Tuesday, February 4, 2014

ANWAR KANGKUNGKAN RAKYAT SEBAB GILA KUASA

Nampaknya banyak pihak yang marahkan kepada Anwar Ibrahim atas keputusannya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.

Bukan itu sahaja, malah sekutunya, Pas juga menghentam Anwar yang dianggap rakus, gelojoh dan tamakkan kuasa sehingga menyusahkan rakyat dan juga pembangkang.

Anwar sanggup membazir wang dan masa rakyat tatkala isu kenaikan kos sara hidup hangat diperkatakan.

Baginya, 'survival' politik dirinya sendiri jauh lebih penting daripada menangani masalah rakyat yang lebih serius.

Malah tindakan beliau meminta Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang bukan dibuat atas dasar darurat tetapi bagi membolehkannya mendapat lebih kuasa dan pengaruh.

Simpati harus diberi kepada rakyat Kajang yang memilih calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu tetapi beginikah pembangkang membalas budi pengundi?

Anwar sanggup mengorbankan sebuah kerusi hanya kerana hendak menyelesaikan masalah kronik antara Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali.

Benarkah dengan pengosongkan kerusi Kajang dapat merungkaikan kemelut Khalid-Azmin dan bagaimana pula caranya?

Anwar sah sah tidak boleh menjadi menteri besar menggantikan Khalid kerana ia bercanggah dengan undang-undang tubuh Selangor yang mewajibkan penjawat anak jati kelahiran negeri itu.
Lagipun kuasa mutlak perlantikan menteri besar terletak di dalam tangan sultan.

Malah Khalid pandai bermain politik 'survival' dengan Anwar dengan mengikut sahaja kata bos politiknya tetapi beliau sendiri tegas menyatakan pendirian tidak akan meletakan jawatan.

Kalaupun Khalid mengundur diri tidak semestinya kerusi tersebut akan kekal di dalam tangan PKR.

Azmin juga tidak layak menjadi menteri besar kerana walaupun beliau anak Selangor tetapi lahir di Singapura.

Lagipun pemecatan beliau dari PKNS sebagai anggota lembaga pengarah membangkitkan isu ketelusan samada Azmin terbabit dalam gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sudah tentu Khalid memegang banyak rahsia penyelewengan Azmin di Selangor dan akan menggunakan maklumat ini sekiranya kedudukan beliau tercabar.

Pas juga awal-awal sudah menyatakan jika Khalid berundur ia akan meminta sultan melantik wakilnya ke jawatan itu.

Hujah Pas agak sukar untuk ditolak kerana parti itu mempunyai majoriti kerusi daripada PKR.

Pas berkompromi dengan PKR hanya kerana ia sudah memerintah Kelantan manakala Dap mentadbir Pulau Pinang.
Walaupun pahit hendak ditelan Pas terpaksa juga memberi laluan kepada PKR di Selangor.

Dengan percaturan politik 'kangkung' yang dimain oleh Anwar menyebabkan peluang parti itu untuk terus memegang jawatan itu mungkin tergugat sekiranya Khalid meletak jawatan.

Disebabkan ini ada pihak yang sudah melabel PKR sebagai 'Parti Kangkung Rakyat' kerana gemar suka putar belit dan mengamalkan politik kepentingan peribadi.

Jika dibaca komen-komen pemimpin PKR untuk menjustifikasikan tindakan Anwar boleh layak masuk pertandingan Raja Lawak.

Azmin mengatakan rakyat Kajang bertuah kerana mendapat calon yang bertaraf pemimpin dunia kerana bukan sahaja pemimpin hebat di Malaysia tetapi juga di kalangan negara-negara Timur Tengah.

Jika begitu, elok sahaja Anwar berhijrah ke mana-mana negara Arab kerana sudah tentu tidak jadi masalah rakyat di sana memilih beliau sebagai perdana menteri atau lebih baik lagi sebagai raja.

Komen beliau juga menghina Lee yang menjadi Adun sebelumnya yag tidak dihargai pengorbanannya kepada parti malah direndah-rendahkan martabatnya di mata penduduk rakyat Kajang.

Jika Anwar jadi Adun Kajang sekalipun pada usia 67 tahun bagaimana beliau mahu ke hulu ke hilir memberi khidmat secara berkesan kepada pengundi di Permatang Pauh dan juga di Selangor?

Semua ini perlu difikirkan rakyat mengapa mereka harus terus mengundi pembangkang kerana buktinya sudah cukup jelas pengundi telah dikangkungkan.

No comments: