Showing posts with label dap. Show all posts
Showing posts with label dap. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Mulut Lancang : Karpal Singh Bakal Habiskan Sisa Hidup Di Dalam Penjara

Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ekoran mulut lancangnya menghina ‘Institusi Diraja Perak’ Pengerusi DAP, Karpal Singah bakal berdepan hukuman dengan denda dan penjara.

Ia ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Mac sebagai tarikh baharu untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Namun Gobind Singh Deo yang mewakili bapanya, memohon sedikit masa untuk menyediakan rayuan bagi meringankan hukuman termasuk dokumen sokongan seperti rekod kesihatan Karpal.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Alasan lain ialah Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.

Hal demikian disebabkan perkataan-perkataan itu cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa) baginda yang termaktub di bawah perlembagaan.

Sekiranya keputusan tersebut kekal, ahli parlimen Bukit Gelugor itu akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selari dengan peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya menyatakan seseorang ahli Parlimen hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 atau lebih serta tidak mendapat pengampunan.

Sekiranya hukuman tersebut kekal, Karpal bukan sahaja terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya malah dia juga bakal kehilangan jawatan parti sebagai Pengerusi DAP Pusat.

Ini kerana perlembagaan parti itu turut menetapkan mana-mana ahli parti yang didapati bersalah terhadap sebarang pertuduhan jenayah, mereka tidak dibenarkan untuk memegang, menawar diri atau bertanding dalam apa-apa jawatan.

Malah perkara itu turut diakui oleh Karpal yang merujuk situasi sama yang dihadapi Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, yang didapati bersalah bagi pertuduhan sama pada 1998, dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. Guan Eng hanya kembali aktif berpolitik pada 2004.

Pimpinan pakatan rakyat sebelum ini pernah meminta kerajaan Barisan Nasional agar membatalkan semua pertuduhan yang melibatkan wakil-wakil rakyat dari pembangkang kononnya bagi menghormati proses perdamaian nasional.


Friday, February 14, 2014

PKR, PAS HALALKAN TINDAKAN DAP CACI MELAYU, ISLAM

Permainan api perkauman yang sering menjadi fokus utama Dap kini telah memakan dirinya sendiri.


Video Tahun Baru Cina yang dibikin oleh ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, kononnya sebagai satu satira menyindir, perdana menteri dan isteri telah menyerlahkan agenda rasis Dap yang sekarang tersepit dengan helah mereka.

Tindakan enam NGO Melayu menyembelih ayam dan melumurkan darah pada gambar pemimpin Dap dan PKR jelas menampakkan orang Melayu sudah hilang sabar.

Orang Melayu yang seringkali dicabar oleh pemimpin politik rasis seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak mungkin boleh berkompromi lagi dengan asakan demi asakan yang diterima mereka.
Tujuan utama Dap mengeksploitasi isu-isu berkenaan orang Melayu dari hak-hak istimewa, pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, institusi raja, agama dan sebagainya tidak lain tidak bukan adalah untuk menimbulkan keadaan tegang yang boleh membawa kepada konflik antara kaum dan agama.

Tidak cukup dengan tindakan mencetus kontroversi kalimah Allah oleh Guan Eng dia tahun lalu, Dap meneruskan agenda jahat perkaumannya untuk mengutuk dan menyindir kepimpinan Melayu yang menerajui negara.

Semua ini dilakukan oleh Dap atas sokongan dari Anwar Ibrahim dan juga sekutunya, Pas.
Mereka membiarkan Dap melakukan kerosakan kepada keharmonian masyarakat di negara ini dengan memainkan sentimen perkauman dan pada masa yang sama Anwar dan Pas akan menudingkan jari menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan.

Inilah strategi mereka di mana masing-masing akan memainkan peranan tersendiri.
Pas pula akan berfungsi sebagai majlis ulama untuk Dap dan PKR bagi menghalalkan kesemua tindakan pembangkang terutamanya yang berhubungkait dengan orang Melayu dan Islam.

Jika dilihat setakat ini, Pas tidak pernah sekali pun membantah secara keras apa jua tindakan parti itu yang menghina atau mencerca Melayu dan Islam.

Kalau ada sekali pun ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga sebagai  permainan politik silap mata pembangkang.

PKR pula menggunakan isu ketelusan dan pembaziran untuk menghentam kerajaan.
Ini pula adalah strategi untuk menutup pergolakan ang semakin kencang di dalam parti itu sehingga terpaksa mengosongkan kerusi Dun Kajang.

Serampang Kajang sebagaimana yang pembangkang panggil tindakan tersebut sebenarnya adalah satu usaha terdesak Anwar secara peribadi untuk menyelamatkan PKR dan pembangkang.

