Showing posts with label lge. Show all posts
Showing posts with label lge. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Akhirnya Gerakan ‘Dinasti Lim’ Berjaya Singkirkan Veteran DAP Johor

Seperti yang telah di duga, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk menyingkirkan mantan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Dia telah dipilih oleh jawatankuasa DAP negeri Johor yang baharu sejurus selepas konvensyen tahunan parti itu yang ke-17 yang diadakan semalam.

Paling menarik, ramai pemerhati politik melihat kejayaan Chin Tong menewaskan Cheng Hau itu, sebagai 'kemenangan' Setiausaha Agung dan Penasihat DAP Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang yang memang telah lama berhasrat ingin menyingkirkan pengaruh dan kuasa bekas Pengerusi DAP Johor itu.

Terdahulu, seramai 303 daripada 528 perwakilan yang hadir pada konvensyen parti itu, telah memilih 15 anggota jawatankuasa DAP Johor daripada 23 calon yang menawarkan diri. Pada pemilihan itu, Cheng Hau telah memperoleh 219 undi untuk berada di tempat ke-10 manakala Chin Tong hanya mampu berada di tempat ke-14 dengan 185 undi.

Persoalannya ialah, bagaimanakah mereka yang hanya mampu menduduki tempat ke-14 (hampir tersingkir) boleh terpilih sebagai Pengerusi Negeri yang baharu? Sedangkan kalau dikira mengikut undi majoriti (popular votes), Chin Tong jelas tidak layak untuk menerajui kepimpinan peringkat negeri.

Bukankah mereka sebelum ini begitu berbangga dengan teori undi popular yang dijadikan hujah kononnya secara majoriti rakyat telah memilih pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu?

Jadi mengapa pendekatan yang sama tidak diguna-pakai dalam sistem ‘pemerintahan’ DAP? Apakah ia bermaksud pendekatan ‘undi popular’ bukanlah kayu pengukur kepada lambang demokrasi seperti yang diwar-warkan sebelum ini?

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Hamim Samuri ketika diminta mengulas perkembangan politik Johor ini menjelaskan pertandingan itu sebenarnya merupakan pertembungan antara dua kumpulan besar di dalam DAP Johor. Ini kerana ia melibatkan antara Cheng Hau sebagai veteran DAP dan kumpulan ‘Dinasti Lim’ yang diwakili oleh Chin Tong.

“Penyokong DAP ini buta, dah memang jelas parti itu tidak menampakkan sebarang ketelusan. Sebagai contoh yang mengundi di dalam pemilihan baru-baru ini pun hanya separuh dari perwakilan.

“Persoalannya mana pergi yang selebihnya. Malah sudah ada banyak rungutan kerana tidak dapat hadir untuk mengundi, kerana tidak mendapat sebarang surat jemputan dan sebagainya” katanya.

Hamim turut menjelaskan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa parti itu sedang cuba mewujudkan satu pemerintahan ala Dinasti, di mana Kit Siang pada ketika ini sedang cuba untuk menguatkan pengaruh dan sokongan ahli parti itu terhadap anaknya.
Sudah enam Perdana Menteri Malaysia bertukar namun Kit Siang yang sudah berada dalam arena politik sejak zaman Perdana Menteri pertama masih tidak lagi sanggup melepaskan kuasa.

DAP selalu menyelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang gila kuasa namun sudah satu dekad beliau bersara dalam politik apabila tidak lagi bertanding dalam pilihan raya sejak 2003 selain melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun Kit Siang masih lagi beria-ria bertanding dalam pemilihan DAP selain bertanding dalam pilihan raya umum serta masih memegang jawatan sebagai penasihat DAP.

Paling mengejutkan juga, mana-mana pemimpin yang dilihat tidak sehaluan atau mengkritik kepimpinan ‘Dinasti Lim’ akan segera disingkirkan atau dipecat. Sejak PRU13, DAP telah memecat seramai 38 ahli hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan pemimpin tertentu dalam DAP.

