Showing posts with label daprasis. Show all posts
Showing posts with label daprasis. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

DAP Cuba Cetuskan Rusuhan di Pulau Pinang?


Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali.  Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara kaum.  Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap ‘tidak-apa’ terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada kita. 

13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap ‘tidak-apa’ satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka.  13 Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu.   Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka. 

Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan.  Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama, meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini. 

Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan.  Sementara itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka. 

Kini, sejarah ini telah berlalu, namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup.  Malah, antara yang ditangkap sebagai penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang.  Anaknya juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Seperti yang kita sedia maklum, Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat.  Apa yang jelas kelihatan hari ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat.  

Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya. 

Hari ini, dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi, maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya UMNOlah yang memulakan 13 Mei.  Untuk itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan. 

Sekiranya benar, bagi menjayakan matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan.   Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan. 

Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan hasil.  Api kebencian antara kaum semakin membesar.  DAP pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah masanya. 

Maka tidak hairanlah, sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak.  Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan.  Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa tapisan.  DAP seolah-oleh berkata ‘aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?’ 

DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara.  Di masa yang sama, DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya. 

Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang  kemarahan dan tindak balas orang-orang Melayu. 

Tidak cukup dengan itu, DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam. 

Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta ‘bersiri’.   

Apabila saja terdapat tindakbalas dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai ekstrem, radikal serta rasis.   Akhir-akhir ini, Lim Kit Siang dilihat lebih ‘agresif’ lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai ‘kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem’.  

Hakikatnya, yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP.  Kit Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama ‘rakyat yang berjiwa Malaysia’, walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu ‘kaum Cina’. 

Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri.  Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu.  Jika benar Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan. 

Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua kaum.  Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional. 

Oleh itu, fikirkanlah sendiri, siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei? 


Tuesday, February 18, 2014

Kit Siang Ekstremis Pengecut: Baling Batu, Berjabat Tangan?

Entah kenapa terasa loya tekak apabila membaca blog Kit Siang pada 16 Februari lalu yang menyeru rakyat Malaysia agar “Cintai Malaysia, Selamatkan Malaysia” (Love Malaysia, Save Malaysia).  Kit Siang menyeru sedemikian kononnya untuk menentang sekumpulan kecil rakyat ‘tidak berjiwa Malaysia, yang giat menyemarakkan semangat perkauman. 
 
Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang murni, namun, kita mempunyai masalah untuk mencernanya kerana Kit Siang itu sendiri langsung tidak berjiwa Malaysia. 
 
Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus rusuhan kaum 13 Mei.  Sehingga kini, Kit Siang tidak pernah merasa bersalah ataupun menyesali tragedi itu, malah menafikan pula penglibatannya serta berusaha mengubah sejarah. 
 
Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini sehingga ke tahap enggan mengiktiraf kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara.  Parti Kit Siang enggan menerima hakikat bahawa teras identiti negara adalah bangsa dan budaya Melayu, yang merupakan penduduk asal.  Kit Siang lebih selesa berbahasa Inggeris dan lebih gemar memperjuangkan Bahasa Mandarin.  Kit Siang inginkan perpecahan antara kaum kekal melalui sekolah-sekolah vernakular.  Kit Siang juga terus mempertikai Hak Istimewa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi formula perpaduan terbaik, sekali gus, tonggak identiti Malaysia. 
 
Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah sejak Akta Hasutan dihapuskan di mana penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu giat memprovokasi, mencabar dan menghina Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di laman-laman sosial mereka.   
 
Pendek kata, tiada apa-apa yang ‘Malaysia’ di dalam diri Kit Siang melainkan Cina dan Cina semata-mata.  Oleh itu, apabila Kit Siang berkata ‘cintai Malaysia’, kita terasa begitu loya. 
 
Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP ialah mereka gemar menggunakan ayat samar atau umum dalam memperkatakan sesuatu isu.  Sekiranya mereka ingin mengutuk Melayu, mereka akan merujuk kepada UMNO dan jika mereka ingin memperjuangkan Cina, mereka merujuk diri mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians).  Dengan cara ini, mereka boleh menafikan bahawa tindakan mereka adalah rasis sekiranya diserang balas. 
 