Kemelut yang melanda Selangor akibat pergaduhan politik antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim pada hakikatnya menggugat kestabilan kerajaan negeri.

Jika Anwar tidak melakukan sesuatu yang drastik dan mengejutkan kemungkinan besar kerajaan negeri PKR-Pas-Dap akan kecundang sebagaimana berlaku di Perak pada 2009.

Ini bukan disebabkan oleh rancangan UMNO atau BN tetapi disebabkan kelemahan pentadbiran dan perebutan kuasa antara dua kelompok dalam PKR.

Pas pula menunggu masa yang sesuai untuk menangguk di air keruh kerana sekiranya Anwar di tolak untuk menjadi menteri besar menggantikan Khalid, Pas akan bergaya besar untuk menduduki kerusi itu.

Samada masih calon PKR atau pun Pas, pasti yang mendapat untung bedsar adalah Dap.

Ini kerana Dap telah berjaya menguasai kedua-dua Pas dan PKR sehingga mereka akan akur kepada setiap permintaan parti rasis itu.

Sehingga kini Azmin dan Khalid masih serang menyerang dan tuduh menuduh antara satu sama lain.
Walaupun nampaknya Khalid tertekan untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar, beliau tidak menunjukkan indikasi panik.

Sudah tentu Khalid juga ada taktiknya tersendiri untuk menyanggah strategi Serampang Kajang untuk menyahkan beliau dari kerusi empuk MB.

Apapun pilihan raya kecil Kajang bakal berlangsung adalah pertandingan hidup mati Anwar dalam usahanya untuk menggilap kembali bintang politiknya yang semakin malap.


Thursday, January 23, 2014

Laungan 13 Mei: DAP Terjerat Dalam Provokasi Sendiri

Surat terbuka Lim Kit Siang kepada Dato’ Seri Najib dan Menteri Kabinet sepertimana yang dipaparkan dalam blognya hari ini.  Menurut beliau, ini adalah surat terbuka yang ke-dua untuk pihak yang sama, dalam masa lebih kurang dua minggu. 

Surat ini diberi tajuk “Apakah Pemimpin BN Bersedia untuk Bekerjasama dengan Pemimpin PR bagi Memastikan Rusuhan 13 Mei Tidak Berulang di Malaysia?” 

Sebenarnya, surat ini merupakan antara salah satu dari beberapa artikel di blog Lim Kit Siang yang membawa topik 13 Mei.   

Walaupun kebanyakan artikel berkenaan 13 Mei di blog Kit Siang panjang-panjang belaka dan mempunyai tajuk yang panjang juga, namun, kesemuanya boleh disimpulkan dalam tajuk salah satunya sahaja, iaitu ‘Tutup Mulut Mereka yang Mengancam 13 Mei” tulisan Khee Thuan Chye. 

Nampaknya, Kit Siang ingin mengarahkan kerajaan agar menutup mulut orang-orang Melayu yang mengingatkannya tentang kemungkinan berulangnya tragedi rusuhan kaum itu. 

Tajuk tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kit Siang amat terkesan dengan laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu dalam demonstrasi bantahan penghinaan ADUN PKR terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.   

Bertitik tolak dari kejadian itu, Kit Siang dilihat semakin galak bercakap mengenai patriotisme dan juga keamanan.  Kit Siang sedaya upaya cuba menggambarkan pihaknya, iaitu DAP atau kaum Cina, sebagai patriotik manakala orang-orang Melayu yang melaungkan ancaman berulangnya 13 Mei sebagai pengkhianat. 

Kit Siang berhujah bahawa perbuatan menyuap kangkung ke dalam mulut patung Dato’ Seri Najib bukan satu perbuatan rasis dan tidak perlu disambut dengan ancaman 13 Mei.  Justeru, melalui surat terbuka itu, Kit Siang secara terbuka mengajak BN bekerjasama dengannya untuk memastikan 13 Mei tidak berulang. 

Manusia yang bijak pasti akan dapat belajar dari kesilapan terdahulu.  Dan ternyatalah sudah bahawa Kit Siang bukanlah manusia yang bijak. 

Seharusnya Kit Siang sudah belajar dari sejarah yang beliau terlibat sendiri bahawa orang Melayu itu sabar dan pemurah, sanggup berkongsi apa saja dengan bangsa lain asalkan dapat memastikan keamanan.  Namun, sabar orang Melayu itu ada hadnya. 

Malangnya, walaupun sudah tua dan sudah melalui berbagai peristiwa, Kit Siang tidak mampu belajar apa-apa. 