Contohnya pemimpin DAP India dari Johor, Murugan A. Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam telah dipecat hanya kerana mereka mengamalkan demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP iaitu demokrasi demonstrasi.

Sikap hipokrit DAP ini amat jelas apabila mereka yang paling lantang menjerit tentang soal demonstrasi dalam demokrasi dan apabila pihak Kementerian Dalam Negeri menahan penyokong yang menyertai demokrasi maka BN akan dituduh sebagai anti demokrasi. Namun apabila pemimpin mereka sendiri melancarkan demonstrasi, mereka pula dipecat.

Kesimpulannya DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan nepotisme, kronisme, rasisme dan anti demokrasi.


Tuesday, December 24, 2013

Dalil Mengapa Guan Eng Dianggap Diktator Dan Tokong Penang

Ramai yang seakan tidak percaya apabila ada yang mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengamalkan pemerintahan kuku besi dan bersikap ‘diktator’. Malah tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah merupakan propaganda Umno semata-mata yang dikatakan cemburu dengan sikap ‘keterbukaan’ Guan Eng yang ingin mencontohi pemerintahan ala Khalifah Islam, Umar Abdul Aziz atau pentadbiran ‘Amar Makruf, Nahi Mungkar’.

Namun sejak dia mengambil alih pemerintah Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pada tahun 2008, satu demi satu tembelangnya mula dapat dilihat. Daripada seorang yang kononnya bersikap terbuka kepada Islam dan orang Melayu, dia mula dilihat sebagai pemimpin yang tebal dengan semangat kecinaan dan ‘ultra kiasu’.

Sebagai contoh, sejak terpilih sebagai Ketua Menteri, Guan Eng sering dilihat berlaga-angin dengan Timbalan Ketua Menteri (TKM) yang menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Sebelum ini dia dikatakan kurang senang dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin yang juga merupakan Timbalannya pada ketika itu ekoran sikap ‘kemelayuan’ yang ditunjukkan.

Atas sebab itu, Fairus dikatakan telah ‘didesak’ agar melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Adun kerana dikatakan terlibat dengan isu rasuah. Namun siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akhirnya membuktikan beliau tidak bersalah. Selain daripada itu, pelbagai alasan lain turut diberikan sehingga akhirnya memaksa Fairus untuk akur dengan kehendak tersebut.

Tempat Fairus sebagai Adun akhirnya digantikan pula dengan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, iaitu Dr Mansor Othman. Sejurus selepas dia berjaya memenangi kerusi DUN Penanti dalam pilihanraya kecil, Mansor akhirnya diberikan jawatan sebagai TKM 1.

Namun Mansor tidak mengambil masa yang lama untuk mengenal hati budi dan sikap sebenar Guan Eng. Ekoran tidak tahan dengan sikap Guan Eng itu, Mansor dilaporkan telah menyelar Setiausaha Agung DAP itu sebagai angkuh, sombong dan dan ‘tokong’.

Kenyataan tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh Mansor pada satu Mesyuarat Strategik PKR tahun lalu yang antara lainnya berkisar mengenai soal pembahagian kerusi di Pulau Pinang pada PRU-13 dan peluang memenanginya. Paling menarik, sahabat karib kepada Anwar itu tidak pernah menafikan kenyataannya yang menganggap anak Kit Siang itu sebagai ‘tokong’ yang sentiasa menagih ‘ketaatan’ dari sesiapa sahaja yang berada di bawahnya.

Ekoran perbalahan tersebut, Mansor akhirnya ditukarkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Nibong Tebal berbanding kerusi Dun dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Dengan penukaran itu, ia secara tidak langsung membolehkan Guan Eng untuk melantik ‘orang baru’ bagi menggantikan Mansor.

Sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal yang ke-2, Guan Eng mengumumkan Mohd Rashid Hasnon sebagai Timbalannya bagi menggantikan tempat Mansor.

