Showing posts with label gilakuasa. Show all posts
Showing posts with label gilakuasa. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

ANWAR KANGKUNGKAN RAKYAT SEBAB GILA KUASA

Nampaknya banyak pihak yang marahkan kepada Anwar Ibrahim atas keputusannya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.

Bukan itu sahaja, malah sekutunya, Pas juga menghentam Anwar yang dianggap rakus, gelojoh dan tamakkan kuasa sehingga menyusahkan rakyat dan juga pembangkang.

Anwar sanggup membazir wang dan masa rakyat tatkala isu kenaikan kos sara hidup hangat diperkatakan.

Baginya, 'survival' politik dirinya sendiri jauh lebih penting daripada menangani masalah rakyat yang lebih serius.

Malah tindakan beliau meminta Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang bukan dibuat atas dasar darurat tetapi bagi membolehkannya mendapat lebih kuasa dan pengaruh.

Simpati harus diberi kepada rakyat Kajang yang memilih calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu tetapi beginikah pembangkang membalas budi pengundi?

Anwar sanggup mengorbankan sebuah kerusi hanya kerana hendak menyelesaikan masalah kronik antara Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali.

Benarkah dengan pengosongkan kerusi Kajang dapat merungkaikan kemelut Khalid-Azmin dan bagaimana pula caranya?

Anwar sah sah tidak boleh menjadi menteri besar menggantikan Khalid kerana ia bercanggah dengan undang-undang tubuh Selangor yang mewajibkan penjawat anak jati kelahiran negeri itu.
Lagipun kuasa mutlak perlantikan menteri besar terletak di dalam tangan sultan.

Malah Khalid pandai bermain politik 'survival' dengan Anwar dengan mengikut sahaja kata bos politiknya tetapi beliau sendiri tegas menyatakan pendirian tidak akan meletakan jawatan.

Kalaupun Khalid mengundur diri tidak semestinya kerusi tersebut akan kekal di dalam tangan PKR.

Azmin juga tidak layak menjadi menteri besar kerana walaupun beliau anak Selangor tetapi lahir di Singapura.

Lagipun pemecatan beliau dari PKNS sebagai anggota lembaga pengarah membangkitkan isu ketelusan samada Azmin terbabit dalam gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sudah tentu Khalid memegang banyak rahsia penyelewengan Azmin di Selangor dan akan menggunakan maklumat ini sekiranya kedudukan beliau tercabar.

Pas juga awal-awal sudah menyatakan jika Khalid berundur ia akan meminta sultan melantik wakilnya ke jawatan itu.

Hujah Pas agak sukar untuk ditolak kerana parti itu mempunyai majoriti kerusi daripada PKR.

Pas berkompromi dengan PKR hanya kerana ia sudah memerintah Kelantan manakala Dap mentadbir Pulau Pinang.
Walaupun pahit hendak ditelan Pas terpaksa juga memberi laluan kepada PKR di Selangor.

Dengan percaturan politik 'kangkung' yang dimain oleh Anwar menyebabkan peluang parti itu untuk terus memegang jawatan itu mungkin tergugat sekiranya Khalid meletak jawatan.

Disebabkan ini ada pihak yang sudah melabel PKR sebagai 'Parti Kangkung Rakyat' kerana gemar suka putar belit dan mengamalkan politik kepentingan peribadi.

Jika dibaca komen-komen pemimpin PKR untuk menjustifikasikan tindakan Anwar boleh layak masuk pertandingan Raja Lawak.

Azmin mengatakan rakyat Kajang bertuah kerana mendapat calon yang bertaraf pemimpin dunia kerana bukan sahaja pemimpin hebat di Malaysia tetapi juga di kalangan negara-negara Timur Tengah.

Jika begitu, elok sahaja Anwar berhijrah ke mana-mana negara Arab kerana sudah tentu tidak jadi masalah rakyat di sana memilih beliau sebagai perdana menteri atau lebih baik lagi sebagai raja.

Komen beliau juga menghina Lee yang menjadi Adun sebelumnya yag tidak dihargai pengorbanannya kepada parti malah direndah-rendahkan martabatnya di mata penduduk rakyat Kajang.

Jika Anwar jadi Adun Kajang sekalipun pada usia 67 tahun bagaimana beliau mahu ke hulu ke hilir memberi khidmat secara berkesan kepada pengundi di Permatang Pauh dan juga di Selangor?

Semua ini perlu difikirkan rakyat mengapa mereka harus terus mengundi pembangkang kerana buktinya sudah cukup jelas pengundi telah dikangkungkan.

Tuesday, December 31, 2013

ANWAR GILA KUASA NEGARA SANGGUP DIHANCURKAN


Atas kegilaan orang yang bernama Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, sanggup negara di bakar hangus.