Untuk pengetahuan Kit Siang Laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu dalam demonstrasi tersebut bukanlah berpunca dari isu kangkung semata-mata, tetapi ia adalah cetusan dari perbuatan Namewee, Alvivi, Paderi Lawrence Andrew, Peguam Edmund Bon, COMANGO, Nga Kor Ming dan berpuluh atau beratus lagi ‘tentera Red Bean Army’ yang saban hari kerjanya mengutuk dan menghina agama Islam, orang Melayu, pemimpin Melayu dan Raja-raja.  

Laungan 13 Mei dari orang-orang Melayu juga merupakan ledakan dari isu membuang tulisan jawi dari papan tanda, rampasan tanah dan tapak perniagaan orang-orang Melayu, penutupan Giat MARA, desakan untuk membuka UiTM pada semua bangsa dan juga penentangan terhadap Hak Bumiputera. 

Hakikatnya, kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib merupakan yang paling ‘longgar’ sekali dalam memperkatakan perihal hak orang Melayu.  Seperti yang diketahui umum, pada hari ini, jawatan-jawatan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan telah pun ‘ditembusi’ oleh bukan Melayu sedangkan jawatan-jawatan tinggi di syarikat swasta masih terus ‘dibekukan’ kepada orang Melayu. 

Dalam pada itu pula, hak kaum Cina untuk meneruskan Sekolah Vernakular dan mencetak akhbar berbahasa Cina tidak pernah disekat.  Malah, kaum Cina juga mempunyai stesen radio dan TV yang menggunakan bahasa ibunda mereka.  Semua keistimewaan minoriti Cina ini tidak pernah disekat walaupun ia menghalang perpaduan masyarakat dan tidak menepati aspirasi negara. 

Pun begitu, kerajaan pimpinan UMNO terus dicabar, diherdik dan dihina semahu-mahunya oleh DAP sebagai rasis. 

Oleh itu, Kit Siang seharusnya sedar bahawa DAPlah sebenarnya yang sedang mengulangi sejarah 13 Mei. 

Dalam kejadian 13 Mei, DAP telah mencabar, mengherdik dan menghina orang-orang Melayu kerana ketinggalan dari segi ekonomi.  Cina DAP mendabik dada sebagai bangsa yang lebih hebat dan mencemuh orang Melayu pula bangsa yang rendah dan hina. 

Perkara yang sama sedang berlaku hari ini di mana orang-orang Cina secara terbuka mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi dan memperlekeh orang-orang Melayu.  Kononnya, orang-orang Cinalah yang memajukan ekonomi negara dan orang-orang Melayu langsung tidak berguna. 

Tanpa disedari, kenyataan orang-orang Cina ini dengan sendirinya membuktikan bahawa yang rasis itu bukan orang Melayu, tetapi Cina. 

Logiknya, orang-orang Cina tidak mungkin akan dapat menguasai ekonomi negara ini jika orang Melayu itu rasis.  Oleh kerana orang Melayu tidak rasis dan sanggup membeli dan membuka peluang kepada peniaga Cinalah, maka orang-orang Cina boleh menjadi kaya. 

Hanya akhir-akhir ini sahaja, kempen memboikot barangan peniaga Cina berbangkit.  Semuanya bertitik tolak dari keangkuhan orang-orang Cina, sama seperti yang dipamerkan ketika 13 Mei. 

Berdasarkan fakta di atas, Kit Siang sepatutnya menyuarakan kebimbangan mengenai 13 Mei kepada dirinya sendiri, bukan kerajaan dan bukan orang-orang Melayu.  Setelah begitu lantang menghasut dan menghina segala-galanya tentang Melayu dan Islam maka Kit Siang seharusnya sudah dapat mengagak apa akan terjadi. 

Kesimpulannya di sini ialah, kangkung bukanlah punca masalah, tetapi Kit Sianglah masalahnya. 

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Kit Siang bukannya tidak tahu bahawa beliau sedang mengulangi sejarah 13 Mei.  Tidak mustahil beliau cukup sedar apa yang sedang dilakukannya dan memang sengaja ingin membawa kita ke arah itu. 

Kalau ini benar, apakah reaksi kita? 

Apa yang boleh kita katakan pada Kit Siang ialah, jika beliau sebagai mewakili peniaga Cina ingin menjual, kita sebagai pengguna Melayu sentiasa sanggup membeli. 


Wednesday, January 15, 2014

Gobind Singh Patut Saman DAP Bukan ROS!

Bagaimana sebuah parti yang tidak mempunyai ahli jawatankuasa pusat yang sah boleh terus beroperasi dan berfungsi seperti biasa?  Bagaimana ahli jawatankuasa haram ini boleh bertindak sebagai pentadbir dan pengurus kepada parti dan berbuat sesuka hati?