Selain Fairus dan Mansor, Guan Eng turut menerima kritikan dan kecaman dari mantan pimpinan pakatan yang lain antaranya bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Zulkifli Mohd Noor. Begitu juga dengan bekas anggota Parlimen PKR termasuk Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju). Tidak kurang juga kalangan pemimpin parti di peringkat akar umbi.

Malah bekas Adun Teratai dari DAP, Ying Lee Ha atau lebih dikenali sebagai Jenice Lee turut menyifatkan Guan Eng sebagai ‘Tokong Yang Sangat Berkuasa’ baik di dalam politik Pulau Pinang mahupun kepimpinan DAP seluruh negara.

Jenice mendakwa, 'kumpulan tokong' itu sangat berkuasa sehingga tidak ada sesiapa yang boleh melawan mereka. Andai sesiapa bertindak berdepan dengan mereka, maka hayat mereka akan habis di situ sahaja. Bukan sahaja ahli-ahli akar umbi dilihat terpaksa menghambakan diri mereka kepada kumpulan itu, bahkan turut melibatkan hampir semua penyokong parti.

Disebabkan sikapnya yang begitu mengikut prinsip, Jenice akhirnya ‘dibunuh’ melalui satu gerakan terancang yang direka khas selama beberapa bulan. Pada saat-saat akhir sebelum pilihanraya, dia dituduh dengan tuduhan yang langsung tidak masuk akal kononnya pembantunya terlibat dengan penyelewengan wang. Dia kemudian dipanggil, disoal siasat dan kemudian digantung keahlian tanpa Jenice sendiri mengetahuinya.

Sikap ‘tokong’ Guan Eng tidak berhenti setakat itu sahaja, dia turut dikatakan mencampuri urusan politik rakan sekutunya Pas hanya kerana tidak berpuas hati dengan kritikan yang dilemparkan oleh pemimpin Pas negeri termasuklah bekas Pesuruhjayanya, Salleh Man.

Pengguguran jawatan Salleh Man itu akhirnya diisi oleh Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang juga merupakan sahabat akrab kepada Guan Eng. Disebabkan ‘keakraban’ itu Mat Sabu telah diberikan kedudukan dan imbuhan istimewa dalam sebuah syarikat yang berkaitan dengan kerajaan negeri.

Kesimpulannya kenyataan Guan Eng yang kononnya ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Islam hanyalah merupakan retorik semata-mata. Ini kerana pada hakikatnya Guan Eng sebenarnya mengamalkan corak pemerintahan kapitalis dan diktator. Atau dalam bahasa mudah, corak kepimpinan DAP di Pulau Pinang bukannya untuk membela rakyat sebaliknya satu pemerintahan kuku besi yang hanya memberi kepentingan kepada golongan bertaraf elit yang cenderung menyokongnya


Wednesday, September 11, 2013

Burukkan Negara Depan Pelabur : Bukti Lim Guan Eng Kurang Cerdik

Bayangkan seorang peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan barangannya sendiri.  Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di dunia.  Teapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini. 

Di dalam misi tersebut, Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan. 

Tentu ramai yang terkejut dengan berita ini dan kita yakin, para pelabur yang mendengarnya juga pasti menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah jenis Ketua Menteri yang menerajui Pulau Pinang. 

Telah dikatakan bahawa Guan Eng ini bukanlah seorang yang bijak.  Guan Eng bernafas dalam dendam kesumat dan keangkuhan yang parah yang membutakan mata hatinya dan menjadikan beliau hamba kepada kebencian yang meluap-luap.  Keadaan ini menjadikan beliau tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menjadi bodoh. 

Akibatnya, Guan Eng lupa bahawa beliau mewakili negerinya untuk menarik pelabur bukan membuat mereka lari.  Jika pelabur berjaya ditarik, beliau juga yang mendapat nama. 

Tetapi, Guan Eng rela membiarkan Pulau Pinang tidak mendapat apa-apa pelaburan asalkan Malaysia juga tidak mendapat apa-apa pelaburan.  Semuanya kerana beliau ingin melihat keruntuhan Malaysia agar dapat menyalahkan Barisan Nasional. 

