap, Hiew King Cheu mengorak langkah meninggalkan partinya menjadi wakil bebas September lalu.
Seorang ahli politik perlu bijak untuk membuat keputusan yang baik bukan sahaja bagi karier politiknya tetapi juga bagi penyokong apatah lagi jika telah dipilih sebagai wakil rakyat.

Pilihan keluar parti bukannya mudah bagi Jeremmy tapi terpaksa dilakukan demi rakyat kawasan Kedamaian.

Beliau melihat tidak ada masa depan sekiranya terus berada di dalam PKR.

PKR bukan sebuah parti yang kuat di Sabah kerana hanya mempunyai tujuh wakil sementara Dap empat dan STAR satu.

Kini daripada 12 kerusi DUN pembangkang di Sabah sudah menjadi 10 dengan keluarnya Hiew dan Jeremmy.

Desas desus besar kemungkinan, rakan sejawatan Jeremmy dari Matunggong, Jailani Hamdan akan juga turut mengikuti jejak langkah rakannya.

Hanya masa akan menentukan kerana wakil-wakil rakyat pembangkang Sabah sudah mulai sedar masa depan mereka adalah bersama BN dan pihak kerajaan.


Sabah memerlukan perancangan yang besar untuk membangunkan ekonomi negeri dan hanya melalui kerjasama sihat antara semua wakil-wakil rakyat segala program dan dasar dalam berjalan dengan efisien.

Monday, September 23, 2013

UMNO Vs PKR: Who is losing their edge?

PKR Deputy President, N Surendran was urged to look into a mirror before making such claim regarding UMNO. He made a statement saying that UMNO has lost their edge and the lack of credible leaders seems reflecting to him and his own PKR party.

Surendran said that in the current BN condition, after suffering a significant decline on the amount of votes and failed to recapture Selangor in the last 13th General Election, UMNO seems to be in a daze as they are heading towards a much more humiliating defeat in the next general election. More over when everyone in UMNO are refusing to admit that the weakness comes because of their inability to challenge the top post in UMNO today.

According to Surendran, this is the prove that UMNO is lacking credible leaders to replace the weak leadership of the current administration.

Surendran forgets that BN maybe in its worst state in the GE ever, but for UMNO, the increase of votes is certainly something worth noting. Thus, it is not fair to put the blame on what had happened in the last General Election is because of UMNO leaders. What is happening in the last PRU, is because of the racial slurs that is played too often by irresponsible parties which made 100% of the Chinese opposes Barisan Nasional.

As the leader of all of BN component parties, an UMNO leader holds dearly in the spirit of friendship and responsibility to safeguard the harmony of the people. Because of that, UMNO leaders cannot promise any special treatment with any race without taking into account the benefits of the other.

However, this is what the opposition are promising the country, the Chinese Supremacy for Chinese community, without taking into consideration the effect to this country and its diverse races. It is not shocking to see if almost all of the Chinese voted for the opposition in the last general election.

The truth is, any promise that has been brought on the table by the opposition is irresponsible because it only move us towards instability and maybe even destruction.

For Pakatan Rakyat leaders, to promise something that will eventually bring destruction to the nation, and this proves they are not even good citizen how come they can be a good leader of this country. PR also does not have a new generation of leaders that they can hope for in the future. All of PR members are copycats of their predecessor.

PR is actually having problems regarding the extinction of good leaders. The problem starts from the extreme nepotism that they practice. Father, mother, sons, daughters, in-laws and close friends are those who are eligible to gain access to high position in both of the parties. The results, Pakatan Rakyat are not moving forward and they cannot change even if they have existed a few decades now.

Different from UMNO, a leader come and goes. Leaders can be criticized by any of their members. Some were prosecuted and some were found guilty. Plus when there are party leaders who looks weak, even though at the helm of the party, is not excluded from being forced to leave their post.

This only happens because UMNO is strong enough so that the leadership can be changed anytime. It also proves that UMNO never had any problem to find a successor.

The same thing cannot be seen in Pakatan Rakyat. PKR is not the same without Anwar Ibrahim, DAP will be hollowed without or PAS with the absence of Nik Aziz and Hadi Awang. In short, these parties cannot change without destroying their identities.

Thus, the lack of new leaders is suffered by Pakatan Rakyat and not UMNO. Surendran must look into the mirror first before telling lies to the people of Malaysia.