Namun, itulah yang berlaku dalam parti DAP. Sehingga ke hari ini, masalah pengundian dan perlantikan CEC DAP masih lagi tidak selesai. 

Sebagai sebuah parti samseng, para pemimpin DAP cuba mengenepikan undang-undang pertubuhan dan ingin terus berlagak seolah-olah mereka tidak bersalah.  Mereka juga cuba menyalahkan kerajaan, ROS, UMNO, ‘cuaca’ dan mungkin juga ‘harga pasaran kangkung semasa’, atas apa yang berlaku dalam parti mereka. 
Kononnya, semua masalah yang melanda DAP adalah permainan UMNO melalui ROS. 

Hakikatnya, tugas menghantar notis kepada perwakilan DAP bukan tugas UMNO.  Tugas mengira undi CEC juga bukan tugas UMNO.  Justeru, bagaimana pula UMNO boleh menjadi punca kemelut dalam DAP? 

Bagi menyelamatkan air muka DAP, Pengerusi Biro Undang-undangnya, Gobind Singh Deo, telah mewar-warkan yang beliau telah menghantar ‘surat guaman’ kepada ROS.  Harapannya agar dapatlah DAP memperlihatkan kepada rakyat bahawa masalah notis mesyuarat CEC tidak diterima dan juga kehilangan perwakilan dalam proses pengundian CEC adalah salah ROS. 

Bagaimanapun, rakyat tahu bahawa tugas menghantar notis dan menjemput perwakilan DAP bukan tugas ROS.  Oleh itu, kedudukan ahli jawatankuasa DAP menjadi tidak sah pada hari ini bukanlah salah ROS.

Sebaliknya, ROS hanya menjadi tempat mengadu oleh para perwakilan DAP yang merasakan diri mereka telah teraniaya, terpinggir atau dipermainkan oleh pemimpin sendiri. 
Apa yang lebih menarik ialah ROS menafikan ada menerima apa-apa surat guaman, surat saman atau surat cinta dari DAP. 

Kebetulan, ROS sememangnya ada menunggu ‘surat’ dari DAP iaitu surat-surat notis mesyuarat yang dikatakan telah dihantar tetapi tidak diterima oleh lebih 700 perwakilan dalam pemilihan awal.  ROS juga sedang menunggu surat penjelasan yang terperinci dari pihak pemimpin DAP mengenai aduan ahli-ahli mereka sendiri. 
Namun, satu-satunya surat yang diterima oleh ROS dari DAP ialah berkenaan memohon penjelasan mengenai pengesahan jawatankuasa CEC yang ditandatangani sendiri oleh Lim Guan Eng - itu saja. 

Jika Guan Eng sendiri sedar bahawa kedudukan sendiri tidak sah, apa hal pula Gobind Singh ingin menyaman ROS?   

Nampaknya, ROS akan terus menunggu penjelasan DAP dan DAP pula akan terus menipu. Sementara itu, parti DAP akan terus diterajui oleh jawatankuasa yang tidak sah. 
Inikah parti yang kononnya melaungkan ‘cekap, amanah dan telus’ serta keadilan untuk semua?


Monday, January 13, 2014

Akhirnya Gerakan ‘Dinasti Lim’ Berjaya Singkirkan Veteran DAP Johor

Seperti yang telah di duga, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk menyingkirkan mantan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Dia telah dipilih oleh jawatankuasa DAP negeri Johor yang baharu sejurus selepas konvensyen tahunan parti itu yang ke-17 yang diadakan semalam.

Paling menarik, ramai pemerhati politik melihat kejayaan Chin Tong menewaskan Cheng Hau itu, sebagai 'kemenangan' Setiausaha Agung dan Penasihat DAP Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang yang memang telah lama berhasrat ingin menyingkirkan pengaruh dan kuasa bekas Pengerusi DAP Johor itu.

Terdahulu, seramai 303 daripada 528 perwakilan yang hadir pada konvensyen parti itu, telah memilih 15 anggota jawatankuasa DAP Johor daripada 23 calon yang menawarkan diri. Pada pemilihan itu, Cheng Hau telah memperoleh 219 undi untuk berada di tempat ke-10 manakala Chin Tong hanya mampu berada di tempat ke-14 dengan 185 undi.

Persoalannya ialah, bagaimanakah mereka yang hanya mampu menduduki tempat ke-14 (hampir tersingkir) boleh terpilih sebagai Pengerusi Negeri yang baharu? Sedangkan kalau dikira mengikut undi majoriti (popular votes), Chin Tong jelas tidak layak untuk menerajui kepimpinan peringkat negeri.

Bukankah mereka sebelum ini begitu berbangga dengan teori undi popular yang dijadikan hujah kononnya secara majoriti rakyat telah memilih pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu?