Apa jua strategi mereka, matlamat DAP hanya satu, iaitu merampas kuasa politik Melayu. 
 
Dalam usaha itu, parti ini telah dengan sengaja menyemarakkan isu kalimah Allah. Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut Sabah dan Sarawak yang majoriti penduduknya adalah Kristian.  Maka, saban hari isu ini dimainkan di semua media pembangkang seolah-olah ia merupakan isu hidup dan mati penganut Kristian.  Kononnya, kerajaan tidak memberi kebebasan beragama, UMNO parti rasis manakala pemimpin UMNO pula tidak menepati slogan kesederhanaan. 
 
Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah, Kit Siang dan partinya mengambil sikap tidak peduli dengan undang-undang dan terus menyemarakkan keadaan dengan berbagai tuduhan terhadap kerajaan, UMNO, Melayu dan umat Islam.  Setiap kali melancarkan serangan, Kit Siang bersembunyi di sebalik nama ‘Malaysian’, dan bukan Cina - sambil mengutuk ‘UMNO’, dan bukan Melayu. 
 
Justeru, apabila orang Melayu bertindak balas dengan mensasarkan kepada DAP dan orang-orang Cina, maka Kit Siang akan menuduh UMNO sebagai rasis, orang Melayu sebagai pengganas manakala orang Islam itu ekstrem.
 
Namun, apapun label yang Kit Siang berikan kepada orang-orang Melayu, ia tidak mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah penyokong DAP, begitu juga dengan anak-anak muda Cina yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan bangga.  Ia juga tidak mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi isu sehingga pihak Kristian menuntut penggunaannya dan mencabar undang-undang. 
 
Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau Melayu yang menghina Injil, Jesus atau perayaan dan agama orang-orang Cina di laman-laman sosial.  Bukan orang Islam yang menghalang orang Cina atau Kristian untuk mengamalkan agama mereka.  Bukan pemimpin Melayu Islam yang merampas tanah dan perniagaan bangsa lain. 
 
Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru dan penyanyi Islam membuka tudung sekiranya ingin bekerja dengan mereka.  Orang bukan Islam yang melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan.  Pemimpin bukan Islam yang menindas orang Melayu Islam dengan merampas tanah dan perniagaan mereka.
 
 Justeru, pihak manakah yang ekstrem atau pengganas di sini?  Islam atau bukan Islam?
 
Jelas sekali, pihak bukan Islamlah yang sengaja ingin mencetuskan ketegangan bagi mengumpan tindak balas dari orang Islam.  Umpan tersebut akhirnya membawa hasil apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan kepala khinzir diletakkan di masjid. 
 
Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua ini dan tidak mustahil ia adalah angkara pihak ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum berlaku di negara ini. 
 
Namun, angkara siapapun ia, sedarkah kita bahawa semua ini tidak akan berlaku jika orang-orang bukan Islam yang sependapat dengan Kit Siang benar-benar menghayati identiti Malaysia serta akur kepada undang-undang dan perlembagaan. 
 
Malang sekali, Kit Siang adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan pengecut. Beliau hanya berani membaling batu dari belakang komputernya sambil membuat provokasi dan mencabar kerajaan melalui rangkaian dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama, beliau menyembunyikan tangannya.  Kini, apabila keadaan semakin getir, beliau pula yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan dengan BN, konon untuk ‘bekerjasama demi perpaduan dan keamanan negara’.   
 
Untuk pengetahuan Kit Siang, rakyat tidak sebodoh penyokong-penyokong DAP. Majoriti rakyat boleh membaca strategi DAP melalui blognya.  Apa yang jelas, DAP adalah sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa politik Cina. 

Friday, February 14, 2014

PKR, PAS HALALKAN TINDAKAN DAP CACI MELAYU, ISLAM

Permainan api perkauman yang sering menjadi fokus utama Dap kini telah memakan dirinya sendiri.


Video Tahun Baru Cina yang dibikin oleh ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, kononnya sebagai satu satira menyindir, perdana menteri dan isteri telah menyerlahkan agenda rasis Dap yang sekarang tersepit dengan helah mereka.