Nampaknya, Guan Eng bukan seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab.  Kita tahu bahawa beliau sudah kaya raya dan kehidupannya tidak akan terjejas sekiranya pelaburan asing merosot, tetapi yang akan terjejas ialah rakyat keseluruhan dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi negara untuk kegunaan sektor lain. 

Dalam usahanya untuk memburukkan Malaysia, Guan Eng juga membayangkan bahawa rasuah di Malaysia amat kronik sehinggakan sejumlah RM51 billion boleh dijimatkan jika pengurusan kerajaan benar-benar telus.  Memetik jumlah dan menuduh sesuka hati tanpa sebarang perincian memanglah mudah. 

Tetapi realitinya, 62.0% (RM125.8 Juta) dari perbelanjaan operasi adalah untuk Emolumen, Bayaran Khidmat Hutang, Pencen & Gratuiti dan Supplies & Services (Sewa, pembaikan dan maintenance, Utiliti dsb)

Manakala, Belanja Pembangunan Kerajaan bagi Tahun 2012 hanyalah sebanyak RM46.9 juta. Katakanlah Kerajaan boleh menjimatkan 25% belanja pembangunan daripada pengurusan kontrak dan rasuah, jumlah penjimatan adalah [RM46.9 juta*25%] RM12.4 juta.  Jadi, di manakah logiknya penjimatan sehingga RM51 bilion? 



Namun, kita faham yang Guan Eng memang mempunyai masalah dengan matematik.  Kita sedia maklum yang DAP mempunyai masalah untuk mengira jumlah undi yang tidak sampai 2,000 pun.  Kerana itu, DAP terpaksa mengadakan pemilihan CEC semula.  Atas dasar ini, mungkin kita patut bertolak ansur dengan Guan Eng.

Bagaimanapun, kita tidak boleh bertolak ansur atas sikap tidak bertanggungjawab Guan Eng yang telah menyebabkan pelaburan di Pulau Pinang merudum.  Lebih pelik lagi, dalam keadaan ini juga, Guan Eng masih mendabik dada konon beliau berjaya mengurangkan hutang negeri dalam sekelip mata. 

Hakikatnya, pengurangan hutang yang dicatatkan oleh Pulau Pinang bukan kerana Guan Eng cekap dan telus dalam mentadbir tetapi kerana penstrukturan semula sektor bekalan air di mana liabiliti Kerajaan Negeri dalam sektor air telah diambil alih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebanyak RM655.25 juta.

Pengambilalihan inilah yang memberikan impak pengurangan 95% jumlah hutang tertunggak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukannya kerana apa-apa dasar yang diperkenalkan Guan Eng.  Nampaknya, Guan Eng tentunya mempunyai kulit yang begitu tebal untuk mengakui bahawa rekod pengurangan hutang Pulau Pinang sebagai hasil dari pentadbirannya. 

Apapun, kita tidak pasti berapa banyak pelaburan yang berpotensi di bawa masuk sekiranya beliau tidak membuat kenyataan bodoh atau gila itu di hadapan pelabur.  Kini, kerana Guan Eng, Malaysia dan Pulau Pinang juga, mungkin berhadapan dengan kerugian kerana tidak dapat membawa masuk pelabur asing. 

Kerana Guan Eng juga, DAP berada dalam kekalutan.  Justeru, kita tidak tahu bagaimana ahli-ahli DAP masih lagi sanggup menerima seorang penipu dan tidak bertanggungjawab ini sebagai Ketua.   Lebih-lebih lagi melantiknya sebagai Ketua Menteri.   

Rasanya, sudah sampai masanya DAP berubah.  Oleh itu, sekadar mengingatkan ahli-ahli DAP, pemilihan semula CEC ini adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan perubahan.  Ubahlah diri sendiri dahulu sebelum terpekik-pekik ingin mengubah orang lain.