Jadi mengapa pendekatan yang sama tidak diguna-pakai dalam sistem ‘pemerintahan’ DAP? Apakah ia bermaksud pendekatan ‘undi popular’ bukanlah kayu pengukur kepada lambang demokrasi seperti yang diwar-warkan sebelum ini?

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Hamim Samuri ketika diminta mengulas perkembangan politik Johor ini menjelaskan pertandingan itu sebenarnya merupakan pertembungan antara dua kumpulan besar di dalam DAP Johor. Ini kerana ia melibatkan antara Cheng Hau sebagai veteran DAP dan kumpulan ‘Dinasti Lim’ yang diwakili oleh Chin Tong.

“Penyokong DAP ini buta, dah memang jelas parti itu tidak menampakkan sebarang ketelusan. Sebagai contoh yang mengundi di dalam pemilihan baru-baru ini pun hanya separuh dari perwakilan.

“Persoalannya mana pergi yang selebihnya. Malah sudah ada banyak rungutan kerana tidak dapat hadir untuk mengundi, kerana tidak mendapat sebarang surat jemputan dan sebagainya” katanya.

Hamim turut menjelaskan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa parti itu sedang cuba mewujudkan satu pemerintahan ala Dinasti, di mana Kit Siang pada ketika ini sedang cuba untuk menguatkan pengaruh dan sokongan ahli parti itu terhadap anaknya.
Sudah enam Perdana Menteri Malaysia bertukar namun Kit Siang yang sudah berada dalam arena politik sejak zaman Perdana Menteri pertama masih tidak lagi sanggup melepaskan kuasa.

DAP selalu menyelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang gila kuasa namun sudah satu dekad beliau bersara dalam politik apabila tidak lagi bertanding dalam pilihan raya sejak 2003 selain melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun Kit Siang masih lagi beria-ria bertanding dalam pemilihan DAP selain bertanding dalam pilihan raya umum serta masih memegang jawatan sebagai penasihat DAP.

Paling mengejutkan juga, mana-mana pemimpin yang dilihat tidak sehaluan atau mengkritik kepimpinan ‘Dinasti Lim’ akan segera disingkirkan atau dipecat. Sejak PRU13, DAP telah memecat seramai 38 ahli hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan pemimpin tertentu dalam DAP.

Contohnya pemimpin DAP India dari Johor, Murugan A. Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam telah dipecat hanya kerana mereka mengamalkan demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP iaitu demokrasi demonstrasi.

Sikap hipokrit DAP ini amat jelas apabila mereka yang paling lantang menjerit tentang soal demonstrasi dalam demokrasi dan apabila pihak Kementerian Dalam Negeri menahan penyokong yang menyertai demokrasi maka BN akan dituduh sebagai anti demokrasi. Namun apabila pemimpin mereka sendiri melancarkan demonstrasi, mereka pula dipecat.

Kesimpulannya DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan nepotisme, kronisme, rasisme dan anti demokrasi.


Wednesday, January 8, 2014

Ugut Bunuh Hannah Yeoh: Taktik Basi DAP

Hanya kerana kenyataan tidak prihatin terhadap wanita hamil, Hannah Yeoh membuat aduan kepada rakyat bahawa beliau telah diugut bunuh.  Begitulah terdesak dan murahnya politik Speaker DAP yang bergaji lebih tinggi dari Perdana Menteri ini. 

Taktik mewar-warkan berita menerima ugutan bunuh apabila kehabisan modal membela diri merupakan strategi yang telah terlalu sering digunakan oleh DAP. 

Contohnya, Karpal Singh melaporkan menerima peluru hidup pada Mei 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Februari 2009. Lim Guan Eng juga pernah membuat laporan menerima ugutan bunuh pada September 2013.  

Skrip ugut bunuh yang paling dramatik pula tentunya dimenangi oleh Anwar Ibrahim di mana beliau terpaksa mengangkut berbelas pengawal peribadi untuk ke beberapa majlis pada ketika tertentu.  Bagaimanapun, di ketika lain, Anwar begitu bebas ‘meninjau’ LRT dan juga ke seluruh pelusuk negeri dan negara tanpa perlu bimbang terhadap keselamatan dirinya.  Mungkin ugutan bunuh terhadap Anwar hanya sah pada dan ketika tertentu sahaja. 

Kononnya lagi, ugutan bunuh itu pernah diperpanjangkan kepada anak dan isteri Anwar juga. 

Namun, sehingga hari ini tiada siapapun di antara mereka ini yang dibunuh. 

Dalam kes Hannah, kurang jelas bagaimana ugutan bunuh dilakukan kerana Hannah tidak membuat laporan polis dan sekadar membuat laporan akhbar. Dalam laporan itu pula, Hannah lebih banyak merengek menceritakan bagaimana beliau dimarahi rakyat kerana tidak prihatin terhadap wanita hamil berbanding menceritakan secara terperinci tentang ugutan tersebut. 