Tindakan enam NGO Melayu menyembelih ayam dan melumurkan darah pada gambar pemimpin Dap dan PKR jelas menampakkan orang Melayu sudah hilang sabar.

Orang Melayu yang seringkali dicabar oleh pemimpin politik rasis seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak mungkin boleh berkompromi lagi dengan asakan demi asakan yang diterima mereka.
Tujuan utama Dap mengeksploitasi isu-isu berkenaan orang Melayu dari hak-hak istimewa, pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, institusi raja, agama dan sebagainya tidak lain tidak bukan adalah untuk menimbulkan keadaan tegang yang boleh membawa kepada konflik antara kaum dan agama.

Tidak cukup dengan tindakan mencetus kontroversi kalimah Allah oleh Guan Eng dia tahun lalu, Dap meneruskan agenda jahat perkaumannya untuk mengutuk dan menyindir kepimpinan Melayu yang menerajui negara.

Semua ini dilakukan oleh Dap atas sokongan dari Anwar Ibrahim dan juga sekutunya, Pas.
Mereka membiarkan Dap melakukan kerosakan kepada keharmonian masyarakat di negara ini dengan memainkan sentimen perkauman dan pada masa yang sama Anwar dan Pas akan menudingkan jari menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan.

Inilah strategi mereka di mana masing-masing akan memainkan peranan tersendiri.
Pas pula akan berfungsi sebagai majlis ulama untuk Dap dan PKR bagi menghalalkan kesemua tindakan pembangkang terutamanya yang berhubungkait dengan orang Melayu dan Islam.

Jika dilihat setakat ini, Pas tidak pernah sekali pun membantah secara keras apa jua tindakan parti itu yang menghina atau mencerca Melayu dan Islam.

Kalau ada sekali pun ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga sebagai  permainan politik silap mata pembangkang.

PKR pula menggunakan isu ketelusan dan pembaziran untuk menghentam kerajaan.
Ini pula adalah strategi untuk menutup pergolakan ang semakin kencang di dalam parti itu sehingga terpaksa mengosongkan kerusi Dun Kajang.

Serampang Kajang sebagaimana yang pembangkang panggil tindakan tersebut sebenarnya adalah satu usaha terdesak Anwar secara peribadi untuk menyelamatkan PKR dan pembangkang.

Kemelut yang melanda Selangor akibat pergaduhan politik antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim pada hakikatnya menggugat kestabilan kerajaan negeri.

Jika Anwar tidak melakukan sesuatu yang drastik dan mengejutkan kemungkinan besar kerajaan negeri PKR-Pas-Dap akan kecundang sebagaimana berlaku di Perak pada 2009.

Ini bukan disebabkan oleh rancangan UMNO atau BN tetapi disebabkan kelemahan pentadbiran dan perebutan kuasa antara dua kelompok dalam PKR.

Pas pula menunggu masa yang sesuai untuk menangguk di air keruh kerana sekiranya Anwar di tolak untuk menjadi menteri besar menggantikan Khalid, Pas akan bergaya besar untuk menduduki kerusi itu.

Samada masih calon PKR atau pun Pas, pasti yang mendapat untung bedsar adalah Dap.

Ini kerana Dap telah berjaya menguasai kedua-dua Pas dan PKR sehingga mereka akan akur kepada setiap permintaan parti rasis itu.

Sehingga kini Azmin dan Khalid masih serang menyerang dan tuduh menuduh antara satu sama lain.
Walaupun nampaknya Khalid tertekan untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar, beliau tidak menunjukkan indikasi panik.

Sudah tentu Khalid juga ada taktiknya tersendiri untuk menyanggah strategi Serampang Kajang untuk menyahkan beliau dari kerusi empuk MB.

Apapun pilihan raya kecil Kajang bakal berlangsung adalah pertandingan hidup mati Anwar dalam usahanya untuk menggilap kembali bintang politiknya yang semakin malap.


Thursday, December 19, 2013

Prinsip DAP: Sayangkan Melayu Tindas-tindaskan?