Atas kemaruk seorang yang bernama Anwar Ibrahim, habis masa depan dan nasib bangsa sendiri sanggup digadai. Ketamakan kuasa seorang yang bernama Anwar Ibrahim, peduli apa berlaku kepada rakyat asalkan cita dan impian kesampaian.

Begitulah mungkin luahan rakyat Malaysia dan persepsi masyarakat dunia yang tidak percaya Anwar rela menghimpunkan penyokong-penyokongnya untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara proses yang penuh demokratik.

Beliau dan rakan-rakan pembangkang dipilih sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri melalui proses yang sama. Malangnya sistem yang sama beliau mengangkatnya sebagai menteri dan timbalan perdana menteri dan kini sebagai ketua pemnbangkang kini menjadi musuhnya pula.

Semua ini berpunca daripada satu faktor dan faktor ini sahaja dan tidak lain iaitu sebab gagal menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Pilihan raya sudah pun tamat lebih tujuh bulan yang lalu tetapi Bersih 4 akan dianjurkan pula pada 31 Disember nanti.

Bukankah anggota parlimen pembangkang juga menganggotai jawatankuasa parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya yang dituduh pincang oleh mereka?

Tidakkah juga Suruhanjaya Pilihan Raya telah melaksanakan beberapa cadangan penambahbaikan pada PRU lalu khususnya penggunaan dakwat kekal?

Tidakkah juga selepas PRU SPR sedang mengkaji secara serius untuk melakasanakan cadangan jawatankuasa yang sama berhubung pendaftaran pengundi secara otomatik bagi rakyat yang mencapai umur 21 tahun?

Mengapa pula perlu di adakah Bersih 4 tatkala SPR bersungguh-sungguh mengalas amanah yang diberi untuk menjalankan proses pilihan raya di negara sebersih, seprofessional dan setelus mungkin?

Bersih 4 menjadi pencetus kepada himpunan untuk menumbangkan kerajaan yang telah disebarluaskan oleh pasukan siber pembangkang sejak beberapa minggu lalu.

Adakah hanya kerana harga minyak petrol 20 sen, gula 34 sen kerajaan sudah dilihat di mata pembangkang sudah hilang jasa besar membangun negara secara gigih sejak 60 tahun lalu?

Adakah kadar baru lebuhraya baru setakat diwar-warkan sahaja dan belum ada keputusan muktamad sudah mahu mengangkat senjata menentang kerajaan yang sah dipilih rakyat?

Apa yang dilakukan oleh Anwar kali ini adalah kesilapan paling besarnya sepanjang beliau menerajui pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan dari Pas, Ahmad Yaakub secara jelas menolak untuk menyokong himpunan gila yang dianjur oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.

Malah Ahmad meminta penyokong-penyokong Pas dari negeri itu tidak menyertai perhimpunan yang tidak masuk akal itu.

Sepatutnya penyokong pembangkang bertanya apa yang berlaku di Selangor yang ditadbir oleh mereka sendiri.

Isu kenaikan gaji menteri besar, exco dan Adun antara 200 hingga 337 persen langsung senyap tidak dipersoalkan.

Isu kenaikan lesen perniagaan yang melambung sampai 400 peratus juga tidak berani ditegur.
Air percuma 20 meter padu yang selayaknya dinikmati oleh rakyat miskin dan berpendapatan rendah di negeri itu juga tidak dibela.

Ratusan ribu yang tinggal di flet dan pangsapuri kos rendah dan sederhana masih menagih air percuma yang dijanjikan kerajaan negeri.

Jadi kalau mana-mana kerajaan perlu dibubarkan, Selangorlah yang pertama mendahului langkah kerana gagal menggotai janji kepada rakyat.

Mengapa pula kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran pula bilamana beliau telah dan sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Selama di bawah kerajaan UMNO-Barisan Nasional adakah pernah rakyat mati atau hidup merana disebabkan kebuluran?

Malah yang sebaliknya berlaku pula, rakyat semakin sihat dan kadangkala terlebih makan!

Begitu senario Malaysia selama ini - aman, makmur, stabil, kaya, sejahtera, adil, hidup bermuafakat, saling hormat menghormati, tolong menolong dan gembira hidup dalam sebuah negara yang amat dicemburui oleh dunia luar.

Inilah yang hendak dihancurkan oleh Anwar supaya Malaysia musnah dimakan api kebencian kaum dan agama, rakyat berpecah belah, ekonomi dan sektor kewangan negara merundum, sistem jaringan keselamatan sosial ranap dan keamanan serta kedaulatan wilayah negara terancam dari dalam dan luar.


Inilah yang diingini oleh Anwar kerana hanya jika Malaysia hancur lebur mungkin barulah ada peluang beliau menjadi perdana menteri akhirnya.