Nampaknya Hannah juga telah ketandusan idea dan terpaksa meraih simpati dengan mencari publisiti murah, sama seperti tindakan ‘bos-bosnya’. Jelas, Hannah tidak cukup bijak untuk memahami bahawa taktik ini sudah basi.  Rakyat sudah mual mendengarnya. 

Apa ke jadahnya Hannah diugut bunuh hanya kerana satu kenyataan bodoh? Bukankah lebih baik membiarkan Hannah hidup untuk dijadikan bahan ketawa? 

Dan tindakan Hannah mengadu konon diugut bunuh membuatkan kita ketawa lebih besar lagi. 

Apa yang kita tahu, kerja-kerja mengugut ala samseng ini adalah kerja DAP.  DAP yang paling galak membela samseng dan penjenayah.  DAP yang paling giat menjana perniagaan gelap yang berkaitan samseng dan penjenayah.  Jika benar ada ugutan, maka ia pastinya kerja dari dalam DAP sendiri.  Kita tidak pernah lupa bagaimana Teoh Beng Hock ‘terpaksa’ mati bagi menyelamatkan pemimpin DAP. 

Kita faham bahawa Hannah sebenarnya buntu apabila semakin ramai yang memandang serong terhadap Ratu Kristian Evangelis ini. Bermula dari kenaikan gajinya yang begitu drastik dan sikapnya mempertahankan kenaikan itu, rakyat mula meraguinya.  Justeru, ramai yang tidak terkejut apabila Hannah langsung tidak prihatin terhadap wanita hamil apatah lagi apabila yang terlibat itu adalah Melayu. 

Selama ini, seperti juga pemimpin pembangkang yang lain, Hannah begitu lantang mengkritik kerajaan persekutuan terutama isteri Perdana Menteri atas tuduhan ‘boros’.  Laman sosial Hannah juga tidak pernah kering dengan sindirian dan kecaman terhadap kerajaan terutama mengenai ekonomi.  Kononnya kerajaan perlu berjimat cermat dan lebih prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat. 

Namun, dalam keprihatinan Hannah terhadap rakyat, dengan tidak semena-mena, gajinya pula yang meningkat.  Peningkatan itu pula bukan sebanyak 10%-20% tetapi 268%! iaitu dari RM6109.29 kepada RM22,500! 

Justeru, tidak hairanlah Hannah terpaksa menggunakan taktik paling bodoh untuk meraih simpati dan publisiti tahap lelong dengan mewar-warkan bahawa beliau telah menerima ugutan bunuh.  Logiknya, tiada siapa yang perlu mengugut Hannah kerana beliau langsung tidak signifikan dalam hidup rakyat Malaysia. 

Nasihat kita pada Hannah, carilah cara lain untuk mencari publisiti kerana cara ini sudah basi. 


Tuesday, January 7, 2014

Perang Besar Bakal Tercetus Di Johor?

Kenyataan anak emas kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bersedia untuk menjadi pengerusi yang baru untuk parti itu di Johor bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semalam mengatakan bersedia menjadi pengerusi DAP Johor yang baru andai memenangi pemilihan jawatankuasa DAP negeri pada 12 Januari ini.
 
Kenyataan Chin Tong itu memang telah dijangka oleh ramai pihak khususnya dari kumpulan penyokong Kit Siang. Malah bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Johor, ‘perang dalaman’ yang sedang melanda parti itu memang telah lama dihidu oleh pemerhati politik dan pihak media.
 
Seperti yang pernah didedahkan oleh pihak media sebelum ini, DAP Johor sedang berdepan dengan perebutan kuasa yang hebat antara kumpulan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan kumpulan Dinasti Lim. Kumpulan Cheng Hau sedang berdepan dengan delima antara meneruskan penguasaan terhadap masyarakat Cina di Johor atau berdepan dengan tentangan dan kemaraan kumpulan ‘Dinasti Lim’.
 
Bekas pimpinan DAP , Shen Yee Aun sebelum ini mendedahkan walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu,  dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba ‘bunuh-membunuh’ antara satu sama lain.
 
Satu kem dikatakan pro kepada Kit Siang dan satu lagi dikatakan cuba menentang penguasaannya yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh ‘Dinasti Lim’ di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya dia tidak sempat menyediakan tapak yang kuat bagi mengekalkan kuasa politik anaknya bagi meneruskan penguasaan legasi Lim.
 