DAP Selangor menyasarkan untuk meraih 50% undi Melayu dalam PRU-14 berbanding 40% dalam PRU-13.  Menurut Teresa Kok, parti itu akan bekerja lebih kuat untuk memastikan sasaran ini berjaya direalisasikan. 

Walaupun cita-cita DAP begitu tinggi untuk meningkatkan sokongan Melayu, tetapi ia tidak bermakna yang parti itu akan melutut, menyembah atau memberi peluang kepada Melayu dalam apa jua keadaan. 

Kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP tidak pernah mengalah dengan PAS dalam isu-isu yang membabitkan Islam dan Melayu tetapi sebaliknya PAS yang terpaksa mengalah dan membuat penjelasan bagi pihak DAP kepada orang-orang Melayu sekiranya parti Cina itu ada menyinggung perasaan umat Islam.

DAP juga tidak pernah melonggarkan walau sedikitpun sifat perkauman Cina di sektor-sektor swasta yang didominasi kaum itu.  Malah, sifat perkauman lebih terserlah dan sifat bongkak kaum Cina semakin menjadi-jadi dengan mencabar dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati. 

Bayangkanlah, semua ini dilakukan dalam pada DAP ingin meraih sokongan Melayu!

Walaupun UMNO sering dituduh DAP sebagai perkauman dan meminggirkan kaum Cina, tetapi UMNO tetap memberi peluang dan menyediakan platform kepada pemimpin dari kaum Cina untuk turut bersama di dalam kabinet.  Sungguhpun setelah ditikam dari belakang oleh MCA yang turut menyokong DAP pada PRU yang lalu, UMNO tetap cuba memaafkan parti Cina itu dan menaruh harapan untuk terus bekerjasama demi negara. 

Namun, toleransi, tanggungjawab dan kematangan yang sama langsung tidak dipraktikkan oleh DAP.   Buktinya, Konvensyen DAP peringkat negeri Selangor yang lalu memperlihatkan tiada seorang pun Melayu terlantik sebagai Ahli Jawatankuasa Parti.

Ahli-ahli jawatankuasa DAP Selangor

Pengerusi                             -             Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Pengerusi             -             Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi                    -             Teng Chang Khim
Naib Pengerusi                    -             Yeoh Tseow Suan (Hannah)
Setiausaha                            -            Yong Hian Wah
Penolong Setiausaha            -            Ng Suee Lim
Bendahari                            -             Sze Han
Setiausaha Organisasi          -             Lau Weng San
Penolong Setiausaha Organisasi  -     Ganabatirau Veraman
Penolong Setiausaha Organisasi  -     Philip Tan Choon Swee
Setiausaha Publisiti           -               Ronnie Liu Tian Khiew
Pengarah Pendidikan Politik       -     Lee Kee Hiong
Ahli Jawatankuasa            -               Charles Anthony Santiago
Ahli Jawatankuasa            -               Tiew Way Keng
Ahli Jawatankuasa            -               Kannan A/L Thangarasu
Ahli Jawatankuasa            -               Ong Kian Ming
Ahli Jawatankuasa            -               Eddie Ng
Ahli Jawatankuasa            -               Rajiv A/L Rishyakaran
Ahli Jawatankuasa            -               Yeo Bee Yin

Selain Selangor, Perak dan Pulau Pinang  juga tidak melantik walaupun seorang Melayu untuk memegang jawatan di peringkat negeri. 

Sekali lagi, semua ini berlaku ketika DAP mensasarkan peningkatan sokongan Melayu. 

Jika semua ini masih tidak cukup  untuk dijadikan pengajaran tentang keangkuhan dan sifat perkauman DAP, maka apa lagi? Apakah orang-orang Melayu perlu belajar dari kemusnahan?  Apakah kita yakin yang kita mampu bangun semula setelah musnah? 

Hakikatnya, DAP bersifat chauvinis dan rasis dan tidak akan sekali-kali meletakkan diri mereka sama tinggi atau sama rendah dengan orang Melayu.  Biarpun DAP memerlukan Melayu untuk menang, membuka peluang kepada Melayu pantang sekali.