Ini kerana ramai pemimpin DAP sebenarnya dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung yang dikatakan tidak mesra, bersikap kuku besi dan biadap khususnya terhadap para pemimpin senior di dalam DAP. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan telah bersikap kurang ajar dengan mencantas pemimpin lama DAP dengan meletakkan ‘orang-orang baru’ di kawasan mereka yang tidak sebulu dengannya.
 
Contohnya penyokong dan ahli DAP sebelum ini dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang yang mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain.
 
Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru. Ini kerana selain masih muda, mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau.
 
Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin ‘atasan’ yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.
 
Rupa-rupanya di sebalik slogan demokrasi yang dilaungkan, wujud satu usaha untuk mewujudkan satu corak pemerintahan ala ‘Dinasti Cina’ di dalam DAP. Namun persoalannya mampukah Kit Siang menyingkirkan Cheng Hau, sekali gus mengukuhkan penguasaannya di Johor atau sebaliknya? Bersamalah kita saksikan episod drama perang yang akan berlangsung ini.

Friday, December 20, 2013

Jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mat Sabu Diyakini Akan ‘TAAT’ Kepada DAP

Perlantikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang yang baru bagi mengantikan Salleh Man telah menimbulkan banyak spekulasi khususnya di kalangan para pemimpin Pas Pulau Pinang di peringkat kawasan dan cawangan.

Ada yang berpendapat ia adalah merupakan perkara biasa, namun tidak kurang juga yang merasakan ia adalah merupakan ‘hukuman’ kepada Salleh Man yang disifatkan gagal mengawal anak buahnya sehingga menimbulkan kemarahan DAP khususnya Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Malah andaian tersebut turut disokong oleh beberapa pemerhati politik yang merasakan pelucutan jawatan Salleh Man sebagai Pesuruhjaya Pas negeri mungkin disebabkan tekanan yang diberikan oleh DAP kepada Pas. Ia disebabkan ramai dikalangan pimpinan Pas negeri yang dikatakan tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan pimpinan DAP sehingga menimbulkan kemarahan mereka.

Malah sikap DAP yang dikatakan mengamalkan pemerintahan ala ‘kuku besi’ dan ‘diktator’ terhadap Pas, dilihat sebagai kemuncak kepada rasa tidak puas hati mereka sehingga ramai yang mula bangkit dan mengistiharkan perang terhadap parti ultra kiasu itu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Perwakilan Pas Pulau Pinang, Mohd. Raduan Ramli ketika menjelaskan kewajaran tindakan Pas negeri memberi kata dua kepada kepimpinan Guan Eng ketika sesi perbahasan muktamar Dewan Pemuda baru-bru ini.

Menurutnya DAP dilihat cuba menjadikan Pas hanya sebagai boneka sehingga menyebabkan hubungan antara keduanya menjadi retak. Tidak cukup dengan itu, Raduan turut menyelar sikap segelintir pemimpin Pas yang mudah melatah sehingga sanggup meletakkan kesalahn tersebut kepada Pas Pulau Pinang,

Ini kerana menurutnya tindakan itu dibuat demi maruah parti dan bukannya gila kuasa seperti mana didakwa golongan tidak bertanggungjawab.

Selain Raduan, wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad turut membangkitkan isu yang sama dengan menyifatkan parti itu hanya dianggap sebagai ‘barua DAP dan pembonceng kepada pakatan pembangkang. Sejurus selepas membangkitkan isu tersebut, dia turut mendesak agar pucuk pimpinan parti segera menyelesaikan perkara tersebut.

Terdahulu Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof mengejutkan banyak pihak dalam pakatan apabila dengan beraninya memberikan kata dua kepada kerajaan DAP agar berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam.

Selain itu, dia juga menuntut kerajaan negeri pimpinan Guan Eng agar melantik lebih ramai pemimpin Pas sebagai ahli majlis negeri.

Ekoran itu, Guan Eng dan pimpinan DAP negeri dikatakan marah dan mula panas punggung kerana merasakan tembelangnya mula terdedah kepada umum. Malah paling menyakitkan hati apabila perkara itu didedahkan sendiri oleh pimpinan Pas negeri yang merupakan rakan sekutu mereka di dalam pakatan.

Disebabkan itu, DAP dikatakan mula memberikan tekanan kepada Pas agar melucutkan jawatan Salleh Man yang dianggap GAGAL mengawal tindak tanduk anak-anak buahnya. TIdak kurang juga ada dikalangan mereka yang menuduh Salleh Man sebagai dalang utama namun cuba berselindung dengan mengunakan Fauzi sebagai ‘kambing hitam’.

Bagi mengelakkan ‘pisang berbuah dua kali’ mereka perlu melakukan sesuatu dan jalan penyelesaian terbaik dengan meminta Pas pusat agar melantik Mat Sabu sebagai Pesuruhaya Negeri yang baru. Tambahan pula mereka amat yakin Mat Sabu akan mampu mengawal keadaan sekaligus terus memberikan ‘taat dan setia’ kepada DAP.

Kesimpulannya ialah walau apapun kisah disebalik kemelut itu, diharapkan ahli dan penyokong Pas segera bangkit dari lena. Ini kerana sikap DAP yang sering bermuka-muka bukanlah jalan yang terbaik untuk memperjuangan Islam.


Thursday, December 19, 2013

Prinsip DAP: Sayangkan Melayu Tindas-tindaskan?

DAP Selangor menyasarkan untuk meraih 50% undi Melayu dalam PRU-14 berbanding 40% dalam PRU-13.  Menurut Teresa Kok, parti itu akan bekerja lebih kuat untuk memastikan sasaran ini berjaya direalisasikan. 

Walaupun cita-cita DAP begitu tinggi untuk meningkatkan sokongan Melayu, tetapi ia tidak bermakna yang parti itu akan melutut, menyembah atau memberi peluang kepada Melayu dalam apa jua keadaan. 

Kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP tidak pernah mengalah dengan PAS dalam isu-isu yang membabitkan Islam dan Melayu tetapi sebaliknya PAS yang terpaksa mengalah dan membuat penjelasan bagi pihak DAP kepada orang-orang Melayu sekiranya parti Cina itu ada menyinggung perasaan umat Islam.

DAP juga tidak pernah melonggarkan walau sedikitpun sifat perkauman Cina di sektor-sektor swasta yang didominasi kaum itu.  Malah, sifat perkauman lebih terserlah dan sifat bongkak kaum Cina semakin menjadi-jadi dengan mencabar dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati. 

Bayangkanlah, semua ini dilakukan dalam pada DAP ingin meraih sokongan Melayu!

Walaupun UMNO sering dituduh DAP sebagai perkauman dan meminggirkan kaum Cina, tetapi UMNO tetap memberi peluang dan menyediakan platform kepada pemimpin dari kaum Cina untuk turut bersama di dalam kabinet.  Sungguhpun setelah ditikam dari belakang oleh MCA yang turut menyokong DAP pada PRU yang lalu, UMNO tetap cuba memaafkan parti Cina itu dan menaruh harapan untuk terus bekerjasama demi negara. 

Namun, toleransi, tanggungjawab dan kematangan yang sama langsung tidak dipraktikkan oleh DAP.   Buktinya, Konvensyen DAP peringkat negeri Selangor yang lalu memperlihatkan tiada seorang pun Melayu terlantik sebagai Ahli Jawatankuasa Parti.

Ahli-ahli jawatankuasa DAP Selangor

Pengerusi                             -             Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Pengerusi             -             Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi                    -             Teng Chang Khim
Naib Pengerusi                    -             Yeoh Tseow Suan (Hannah)
Setiausaha                            -            Yong Hian Wah
Penolong Setiausaha            -            Ng Suee Lim
Bendahari                            -             Sze Han
Setiausaha Organisasi          -             Lau Weng San
Penolong Setiausaha Organisasi  -     Ganabatirau Veraman
Penolong Setiausaha Organisasi  -     Philip Tan Choon Swee
Setiausaha Publisiti           -               Ronnie Liu Tian Khiew
Pengarah Pendidikan Politik       -     Lee Kee Hiong
Ahli Jawatankuasa            -               Charles Anthony Santiago
Ahli Jawatankuasa            -               Tiew Way Keng
Ahli Jawatankuasa            -               Kannan A/L Thangarasu
Ahli Jawatankuasa            -               Ong Kian Ming
Ahli Jawatankuasa            -               Eddie Ng
Ahli Jawatankuasa            -               Rajiv A/L Rishyakaran
Ahli Jawatankuasa            -               Yeo Bee Yin

Selain Selangor, Perak dan Pulau Pinang  juga tidak melantik walaupun seorang Melayu untuk memegang jawatan di peringkat negeri. 

Sekali lagi, semua ini berlaku ketika DAP mensasarkan peningkatan sokongan Melayu. 

Jika semua ini masih tidak cukup  untuk dijadikan pengajaran tentang keangkuhan dan sifat perkauman DAP, maka apa lagi? Apakah orang-orang Melayu perlu belajar dari kemusnahan?  Apakah kita yakin yang kita mampu bangun semula setelah musnah? 

Hakikatnya, DAP bersifat chauvinis dan rasis dan tidak akan sekali-kali meletakkan diri mereka sama tinggi atau sama rendah dengan orang Melayu.  Biarpun DAP memerlukan Melayu untuk menang, membuka peluang kepada Melayu pantang sekali.